Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts
Sunday, April 1, 2012 - , 0 comments

Cuti Sekolah Punya Hal

Cuti sekolah sememangnya kegemaran untuk meraikan kenduri kahwin. Dan pada masa ni juga la banyak jemputan kenduri kahwin dan sebaginya. Kenapa cuti sekolah je diorang nak buat? Cuti lain tak nak pulak ye. Abaikan. Semasa gua sekolah menengah dulu kalau cuti gua akan follow catering kenduri kahwin. Bukan apa, cari duit sendiri kononnya. Pada hal berapa sangat pun dapat. Saja cari pengalaman dan mengada cari pasal. Boss caterer gua tu dulu berambut panjang dan nampak ranggi. Maka melekat la nama Uncle Etoo. Rare gamaknya.

Masak memasak bukanlah tugas macai-macai. Sebab apa? Jenis masak pakai kawah punya oi. Kalau silap sikit mau jahanam lauk. Bukan sikit, tapi banyak. Maka itu adalah tugas boss dan dia punya pekerja tak masuk campur hal serius macam tu. Tugas dia banyak kalau macai catering ni, susun pinggan la,basuh pinggan la,hiding lauk la,top up lauk la,usha awek la. Ok bab usha awek tu gua saja je tambah. Tu tugasan bonus untuk budak catering lelaki. Bonus.

Selepas lauk semua siap dan nasi yang dah letak dalam bekas besar di susun dalam lori, maka perjalanan ke rumah tuan punya rumah di teruskan dengan ranggi dan hensem. Sebab apa hensem? Kalau lori bergegar ke, goyang ke, langgar lopak ke, jangan terkejut ada bau dalca ataupun kari di kaki anda. Sebab apa? Sebab tumpah la oi. Dah la panas lepak belakang lori tu. Dan kalau anda punya luck tinggi, anda terpaksa pegang pinggan mangkuk yang nak roboh sebab takut pecah daripada mula perjalanan sampai destinasi. Power.

Sampai sahaja rumah tuan rumah. Kami dialu-alukan macam bakal pengantin pulak. Eleh, kalau takde kami tak jadi tau kenduri. Lagi penting daripada pengantin tau. VVIP kononnya. Susun pinggan, air minuman dibahagikan tugas sama rata. Apabila mula sahaja acara, kami ligat bertugas dengan dedikasi. Bukan apa, takut kena marah sebenarnya. Kalau bab kutip pinggan gua akan cuba untuk menggalas tugas ini. Sebab apa? Selalunya boleh usha awek awek sambil “awak dah habis makan? Saya nak ambik pinggan ni,” tu dialog lazim. Tapi rata-ratanya dia punya bunyi macam ni sebenarnya “makcik dah habis makan? Saya nak angkat pinggan ni”

Selesai sahaja kenduri maka kami bersiap sedia untuk pulang. Kemas meja, pinggan mangkuk dan lauk pauk semua ke dalam lori. Selalunya sampai sahaja part ni semua dah cuba nak mengular. Perangai. Bukan apa, dah malas nak packing sebenarnya. Semua dah nak balik. Penat. Bersilat jugalah cerita dia.

“Oi tolong buang perut ayam tu dekat belakang rumah,”

“Ok”, jawab Paan bersahaja.

Sebaik sahaja dia mengangkat seplastik sampah besar perut ayam untuk di buang di belakang rumah, zraaap plastic tu koyak dengan tragis.

“Kau kutip la guna tangan, banyak sangat ni. Gua gerak dulu,” sebut Faiz sambil buat-buat angkat pinggan padahal dekat tangan dia apa pun takde. Busuk dia bukan kepalang oi!

Thursday, March 8, 2012 - , , 0 comments

Sekolah Punya Hal

Masa zaman sekolah menengah gua baik orangnya. Selalu tak hadir kelas bio Puan Malar dan kerap kali ke sangkut semasa perhimpunan kerana datang lewat dan rambut panjang. Lebih tepat gua bukan jenis abang-abang pakai gel rambut pacak-pacak. Tak radikal katanya.

Guru disiplin sekolah gua namanya Mr Vellumani. Tinggi,gelap dan hensem orangnya. Hobi dia bawa rotan kecil dekat tangan. Gua rasa dia cuba tiru gaya terminator tapi gagal sebab dia pakai machine gun, tapi Mr Vellu bawak rotan kecil. Tak serugged terminator. Selain tu hobi dia juga suka jadi tukang gunting rambut tak berbayar. Apa ke celaka asyik kena panggil dengan dia rambut jadi bangang. Celaka.Tahula tak bagi budak laki mengorat budak perempuan. Dengki.

