
Mula dalam pukul 1.30 p.m, hand phone wa buat bising, dalam hati memang sumpah seranah sahaja yang penuh, mana taknya, tengah sedap dibuai mimpi dengan Rozita Che Wan lepas tu kena kacau pulak. Memang celaka tahap anjing la kan? Suara seorang lelaki dalam lingkungan 40-an bercakap "Adik, ini pukul 2 kasi datang driving school aaa", Celaka! Baru wa ingat,ada appointment dengan drifter terbaik mukim Sungkai, Uncle Raju. Damn!
Bangun-bangun gosok-gosok mata bagi jelas sikit wa capai towel yang harum bak kasturi,"alamak, lupa nak basuh lagi towel ni". Towel warna kuning memang kegemaran wa sebab tekstur yang lembut ala-ala kulit Catriona Bahrin Ross yang gebu tu. FUUUU. Tapi sayang dah ada cela kesan-kesan hitam dekat towel tu. Takpa, gasak kan saja.
Selesai mandi wa capai seluar jeans yang dah lusuh dan ada kesan koyak di bawah. Wa tak kisah, sebab wa bukan sosial orangnya, penampilan diri takda hal la brader. Kasi rabak baru ngam. Pedulik apa awek pandang pelik. Benda wa paling tak suka, gel rambut! Kena tonyoh dulu dekat kepala bagi pacak sikit rambut (aku tak suka nak memacakkan rambut, dah macam tipikal sangat budak lelaki buat, tapi apa kan daya rambut masih lagi pendek. Jahanam punye PLKN!)
Sampai-sampai driving school, ada seorang mak cik bawak anak perempuan dia, alamak comel pulak tu. Rugi tak bersiap hensem-hensem tadi. Mau kalah Aaron Aziz kegeliaan mak cik2 seantero Malaya dengan Justin Gaybier tu kalau wa setup hensem-hensem. "Adik, sini ikut haa", kata Uncle Raju yang rupanya ala-ala Shah Rukh Khan zaman tua. Masuk dalam Kancil putih yang ditampal dengan L keliling, alamak gila tak garage macam ni punya gaya.
"Okey adik, ni saya bagi kertas itu JPJ juga punya cek, you kasi faham dan ikut haa", kata Uncle Raju a.k.a drifter top mukim Sungkai sambil menghulur sekeping kertas test JPJ. Wa angguk-angguk gaya faham lepas tu dia suruh masuk kedalam kerata Mini Cooper S convert Kancil tadi. Dia siap bagi briefing semua dekat wa, selang 10 minit wa dah mula bosan dia membebel. "Jalan je lah!", dalam hati wa. Ciss.
Wa start drive dengan Uncle Drifter tadi duduk sebelah. Masa wa drive dia macam rilex aje, macam bukan driver amatur! "Lu banyak bagus la adik", wa senyum, biasalah. Dah kena puji wa tersipu-sipu malu lah. Apa orang kata? Blushing? Phieew geli! Dari mula drive dia bukak cerita pasal macam mana dia bole berkecimpung manjadi drifter (Cikgu memandu). Wa tak angguk, wa tak geleng, wa senyum. Dengar-dengar cerita perit juga dia nak bartapak. Fuh.
Selesai sejam lebih wa drive, uncle tadi suruh wa menuju ke pengkalan atau base drift garage dia (driving school). "OK uncle, terima kasih ya", sebut wa dengan nada ala-ala Tom Cruise. Biasalah, kena tunjuk berbudi la sikit, kata orang Melayu kan? Selesai tanda tangan kad berlatih memandu, wa terus gerak rumah dalam hati "fuh, nak dapat sekeping kad ada tulis P pun mahal, tak urban langsung!".
*Rozita Che Wan tu hanya penipuan semata-mata. Kau gila nak kawin janda? Phiewww



.jpg)