Saturday, March 31, 2012 - , 0 comments

Pagi Punya Hal Lagi Part 2

Bangun sahaja pagi, mata semua terkedip-kedip. Bukan pagi sangat gua rasa dia punya situasi, tengah hari sikit la dia punya pagi. Sikit je tau. Sekor-sekor muka mintak penyepak dah headshoot.Tapi dah solat subuh ok. Cuma sambung tidur je. Kenapa? Sebab tak mandi lagi walaupun dah tengah hari. Tapi pelik, sorang rakan gua ni asyik si depan komputer riba dia. Boleh tahan awal dia punya bangun tak silap gua. Gua usha-usha sikit tengok apa yang khusyuk sangat gamaknya bahan bacaan dia. Tak mungkin bahan bacaan yang berguna gua rasa.

"Baca ape tu oi?"

"Paper"


"Tapi apasal title dia 'Bagaimana Untuk Mengetahui Seorang Wanita Itu Masih Dara Atau Tidak'" gua tanya sambil angkat kening. Tanda-tanda sinis la tu kononnya.

"Bukan apa, gua termimpi benda bukan-bukan malam tadi, tu yang gua nak cek tu." Jawabnya bersahaja.

"Erk?"

Gua ambil tuala dan terus menuju ke bilik mandi. Malas nak banyak tanya.
- , 0 comments

Blink 182 - I Miss You (Live)


(All time favourite live version)
Tuesday, March 27, 2012 - 0 comments

Buat Hal Buat Hal

Rasa tak cool dan nak cuba lempang kepala sendiri apabila anda flunk 1 technical subject untuk test 1. Dia punya feel tak silap gua macam kena tinggal dengan awek, macam gua punya tangan kena potong, macam mata gua punya dah tak boleh detect lelaki dengan perempuan. Celaka!
Tuesday, March 20, 2012 - 0 comments

Bercerita Dengan Mak Punya Hal

Waktu cuti kegemaran gua bangun awal pagi. Ok gua tipu. Gua bangun terlewat sikit je. Sikit je tau. Macam biasa kalau dekat rumah paling kurang mesti ada teh o panas satu jug dan nasi goreng rare daripada mak gua. Feveret gua tu.

Sambil-sambil mak gua mengemas rumah dia berkata

"Awal betul kamu bangun? Tengah hari tu waktu pagi ye?"

"Cuti mak", gua jawab selamba.

"Macam mana la nak jadi suami orang kamu ni", selamba mak bagi sedas kepada anak bongsunya.

Tersedak gua sambil usha-usha teh o yang tak panas sebab dah lama bancuh.


Thursday, March 15, 2012 - 0 comments

The Naked And Famous - Young Blood

Tuesday, March 13, 2012 - , 0 comments

Kerja Amal Punya Hal

Nak dijadikan cerita, budak-budak elektrik telah ditugaskan selama 3 hari menyiapkan wiring di rumah fakir-fakir miskin yang dipilih oleh Majlis Amanah Rakyat atau glemernya MARA. Nama glemer untuk kerja-kerja yang memenatkan, penuh habuk, panjat sana sini sambil luka-luka dekat tangan ni namanya Khidmat Masyarakat.

3 hari gua dan rakan-rakan terpaksa settle kan wiring untuk sebijik rumah yang boleh dikatakan usang. Panjat sana sini tarik cable dalam litar hidup sebab tak nak kerja dalam gelap. Teknik ni kalau silap sikit mau lepak dalam kubur terus sebab renjatan punya hal. Celaka semua kerja malas.

Dah nama pun kerja amal dan konon-kononnya semua kejar pahala. Tapi lebih tepat sebenarnya kerahan tenaga. Letih.

"Kita ni buat kerja amal kan?"

"Ha'ah."

"Dapat pahala kan?"

"Ha'ah"

"Habis tu yang kita skip solat Zohor dengan Asar sebab nak siapkan kerja punya pasal tu pahala ke?"