Semasa sekolah menengah juga kebanyakan budak lelaki kalau nak nampak terer sikit dia dah bawa motor ke sekolah. Kenapa bawa motor? Bagi gua bawa motor ke sekolah bukan la nak tunjuk macho atau terer, tapi sebab kena tinggal dengan bas. Bas tepat pukul 7 pagi terus gerak. Oi gua nak pekena teh o panas dengan lempeng pisang mak gua buat pun tak sempat beb. Maka alasan gua lebih munasabah dan boleh di guna pakai.

Waktu kelas pulak kelas yang paling di minati adalah kelas Add Math kelolaan Cikgu Azam. Nama dia pun dah azam ajar mesti la berazam ye tak? Tapi rata-rata hasilnya budak-budak kelas lebih gemar lukis gambar Naruto berbanding melakukan kameran dalam buku latihan. Maka azam dia tu tak sepower mana lah. Sori cikgu.

Tandas pula rata-rata macam balai seni lukis. Tapi ada juga sesetengah budak-budak gelar dewan seni. Pelbangai hasil nukilan dan air tangan di pampang dalam tandas. Tahap art dia tu mengalahkan budak-budak sekarang yang konon-kononnya art nak mampos gila babi dia tau. Sebab apa? Silap-silap nama anda juga akan terpampang dalam tandas lelaki. Eleh mat indie art bagai, lu poser la mat.

Last but not least cikgu feveret gua, Puan Zalini. Pagi-pagi lagi dah bolah nampak dia datang sekolah guna Suzuki Swift biru dia terus parking depan dewan besar. Tak rendah tak tinggi, tak kurus tak gemok. Ngam-ngam orang kata. Sebab apa jadi feveret? Sebab selalu buat experiment kelas Fizik dengan dia memang best. Bagi markah untuk paper pun dia bagi yang best-best je. Takde yang tak best.

Sebelum habis SPM dulu sempat juga gua menyaksikan kereta Mr Vellu di cat warna kuning guna cat rumah oleh tangan tertentu. Siapa tu? Nanti kan jawapannya!


Tuesday, February 14, 2012 - , , 0 comments

Pekena Sekali

Di sebuah kedai mamak yang tidak terlalu overrated glamournya dan air kosong pun kena cas rm0.20 secawan, duduk lah 2 sahabat yang bernama Rayyan dan Tommy sambil pekena teh o ais laici dan air tembikai susu. Mereka tak usha gadis tapi gadis-gadis yang usha mereka. Kenapa senario macam ni berlaku? Itu gua tak pasti. Tak silap gua mereka ni juga gemar menonton Gemersik Kalbu. Ayu Raudah hot katanya. Body sedap-sedap katanya.

"Tommy, kenape kau ni asyik diam je?"

"Aku dah putus cinta la Rayyan."

"Aik? Sejak bila pulak kau ade awek? Lagi satu, macam mana boleh putus pulak?"

Rayyan bagi sekali. Cuba menjaga tepi kain sahabatnya.

"Sebenarnya aku tak pernah jumpa dia pun, baru-baru ni dia mintak gambar aku. Aku pun bagi la. Lepas je aku bagi dia terus hilang. Call pun tak angkat." Tommy memberi penjelasan dengan nada sugul.

"Dah berapa kali aku cakap, jangan bagi gambar kau. Kau tak hensem. Degil jugak kenapa?"

Rayyan bagi lagi sekali.

"Mana ada. Aku tak bagi gambar aku, sebenarnya aku bagi gambar kau. Terus dia tak angkat bila aku call dia. Aku tau aku tak hensem. Tu yang aku bagi gambar kau tu."

Jawab Tommy sambil terkebil-kebil mata comelnya.

Rayyan bingkas bangun dan meninggalkan kedai mamak tersebut. Teh o ais laici dia pun dia tak bayar. Kenapa dia tak bayar? Sebab semalam dia dah bayar, maknanya kali ni giliran Tommy pula untuk membayar.

Tuesday, February 7, 2012 - 0 comments

Merasai Penyesalan

Bayangkan anda daripada Kelantan menuju ke Perak dan tersangkut dalam jem yang lama sambil tahan kencing pada malam yang sejuk. Sakit, tersangatlah sakit.
Sunday, January 29, 2012 - 0 comments

Melayu Punya Hal

Nak di jadikan cerita, gua dan rakan gua, An pergi mencari tiket gua untuk pulang ke Kelantan di Ipoh. Dekat mana? Medan Gopeng la. Mana lagi. Tak kan pula dia kaunter tiket wayang di Jusco Ipoh.

Ohh ya, gua tergatal pula angkat gitar akustik sebijik. Konon-kononnya boleh buat buang bosan-bosan. Maka Rm 500 gua melayang. Celaka. Tu semua hasil daripada tindakan di bawah sedar orang kata. Maka untuk duit makan pula selepas membeli tiket sudah la tinggal ngam-ngam sahaja. Solusi untuk mengisi perut yang lapar pula ialah dengan menganbil kakak An yang kebetulan pula bekerja di Ipoh.

