Dalam kelas macam biasa, aku sebagai ketua kelas 4 Sains yang hensem dan berdedikasi telah di pelawa oleh Haqim untuk memonteng raptai hari anugerah yang biasanya membosankan. Wa ada tersenarai sebagai penerima anugerah dalam mata pelajaran terbaik masa tu. Tapi bentak hati wa "alah nanti hari anugerah betul-betul wa pegi la", bermonolog sendirian. Soul dah bersiap sedia dengan beg yang rabak dan koyak untuk menampung buku. Grunge katanya. Wa belek jam tangan wa yang diselaputi peluh "Qim, awal sangat nak blah ni, baru pukul 12.30, budak-budak blah pukul 2.00 weh", seorang ketua kelas berdedikasi memberi tahu.
"Alah, jom je lah. Jom lepak rumah aku layan PS seround dua. Park rumah aku dulu", kata Haqim.
Soul mencelah "babi bosan sial, jom jelah. Takkan nak melanguk je. Setakat persembahan raptai tu abaikan. Bukannya best pun weh. Kejap lagi kita pekena cendol dekat kedai stesen bas.Cun?",
Wa senyum tanda setuju tapi ada satu masalah. Ajrul tengok kami penuh ketakutan. Wa tanya dia, "Joi, nak ikut? Naik dengan Soul!", bentak wa dengan gaya ala-ala John Travolta.
Ajrul menjawab "yelah-yelah", dengan nada takut. Ajrul sekarang dah rambut pacak-pacak. Amboi kemain lagi tau. Hahahaha. Maklum lah, dalam benak hati dia wa tau dia tengah layan lagu Cinta Tiga Segi. (Masa ni Justin Bieber tengah sibuk minum susu dalam botol lagi untuk pengetahuan F. Hehehehe)
Haqim mengorak langkah dengan berhati-hati mengusha line di blok C yang tak berapa clear sebab dekat situ ada bilik guru. Faham-faham je lah. Nasib menyebelahi kami, yes bilik guru kosong terus berlari. Yeah. Dalam kepala wa dah terpasang lagu Korn-freak on leash. Hahaha. Semua tunduk berlari ala-ala komando yang sedang bertempur.
Kasut Warrior putih wa yang dah koyak menjadi saksi misi itu. (maklum lah, kami bukan indie nak pakai Converse. HAHAHAHA).
Menuju ke tempat parking motor murid-murid bukan senang. Banyak pengorbanan yang kami lakukan saperti melompat longkang yang tak seberapa besar, alah sekang-kang kera la katakan.
Selesai melintasi longkang yang agak hensem dan boleh tahan kental untuk dilintasi, kami meneruskan perjalanan dengan gah lagi bergaya. (Maklum lah, dah melintas bilik guru, bilik guru disiplin, apa macam? Hebat kan?)
Prap! Alamak kata Ajrul dalam nada yang tak berapa hensem lagi cuak. Wa tanya, "kenape weh?", "cilanat beg koyak lah gila!", aku balas dengan senyuman ala Thome York. Hehehehe.
Sampai sahaja di tempat meletak kenderaan murid-murid ntah mana hala pulak ada cikgu masuk depan pintu pagar. Cilanat! Baru sahaja wa nak masuk kan kunci dekat motor wa. Potong lah!
Bentak Haqim dengan nada sinis, "ciss, ni mesti geng pekena teh tarik dekat luar waktu sekolah, padan lah time kelas kita memanjang takde. Cilakak!", wa balas dengan senyuman ala-ala Thom York lagi.
Selesai meyorok antara motor-motor murid dengan daya usha yang tinggi lagi jitu kami menendang aci engkol dan sesetengah dari kami hanya picit punat starter je. Hehehehe. Pak Guard yang menjaga post di hadapan tak kami hirau kan. Yeah! Terus jalan! (kami panggil Pak Guard ni Pak Mudguard, kan comel tu?)
Sampai sahaja di rumah Haqim sedang asyik membuka tombol pintu "alamak, kunci takde lah!", memang rasa nak bunuk orang pun ada masa tu. Ciss!
*Untuk pengetahuan Mak kepada Haqim cikgu tu cikgu dekat sekolah aku.
2 comments:
HOI! aku yang cover line sampai kotor kotor baju (kredit siki ye HAHAHA)
haha.celaka lu!
Post a Comment