Salah seorang rakan gua berpaling dan terus cuba masukkan multimeter ke dalam mulut gua. Cet!
Thursday, March 8, 2012 - 0 comments

Reinvented

I'll never let you down boy
I'll never let you go
Her subtle hint of life
Is so innocent and scary
"So tell me that you're here boy."
She says as if she knows
When God took her with time,
God made me quite alone

It's like the universe has left me
Without a place to go
Without a hint of light
To watch the movement glow
When our song was slowly starting
Your memory felt so real
At first against my will
But God invented chills

Yeah I
I saw your ghost tonight
The moment felt so real
If your eyes stay right on mine
My wounds would start to heal

The kids are in a hurry
And I'm just full of fear
The lights make bodies blurry
It's getting hard enough to hear
It's like the evidence is cared for
And evidently clear
If I never leave this dance floor
I'll never leave you here

Yeah I
I saw your ghost tonight
The moment felt so real
If your eyes stay right on mine
My wounds would start to heal

I felt your ghost tonight
And god it felt like hell
To know you're almost mine
But dreams are all I feel

Yeah I
I saw your ghost tonight
It fucking hurt like hell
I felt you here tonight
But dreams can't all be real

I saw your ghost tonight
It fucking hurt like hell
I felt you here tonight
But dreams can't all be real
- , , 0 comments

Sekolah Punya Hal

Masa zaman sekolah menengah gua baik orangnya. Selalu tak hadir kelas bio Puan Malar dan kerap kali ke sangkut semasa perhimpunan kerana datang lewat dan rambut panjang. Lebih tepat gua bukan jenis abang-abang pakai gel rambut pacak-pacak. Tak radikal katanya.

Guru disiplin sekolah gua namanya Mr Vellumani. Tinggi,gelap dan hensem orangnya. Hobi dia bawa rotan kecil dekat tangan. Gua rasa dia cuba tiru gaya terminator tapi gagal sebab dia pakai machine gun, tapi Mr Vellu bawak rotan kecil. Tak serugged terminator. Selain tu hobi dia juga suka jadi tukang gunting rambut tak berbayar. Apa ke celaka asyik kena panggil dengan dia rambut jadi bangang. Celaka.Tahula tak bagi budak laki mengorat budak perempuan. Dengki.

Semasa sekolah menengah juga kebanyakan budak lelaki kalau nak nampak terer sikit dia dah bawa motor ke sekolah. Kenapa bawa motor? Bagi gua bawa motor ke sekolah bukan la nak tunjuk macho atau terer, tapi sebab kena tinggal dengan bas. Bas tepat pukul 7 pagi terus gerak. Oi gua nak pekena teh o panas dengan lempeng pisang mak gua buat pun tak sempat beb. Maka alasan gua lebih munasabah dan boleh di guna pakai.

Waktu kelas pulak kelas yang paling di minati adalah kelas Add Math kelolaan Cikgu Azam. Nama dia pun dah azam ajar mesti la berazam ye tak? Tapi rata-rata hasilnya budak-budak kelas lebih gemar lukis gambar Naruto berbanding melakukan kameran dalam buku latihan. Maka azam dia tu tak sepower mana lah. Sori cikgu.

Tandas pula rata-rata macam balai seni lukis. Tapi ada juga sesetengah budak-budak gelar dewan seni. Pelbangai hasil nukilan dan air tangan di pampang dalam tandas. Tahap art dia tu mengalahkan budak-budak sekarang yang konon-kononnya art nak mampos gila babi dia tau. Sebab apa? Silap-silap nama anda juga akan terpampang dalam tandas lelaki. Eleh mat indie art bagai, lu poser la mat.

Last but not least cikgu feveret gua, Puan Zalini. Pagi-pagi lagi dah bolah nampak dia datang sekolah guna Suzuki Swift biru dia terus parking depan dewan besar. Tak rendah tak tinggi, tak kurus tak gemok. Ngam-ngam orang kata. Sebab apa jadi feveret? Sebab selalu buat experiment kelas Fizik dengan dia memang best. Bagi markah untuk paper pun dia bagi yang best-best je. Takde yang tak best.

Sebelum habis SPM dulu sempat juga gua menyaksikan kereta Mr Vellu di cat warna kuning guna cat rumah oleh tangan tertentu. Siapa tu? Nanti kan jawapannya!


Blog Widget by LinkWithin