Solusi An memang bernas dan boleh di pakai. Maklum la masa tu dia pun tengah tak berapa nak ngam. Maka tanpa berfikir panjang gua terus drive ke rumah kakak An untuk mengambilnya. Taktik yang agak berkesan semasa lapar.

"Dik An, nak makan apa?"

Kakak An bersuara.

"Kenny Rogers?, Teehehehe."

"Jom"

Tanpa berlengah kami menuju ke Jusco yang menempatkan Kenny Rogers tersebut.

Selepas sejam setengah yang berlalu dan selepas makanan parking terus di dalam perut An berkata,

"Memang perut aku perut Melayu la, memang nak pekena nasik jugak baru ngam."

Peh. Memang true Melayu/
Wednesday, January 25, 2012 - , , 0 comments

Balik-Balik Mamak Punya Hal

Cuti raya cina ni nampaknya tak berapa meriah apa bila line up yang sepatutnya ada tak kelihatan pula kali ni. Soul dah kerja, Haqim pula ke Melaka. An pula sibuk LI di Terengganu. Nasib baik la ada Is, kucing buntal sorang ni lepak dengan gua. Maklum la,takde member boleh mati kutu juga. Kutu pun tak mati dengan tragis tau kalau nak kira dia punya bosan.

Tanpa berlengah dua sahabat bergerak menuju ke Restoran Kari Kepala Ikan Salim. Nama kedai mamak ni boleh tahan panjang. Bahasa mudah nya mapley. Amacam?Cantik tak dia punya short form. Baru nampak marketing dia naik sikit la kan. Masalahnya mapley ni dah memang tempat melepak yang mungkin juga dah jadi sebati dengan muka-muka line up yang sama. Ntah kenapa.

Keluar sahaja dari kereta

"Huih, lawa sial bini dia. Gebu oi"

Berkata Is dengan penuh ghairah. Perangai ni.

"Celaka, bini orang tu. Nak kena sebat dengan suami dia ke apa dok usha-usha bini dia."

Gua cuba tangkis nafsu liar Is.

"Dia jeling oi!"

Is menjawab lagi.

Gua bergegas ke meja dan mencari kerusi. Hampir-hampir mencarut juga dengan perangai Is tadi. Oh ya, Is pun dah pakai Android sekarang. Gua bila lagi? Heh!
Tuesday, January 3, 2012 - , 0 comments

Bersarapan Pagi Punya Hal

Semasa cuti sem selalunya pelbagai aktiviti yang dirancang. Bukan apa, sebagai belia yang sihat dan tidak menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara, elok lah kita merancang aktiviti yang sihat dan manfaat. Daripada duduk rumah dan buang masa dengan tv pun tak elok juga. Nanti perut berlapis tau! Haa cepat usha perut masing-masing ok.

Adalah satu bukit ni yang kononnya urban juga untuk didaki oleh para-para hipster dan fashionista yang bernama Broga Hill. Broga Hill ok bukan Berongga Hill. Tak elok sangat bunyi dia tau. Boleh minimbulkan fitnah yang drastik. Nampaknya gua dan rakan-rakan terpanggil untuk mendaki bukit yang tak semana itu.

"Hiking ni boleh menyihatkan badan kan, tak gitu?"

Gua bagi pendapat bernas sepam. Baru ada rasa keyakinan yang jitu.

"Betul!"

"Jadi kalau waktu pagi ni kita dapat mengirup udara yang segarkan?"

Gua goreng lagi.

"Betul!"

"Dan juga ramai juga betis-betis shortpants hiking kan?"

Gua tambah sikit dia punya goreng.

Masing-masing semangat dia lain macam. Perangai-perangai!
Tuesday, August 16, 2011 - , 0 comments

Semalam Punya Hal.Gitu!

Di pagi cuti yang sejuk dingin-dingin gua selalunya telah set kan alarm gua kepada pukul 10 daripada pukul 6.30 pagi waktu kebiasaannya. Bukan apa, masa bukan cuti minggu dah tentu-tentu lah tak dapat bangun lewat kan jadi masa cuti lah gua terpaksa lepaskan nafsu dendam gua untuk bangun lewat. Impian seorang lelaki tipikal sebenarnya.

Ntah macam mana gua boleh pula terbangun awal. Rupa-rupanya perut gua buat hal di pagi hari. Kelam kabut juga merentas desa mencari tuala dan korner baring ala-ala gaya Valentino Rossi. Senget dia lain macam juga lah. Kira jenis boleh tercabut kepala lutut juga lah.

