Showing posts with label greetings. Show all posts
Showing posts with label greetings. Show all posts
Thursday, August 25, 2011 - 2 comments

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri gua ucapkan. Mintak maaf, ampun daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Nak lebih-lebih daripada tu kita bukan muhrim jaga batas tau awak-awak semua. Mintak maaf dan ampun atas dosa yang gua dah buat secara langsung dan tak langsung kepada anda semua. Kalau ada yang terguris hati, yang terasa, yang tersinggung, yang terusik, yang tersilap, harap anda semua maafkan saya. Kalau tak nak ampun pun tak apa, pegi jahanam la. Gua pedulik apa. Selamat hari raya!
Tuesday, August 2, 2011 - 2 comments

Bazar Ramadhan Pun Ok

Selalunya kalau nak berbuka dengan meriah sikit diwajubkan ke bazar ramadhan. Gua bukan lah penggemar kawasan sesak apatah lagi bau-bauan yang mengancam hasil daripada ayam percik atau ikan keli bakar. Petang-petang tak elok juga iman ni teruji.

Selalunya hari pertama ramadhan dah tentu dia punya pack cukup mengada untuk dilayan. Gua bukan gemar sangat bersesak ni sebenanya. Kalau ada yang suka bersesak tu dah dikira anugerah tu gua rasa. Boleh buat sujud syukur tau lepas ni.

Tapi satu benda sahaja yang gua gemar tentang bazar ramadhan ni, gadis-gadis Hana Tajima dan Yuna serta berbaju kurung cotton berselerakan pada waktu begini. Kira ok la boleh usha gadis-gadis di bulan ramadhan. Tak makruh rasanya, kalau makruh pun tak batal puasa. Ok la tu. Dan baru gua perasan akak jual nasi briyani dengan gadis jual air cincau tadi comel.

********

Tak batal rasanya puasa gua kan?

Selamat Berpuasa!
Monday, August 1, 2011 - 2 comments

Ramadhan Punya Hal

Di sebabkan esoknya dah nak puasa dan ntah tiba-tiba gua tak boleh tidur pulak malam ni dan malas pula tu nak study, gua ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini dengan hati yang gembira.


*******

p/s:Excited nak berpuasa dan tak berapa excited nak tahan minum di siang hari. Macam mana tu?tehee
Sunday, July 17, 2011 - 7 comments

Ini Tak Betul! Finale

Kemain! Gua dah ada blog rupanya. Lebih terer daripada pekena Coke dengan susu, lebih terer daripada janggut Mamak Salim Kari Kepala Ikan dekat jalan nak masuk highway Bidor, lebih kencang daripada pekena Kopi Jantan dan berpeluh di malam hari. Rasa dia lain macam, rasa macam berlakon dalam filem KL Gangster sambil main guli pukul-pukul orang. Oh tak lupa juga rasa dia terer macam pekena Kenny Rogers orang belanja.


Sebagai seorang yang belum pernah panjat pokok pisang,izinkan gua perkenalkan diri dulu. Nama gua Azhan. Senonoh orangnya. Tak berapa nak terer bermain konda-kondi masa sekolah agama rakyat dulu tapi boleh la juga tiruk sepam dua ke dalam sungai. Gua tak suka durian. Bukan apa,gua dah try dah makan durian masa umur gua 5 tahun dulu tapi cubaan gua gagal. Cubaan gua gagal dan berakhir dengan muntah yang kronik. Dah nak buat macam mana gua dah termuntahkan, takkan la gua nak telan balik hasil muntah tu. Sori durian.

Blog ni selalunya mengandungi cerita-cerita hidup gua dan kalau gua rasa gua comel dan hensem gua akan post gambar gua. Lebih-lebih lagi kalau ada permintaan daripada kaum hawa mungkin gua lebih berani untuk beraksi tangkap gambar sendiri depan cermin atau buat pipi kembung sambil jari telunjuk cucuk pipi. Tu kalau ada permintaan je tau. Kemain

Kepada sesiapa yang sudi membaca tu gua ucapkan terima kasih tau. Kalau yang jadi follower tu lagi lah gua berterima kasih. Tak lupa juga kepada desktop di rumah, Streamyx, Celcom Broadband dan juga laptop grant daripada abang gua.

Kata akhir daripada gua, Pepsi Twist lagi sedap daripada Pepsi Max.

p/s:gua rasa entry ni sepatut nya jadi entry first gua. Hmmmmmmmm


Blog Widget by LinkWithin