Salim merupakan seorang remaja yang normal hidupnya. Cukup sifat dah boleh dikatakan ada rupa. Hensem dan kurang berbulu di betis kakinya. Kira sesuai untuk dibuat boyfren la orang kata. Masak ranum macam buah rambutan gamaknya. Gamaknya la. Gua pun tak pasti.
Nak dijadikan cerita dia berkenalan dengan seorang gadis yang namanya Cempaka. Pun comel juga orangnya. Manis-manis macam gula-gula la orang kata. Dia datang daripada latar belakang boleh di katakan orang berada. Dah tu ayah dia selamba je bagi Myvi oren SE baru dekat dia. Ingat senang ayah nak bagi macam tu je? Paling kurang kalau pun kena kerja sendiri tau. Kemain. Ohh dan dia ni tua setahun daripada Salim.
Sebenarnya Cempaka baru break dengan boyfren yang selalu diangungkannya. Kesian juga lah. Nak buat macam mana, selalu juga dia layan lagu Zaiton Sameon yang title dia Pelamin Anganku Tak Jadi kalau tak silap gua. Gua tak pasti. Nanti boleh cek Youtube tengok macam mana dia punya pergi.
Perkenalan Salim dan Cempaka merupakan titik permulaan atas dasar kawan atas kawan. Kira member atas member punya hal la. Pada pulanya perkenalan mereka sebagai kawan sahaja. Biasa la daripada Facebook terus ke Skype. Biasa la tu. Tapi akhirnya Salim jatuh hati kepada Cempaka. Cempaka pula selalu juga berkongsi cerita, masalah dan sebagainya. Kira Cempaka pun ada bagi hint jugalah kiranyakan. Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi tau. Lain la kalau main kompang. Tu lain cerita ok
Lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat. Kira macam pasangan bahagia jugak la dia punya penangan. Tapi langit tak selalunya cerah, gadis tak selalunya muda. Titik hitam bermula juga akhirnya dalam kamus hidup Salim.
"I'm sorry,there are no 'us', I'm sorry,"
Satu pesanan ringkas muncul di muka skrin handphone Salim. Bukan Cinta Muka Buku Najwa Latip tau. Tu budak kecik sangat tu.
"Maafkan saya, kita tak mungkin bersama dan tak akan bersama."
Maka berkaca lah mata Salim sebaik sahaja membacanya. Mana taknya, Salim telah menaruh harapan yang tinggi kepada Cempaka namun ini jadinya. Tapi disebalik mata Salim yang berkaca itu, Salim berkata
"Kau nak pergi sangat? Pergilah. Aku tak larang aku tak kisah. Tapi kalau kau pergi pastikan jangan kembali."
p/s:daripada pengalaman kisah kawan gua. Nama dan watak sudah di setting supaya tidak kena mengena dengan orang yang hidup ataupun yang dah mati. Kalau terer teka la siapa. Sekian.