Seterusnya gua terpaksa lah mandi awal, dah bangun awal bukan? Tapi gua tercari-cari pula ubat gigi tapi gagal menjumpainya. Bukan apa, gua bukan jenis Sherlock Holmes punya orang. Tapi banyak jugalah komik Detektif Conan gua beli. Nak pinjam? Tak boleh, nanti habis rosak kulit dia.

Maka gua pun tergesa-gesa panggil anak buah gua berbunyi lebih kurang macam ni.

“Amat, bagi paksu ubat gigi dekat bilik air ni kejap”, lagak-lagak Jalaludin Hassan masa muda. Kemain bongkak dia punya bunyi.

“Kejapppppp,” budak darjah tiga membalas. Dia ni jenis bangun awal, tak kira lah masa cuti pun. Berdisiplin juga. Tak macam gua.

“Keletap,” bunyi dia letakkan joystick.

Gua bukak pintu bilik air sambil hulur tangan nak ambil ubat gigi tadi. Ambil punya ambil dibaginya ubat gigi dia jenama Kodomo Lion perisa anggur. Ah sudah. Batal juga puasa gua ni, rasa dia dah la sedap dan hamper-hampir tertelan juga gua di buatnya. Hmmmmphhhhhh!

p/s:roger and color until September.

Friday, July 1, 2011 - 1 comments

Abang Yus

Nama abang gua yang sulung Yusri. Tapi disebabkan abang aku yang sulung ni ada kembar maka sorang lagi namanya Asri. Ntah awal berapa minit agaknya abang gua yang sulung ni keluar daripada perut mak gua sebenarnya. Tapi gua ni bukan lahir normal pun sebenarnya,lahir daripada operation. Kira abang gua yang sulung ni baik la sebab lahir dengan normal.

Selalunya gua panggil abang gua ni Abang Yus. Yang lain-lain pula panggil Abang atau Si Abang. Memang tak berapa urban la kalau nak kira. Selalunya tak silap gua semua panggil Along kalau sulung. Mungkin tipikal sangat agaknya tu yang melekat gelaran macam tu. Abang Yus ni rajin orangnya, kalau piping rumah ni problem ke, electrical problem ke, selalunya waktu cuti dia ada. Kira paling dekat la sebab ada dekat Shah Alam je pun. Takde hal la nak berulang-alik. Manakala si Humairah pulak anak dia yang bongsu. Dah memang jadi feveret rumah ni menuggu kepulangan si Humairah kecik sorang ni. Kira suiteheart rumah ni la. Bukan apa,sebab dengan semua orang pun dia boleh lepak. Baru 2 tahun. Manataknya, masa kenduri abang gua yang ke-4 dengan selamba mintak dukung masa nak bersanding. Bagus, si kecil ni riot orangnya.

Tak silap gua masa gua form 2 dia jugak lah tolong beli kan PS2 gua yang pertama. Tapi yang ni dah terbakar sambar dek kilat. Berasap jugak lah PS2 tu. Tapi masa gua form 4 abang gua yang satu lagi dah belikan yang baru. Secara automatiknya seronok sebenarnya jadi anak bongsu. Fuh.
Yang rajin melayan gua pun Abang Yus jugak lah, ingat lagi gua dengan dia buat boat kecil sebab bosan punya pasal.

"Mana motor kereta mainan kamu yang rosak tu? Jom buat boat. Kalau jadilah-jadilah ok?"

Ynag paling gua tak tahan,masa musim main kereta control pun dia juga join sekaki. Masa form 1 gua tak silap. Siap beli kereta untuk lumba sama-sama lagi tu. Malampau betul. Hahaha. Dahsyat kemain. Oh ya, masa gua berkursus di Kelana Jaya pun Abang Yus juga lah yang tolong hantarkan. Bergelak ketawa juga lah melihat gelagat awek sekeliling ya Abang Yus.

"Haip, kena ingat. Dah kawin. Kahkahkahkahkah."

Tapi Abang Yus tinggal kan kitorang berempat pada 10.10.2010. Tarikh keramat untuk kitorang berempat. Kitorang berempat yang turunkan Abang Yus ke liang lahad bersama. Abang Yus kaku, dah tak bergerak dan sudah sejuk seluruh badan dia. Abang Yus dah tak macam dulu lagi. Dah tak gelak dengan kitorang lagi. Dah tak main mercun dengan kitorang lagi masa raya. Dah tak mandi sungai lagi dengan kitorang. Dah tak bersembang dekat luar rumah lagi dengan kitorang sebelum raya. Dah tak sambut raya dengan kitorang berempat lagi.

Abang Yus, kitorang rasa pilu sangat yang dulunya jasad Abang Yus boleh lagi bergerak tapi kini kami yang mandikan Abang Yus, kami yang kaffan kan Abang Yus, kami yang sembahyangkan Abang Yus.

