Tuesday, July 20, 2010 - 0 comments

KFC Punya Hal

Sedut teh dulu. Slurppp. Ok mak dan ayah dah sibuk beli barang-barang untuk kenduri *tak rugged la prepare awal-awal. Bukan wa yang nak kawin, abang atas wa. Kalau dah settle yang tu hah! Wa je lah yang belum kawin. Rockenroll kan? Lain semua dah SELAMAT! Ciss tak bujang langsung diorang ni.

Ok abaikan opening yang merapu tu. Habis je sesi persekolahan 2008 ( Form 4) secara rasmi kelas aku adakan jamuan dekat KFC (tengok, macam takde port lain, balik-balik KFC). Line up nya terdiri daripada budak kelas wa lah, Ajrul, Haqim, Hadis (Soul lebih garang), Anum, Wahir, Izzati, Cheni, Nona, Up, Sri, dan ramai lagi. Tak ingat wa nak tulis semua.

Ni semua idea Anum, maklum lah bedahari yang jujur lagi amanah katanya. Cita-cita nak jadi akauntan tapi last-last ambik architecture dekat Kuantan. Gile ape? Aku macam biasa, isi minyak motor dulu dengan Hadis dan Haqim, lain-lain aku tak pasti diorang naik apa ke sana. Memang tak bujang la naik bas kan? Tapi dekat sana susah nak tengok awek yang betis-betis dan peha gebu macam dekat URBANSCAPE tu. Memang susah!

Sampai sahaja kami tengok budak-budak dah sedia dengan makanan yang diorang order, dalam hati "celaka, diorang dah order dulu", dengan muka yang control ala-ala Tom DeLonge nak ter*erak, kami menuju ke meja diorang. "Oh masa nak makan ramai pulak, masa kelas chemist Cikgu Muadzzam korang takde ye,dasar lahanat", bermonolog lagi sendirian.

Diorang yang duduk tengok kami tersengih-sengih, ape jadahnya nak sengih-sengih dekat kami? Wa perlahan-lahan cek zip cover ala-ala Adam Sandler, dalam hati "hmmm ok je ni", kami teruskan perjalanan ke meja sekutu yang tersengih-sengih tadi.

"Lama dah korang sampai? Lambat sikit tadi jam", kata Haqim penuh sinis macam Sinister Gates. Ape jadahnya nak jam, pakai motor tu. Lahanat sungguh ayat dia.

Aku tengok semua dah tersedia dengan big bucket atas meja dengan Coke. Ada snack plate sekali.Cantik, wa pedulik apa, meh balun!

Secara tak sengaja wa tercelup jari wa yang dah jilat dalam air Coke Izzati, jari tu wa baru jilat eheh. Habis la wa, ni mau kena simbah air jugak ni kalau dia tau. Wa buat-buat tak tau. Control tu penting. Apa? Ingat dengan awek je nak control? Hehehe.

Wa tengok dia sedut air Coke dia, slurp! Eheh, dah la ada sisa-sisa ayam tu. ERGHHHHH



0 comments:

Blog Widget by LinkWithin