Abang Yus, kitorang rindukan Abang Yus, kita dah tak berlima dah. Sekarang kau dah ada dekat sana. Di harap kau ditempatkan dengan orang-orang beriman.

Nampaknya anak Haji Amran dan Hajjah Rohani dah tak cukup forum.

Al-Fatihah.


Thursday, June 9, 2011 - 0 comments

Heh Kemain

Kahkahkah. Ni ada pulak member mengada tag gambar gua dekat pesbuk! Tadika garage sangat ni.

credit to Nuraina Syazwana.

p/s:blessed with people around you.
Friday, January 14, 2011 - 1 comments

1.2 Miligram

Hai kawan-kawan. Bertemu lagi kita dalam slot sembang hati ke hati. Harap anda semua sihat selalu di samping syaitan durjana di sana.

Ok cut the crap.

Wah tajuk entry pun Butterfingers mana kala opening dia macam bangsat. Kemain lagi tau. Nak di jadi kan cerita gua dan beberapa rakan yang bernama Lah, Bob, Zaid dan Wan Toyol telah melawat Kota Bharu pada waktu malam. Alasannya nak pekena KFC. Apa jadah oi pekena memalam buta ni? Ni semua salah Bob lah. Idea yang tak cerdik.

Tanpa segan silu kereta Toyota Celica convert Perodua MyVi Bob meluncur megah menuju ke Tesco. Ni pun idea bangsat juga, apa jadah ke Tesco memalam buta? Beli sayur? Zaid yang bersarung kan persalinan t-shirt The Cure berjalan megah di dalam Tesco yang rata-ratanya pangkat mak orang dan bapak orang. Ini kes silap port tempat nak bergaya la ni.

Pusing punya pusing idea untuk mentekedarah KFC terus menjadi topik bualan hangat. Al maklum lah, perut masing-masing bergaduh dengan bunyi orkestra. Nak tak nak terpaksa akur kepada kehendak alam iaitu lapar. Normal lah tu kan?

Semasa semua sedang khusyuk berzikir dengan ayam goreng spicy masing-masing, tangan gua menuju ke sebotol sos cili Life Thai yang terletak ngam-ngam sehasta ukuran siku Bob. "Eh jangan ambik yang dah bukak, aku nak bawak balik ni."

Rupa-rupanya nak bawak balik ke hostel rupanya. Padan la marah benar. Amboi, sedap sangat ye sos rembat tu ye Bob? Cis.

p/s:Terima kasih Abang An sponser laptop rm2500. Jyeahhh. F.N, semoga UPS anda power. Tak perlu nak mengangis bagai. Keep strong. Iloveyou. Busy is kind of commitment isn't?

Thursday, December 16, 2010 - 0 comments

PLKN Punya Hal #3

Ok, sebenarnya PLKN ni tidak lah terlalu fucked up sangat, ada juga sesetengah hal yang seronok walaupun hati dekat rumah. Biasala tu kan.

Macam biasa,sabtu dan ahad memang hari cuti umum bagi pelatih. Dia punya sorak untuk cuti masa malam jumaat memang lain macam. Sampai kan terlupa nak pakai tuala masa mandi. Melampau sungguh budak-budak botak PLKN ni.

"Esok cuti!!!!"

"Diam la celaka, nak tidur ni bangsat!,"

Biasalah, dah kena seksa untuk satu minggu bekerja. Letih dia jangan cerita. Mental terkurung lagi pulak. Boleh jadi pening lalat kalau 6 bulan. Tak tipu!

Keesokan pagi adalah hari ditunggu-tunggu. Nak tau apa benda? Handphone. Celaka. Semasa perhimpunan pagi semua semangat lain macam. Al maklum, nak lepas rindu dekat mak ayah punya pasal. Tapi tu ayat kalis sahaja, yang lebih tepat lagi adalah nak telefon buah hati. Apa jadah pun gua tak tau. Haih.

Waktu malam pulak kalau dataran turap tar memang jadi mangsa landing budak-budak botak bercengkerama. Belakang dorm gua ni memang ada satu jalan terus straight ke padang kawad. Dia punya guling lain macam. Almaklum lah, dapat bercakap dengan buah hati 2 kali je seminggu. Apa punya perangai budak-budak botak ni. Siap baring-baring pun ada. Mengada betul!

Time celaka pula? Haaa masa nak pulang handphone pada malam ahad. Semua pakat nak duduk paling belakang, bercakap 'iloveyou' lah bagai. Memang macam-macam hal. Bagi lone ranger pula memang takde hal la kalau bab beratur hantar handphone, celah gigi je katanya. Ceh!

"Alamak!"

"Apahal Doff?,"

"Lupa mau cakap iloveyou sama Sonia,"

"Ekeleh,"

Celaka kan? Ni mamat Sabah yang paling jiwang pernah gua jumpa. Sumpah, paling jiwang yang gua pernah jumpa! Ceh.
Tuesday, December 14, 2010 - 0 comments

PLKN Punya Hal #2

Ok,semasa hari bekerja atau hari biasa, semua pelatih kena bangun awal untuk berhimpun di padang kawad berdekatan dorm Cengal. Dorm Meranti boleh tahan jauh jaraknya. Al maklum lah, dorm yang dekat dengan surau. Hal-hal duniawi nombor dua, tak gitu?

Yang paling gua tak gemar adalah bangun pagi pada pukul 4.45 pagi. Semua ego dan perasaan rage gua tercabar dek air kolah yang sejuk dia boleh tahan mengancam. Sejuk kemain. Seperti sedia maklum, bekalan air dipam daripada sungai berdekatan. Mana tak ketaq lutut pekena air sungai pagi-pagi buta.

Selesai mandi dan solat subuh, gua selalunya memang paling menyampah dan benci perhimpunan pagi. Bab beratur, berkawad pepagi buta, memang dalam hati sumpah seranah je sepanjang masa tu. Betul-betul celaka.

Tapi ada satu benda yang gua suka,hah! Senaman pagi dia atau lebih hensem di kenali sebagai Physical Training. Bab torture urat dengan otot badan memang sedap. Boleh di katakan badan sentiasa fit. Dalam dorm siap lawan pumping. Mengada betul, tapi gua join kan aje. Top rank lah juga. Tehehehehehehehe.

"Breakfast ni kita balun kau-kau, aku dah lapar gila ni,"

"Ok,"

Beratur untuk breakfast pagi memang celaka. Panjang nak mati. Tapi dengan tiba-tiba

"eh nanti aku pinjam inner loreng kau,"

terus gua ke depan. Heeeeeeeeeeeee



Saturday, November 20, 2010 - 0 comments

Koyak Punya Hal

Nak di jadikan cerita, gua kena hantar Is ambik lesen motor. Perjalanan menghantar si buntal sekor ni berjalan baik waktu pergi. Tapi, jeng jeng jeng, waktu nak ambil mamat ni gua kena beb!

Tengah sedap-sedap layan lap sagat lutut gua rasa goyang-goyang dari body belakang. Zrappppp gua bersepah dekat tepi divider jalan. Celaka punya scoot, gua bawak motor gua main lap 120 km/h cecah lutut selamba kambing je. Tapi scoot Is kali ni lain macam. Koner 50 km/h pun dah nak melambung. Menyumpah gua kejap tepi divider.

Bangun-bangun gua tengok lampu scoot dah pecah, tapak tangan gua koyak,buku lali luka sikit. Cis, tewas gua kali ni dengan jalan raya. " Ni angkara lewat solat Subuh tadi la ni", gua bermonolog bersendirian. Muhasabah diri la konon.Cek punya cek tangan gua rasa pedih semacam. Bahana kepala bana betul.

Macam biasa berhenti lah dua bijik kereta Wira tepi jalan. Brader tu tolong angkat motor sambil soal siasat apasal boleh jatuh. Biasalah, kalau dah accident mesti la soalan tu paling popular kan? Kalah la soalan gosip artis tu. Gua boleh jamin.

Brader sorang lagi sebok suruh gua pergi klinik dengan hospital. Hishh ni yang gua tak gemar. Cuci luka dekat hospital pedih lain macam oi. Gua dah ada pengalaman masa form 3 dulu. Cantik la macam mana pun nurse yang rawat gua, memang boleh makan penerajang punya.

Bangun-bangun start motor lepas tu cakap terima kasih dekat brader-brader tadi, gua terus blah. Gua buat muka pahlawan konon-konon sebab nak tak nak pergi klinik punya pasal. Is dah tercongok-congok tunggu gua fetch dia. Ni paling kurang mau merungut sebab dengar cermah lesen sikit punya lama dekat pejabat JPJ tadi.

"Aku bersepah tadi weh,"

"Motor ni memang tak boleh layan lap la. Goyang lain macam,"

"Laa bukan nak sound awal-awal."

"Nak gerak klinik ke apa?"

"Hari ni sabtu la. Tutup!"

Tapak tangan gua koyak, darah menitik. Memang cun sangat la kan.

Celaka punya hari sabtu. Ni sah-sah Tuhan nak balas dosa gua buat jahat dulu-dulu la ni. Ambik kau! =.="






Wednesday, November 17, 2010 - 2 comments

I'm Just A Nookie


I came to this world as a reject. Look into this eyes then you will.









I miss you.
Blah la cepat 2010,mari-mari 2011.










- 0 comments

Kucing Punya Hal

Malam Khamis lepas nak dijadikan cerita gua dan rakan-rakan pergi pekena nasi lemak dekat kedai mamak kesayangan Iskandar atau lebih glemer abang buntal yang bernama Salim Kepala Ikan. Nama kedai mamak ni boleh tahan bida'ah dia, mana taknya, ape jadah ada tulis Kari Kepala Ikan besar-besar tapi kepala ikan bilis je yang ada. Tak senonoh betul.

Macam tahu-tahu malam tu brader yang jual shisha tutup kedai. Biasalah, Melayu kalau tutup kedai ikut suka hati tekak je, tak kira lah cuti awam atau tidak. Apa punya perangai la peniaga Melayu. Jangan salah sangka, gua bukan lah penghisap shisha. Nak tengok siapa yang otai-otai hisap paip haram jadah tu? Tanya Haqim, An dan Iskandar. Sekali tarik nah kau macam asap train locomotive zaman dulu-dulu. Tak hensem punya perangai.

Sementara tunggu nasik lemak perisa malam hari dengan teh tarik, kami terusha seekor kucing yang boleh tahan aktif dia. Gua syak ade brader dekat-dekat situ bagi dia makan tembakau lah. Mana taknya, dia punya high semacam. Semua benda mentang tu buat main, daun kering pun dibuatnya macam tikus hidup. Teruk punya kes.

"Ni kalau bagi adik aku kucing ni mesti suka ni", Haqim membuka bicara.

"Ambik, jangan banyak cerita", kata gua dengan nada Al Capone.

Selesai pekana nasik lemak perisa malam hari dengan di bantu angin malam, masing-masing fikir plan nak perembat kucing sekor tu. Menatang tu pun mengada buat-buat jinak dengan kami. Silap orang lah.

"Ok macam ni, kau pancing kucing tu sampai dekat jeep, nanti aku terus angkat masuk dalam jeep".

"Alrite".

Konon-konon nak berlagak ala-ala mafia bukak pintu jeep terus culik kucing tu, tapi idea tu berhaluan kiri sangat. Nampak sangat radikalnya. Apa pulak kata orang yang tengah minum-minum dekat situ kan. Tak gitu?

Nak dijadikan penamat entry ni, Soul dengan selamba katak pancing kucing dengan bunyi yang tak senonoh. Kucing mangsa datang dekat dengan perlahan-lahan. Tup terus tutup pintu jeep dan blah.

"Ape hal kucing ni rilex je eh?"

"Kan ke dalam jeep ni dah memang ada bau kencing kucing".

Ceh. Padan la tenang walaupun kena culik.




Wednesday, October 20, 2010 - 0 comments

Ayam Panggang Perisa Hebat


"Cuaca cun, pekena joran sepam dua mau?"

"Aku boleh je, joran ade dekat rumah la. Soul,
ape macam?"

"Aku takde hal, jom je weh!"

"Panggang ayam sekali cun?"

Anak tekak ni tak pernah mengada pun nak mintak ayam panggang. Ntah tak semena-mena terlepas pulak ayat ayam panggang ni. Macam biasa lah, kalau tekak yang nak menelan tu memang handal dia punya ramai, keluar modal pulak semua telan anak tekak senyap-senyap macam silent handphone.

Joran An pulak dah lama tak berkhidmat katanya. Sekali lagi ada lah tekak yang mengada mengajak memancing sekali. Pakej katanya. Sambil menyelam dalam swimming pool sambil usha duit orang tercicir. Boleh juga kutip untuk bayaran burger. Tak gitu?

Sampai sahaja di rumah, wa terus hulur kan ayam yang siap disiang bagi tugas pemerapan oleh bonda yang tercinta. Mak wa memang handal bab-bab awas pemerapan ayam ni. Silap-silap boleh saing dengan Kenny Rogers Roaster. Kemain lagi tau.

Lata Bongsu menjadi tempat pilihan kali ini. Sebaik sampai, semua buat hal melakukan tugas masing-masing. Boleh tahan handal dia punya dedikasi. An pulak sedang hebat melemparkan joran dia. Wah wah waaaah.

Semasa sesi memanggang berlangsung An bermadah seketika "wahh, boleh tahan syok panggang ayam sambil pekena angin sungai. Pulak ada cerita porno Anwar Ibrahim dengan Saiful dalam paper Utusan ni. Siap tulis "BERLAKU PANETRASI!". Ceh! Dalam hati wa bermonolog, biasalah, paper pun kena kasi tajuk panas. Baru laku.

Habis selesai mandi-manda bagai, kami semua repack bar
ang-barang menuju pulang. Baru wa perasan, wah memang handal penangan ayam panggang kitorang ni, masak pun suku-suku terus telan. Boleh tahan radikal perut. Joran pulak tak mengena. Mengada betul ikan Klah ni, nak makan umpan mahal-mahal je ye?

Okey, gambar ni abaikan. Sekian terima kasih.








Monday, October 11, 2010 - 2 comments

Farewell









Abang Yus, semoga roh kau di rahmati Allah S.W.T.





............





10.10.2010











Thursday, September 9, 2010 - 2 comments

Lahir Lagi

Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih F. Semoga wa dapat senyum lagi setiap hari, semoga wa dapat tengok lu orang semua senyum lagi. Terbaik!
Friday, August 27, 2010 - 1 comments

Sekali Tiup Semua Lingkup

Tret tret hand phone wa vibrate dengan celaka dan jaya nya mengacau wa yang sedang khusyuk berzanji (ok yang ni tipu, korang tak kan percaya pun). "Salim jom", tertera tulisan dari hand phone murah yang tak berapa memikat awek masa kini yang tersangat materialistik (ni pun wa tipu jugak, tak semua geng!). Salim tu merujuk kepada restoran mamak yang menjadi kegemaran wa dan rakan-rakan meluangkan masa. Sekarang dah ada wi-fi, boleh tahan la urbannya. Heh.

Sampai-sampai di restoran mamak tu, Akim terus melilau mata cari port yang sesuai untuk melabuhkan bahagian bawah kami ke atas kerusi. Muka pelayan dia memang India tulen habis! Mana tak semak Malaysia dengan imigran sekarang. Cakap bahasa Melayu pun kantoi, kena ulang banyak kali bagi faham semasa ambik order. Boleh tahan celakanya. Kegemaran Akim buat masa ni Coke susu katanya di Salim tu. Hari-hari lu pekena benda alah ni terus potong kaki. Peh! Soul macam biasa, taste memang oldtimer habis, teh tarik. Ini menandakan dia ni memang rakyat Malaysia yang true dan tak boleh disangkal lagi. An nafsu makan dia celaka sikit, baru je duduk "mane pelayan ni, aku dah lapar ni babi!", ayat ni je lah yang selalu terpancul dari mulut dia. Memang nafsu amarah dia untuk makan memang power! Is wa tak boleh agak nafsu dia macam mana, unpredictable sungguh! Kalau agak bosan kami mengorder shisha berperisa apple mint (yang ni memang perisa wajib, dalam banyak-banyak perisa tu apa hal ntah yang ni jugak la feveret diorang. Pelik dan musykil aku.)

Salim ni memang port wajib bagi kami apabila lepas meng'abuse' alatan bunyian di studio Pak Din. Memang wajib. Bila nak siap demo nye pun tak tahu la. Haih. Soul bukak bicara malam tu "eh movie ni macam show je" dalam hati wa bermonolog sendirian "balik 3 a.m lagi la ni, adoi". Mesti kena tunggu cerita sampai habis. Tu wajib! Skrin lcd yang besar memang tak mengecewakan kami dan wi-fi yang hensem tu menyebabkan pelanggan Salim berlagak urban dengan komputer riba. Wa senyum sinis.

Habis sahaja movie yang kadang-kadang boleh tahan (Star Movie dengan HBO je top pick dekat Salim ni), kami terus menuju venue yang seterusnya, tol Plus yang berdekatan sebab nak cari toilet punya pasal. Maklum lah, toilet Salim ni bau bacin! (ayat urban F, wa pun tak tau bacin tu apa). Kadang-kadang wa terfikir jugak, macam mana kalau tukang layan roti canai tu sakit perut? Wa tengok toilet Salim ni takde sabun. Kepala bana dia! Lingkup perut customer oi! Menjadi kebiasaan, pertandingan tahan kencing sampai movie tamat selalu berlangsung antara kami. Persis-persis Fear Factor gitu. Hahahaha.

Kawasan sekeliling tandas Plus tu di hiasi pokok pagar yang ditrim rapi dan hensem. Nak tahu apa kami buat dengan pokok tu? Ok konon-konon nya dulu nak jadi stunt man macam Dirty Sanchez dan Jackass. Kami semua terus lompat atas pokok pagar yang tak berdosa tu. Habis patah-patah pokok yang hensem tadi. Badan tak payah kira, bercalar-balar. Nak jadi atlit seperti lompat tinggi tu tapi silap cara. Malam tu muka wa calar sikit, nasib baik tak berparut terkena dahan pokok yang tak berapa nak friendly dengan kami. Nasib-nasib boleh patah tulang pinggul wa sebab terhentak dekat tanah hari tu. Peh! Azab dia tak payah kira lah.

Tapi benda macam ni memang seronok. Ada berani?








*Tiada seekor cenkerik atau hidupan yang mati semasa video dirakam. Rambut masa ini semua pekdek macam haram sebab baru kena gunting dengan cikgu disiplin sekolah. Celaka! Dengki betul dia dengan rambut budak tingkatan empat macam kami ni!

Blog Widget by LinkWithin