Showing posts with label crap. Show all posts
Showing posts with label crap. Show all posts
Sunday, April 15, 2012 - , , 0 comments

Teman Tapi Mesra

Hai, saya Sony Eriksen W705. Saya mempunyai tubuh yang seksi dan boleh di slide dengan pantas dan teguh. Badan pulak ramping dan baju saya yang berwarna merah hati memang membuatkan saya agak mengancam pada masa itu. Kira saya ni memang seksi nak mampus la cerita dia. Oh ya saya dulu duduk dalam kaca jernih yang berkilat. Di tatang bagai minyak yang penuh kononnya.

Ntah macam mana datang pula mamat ni usha-usha saya. Siap belek-belek saya lagi tau. Ni dah kenapa siap pegang-pegang saya pulak tu. Biadap betul. Nak je saya penampar dia tau. Mengada dia bukan kepalang. Tiba-tiba dia hulurkan duit dan membuka casing saya dan memasuk kan SIM card ke dalam saya. Baru la saya tau rupanya dia ni tuan saya yang baru.

Saya di jaga dengan rapi dan cermat. Macam awek-awek jugalah dia punya rapi. Tapi tak serapi rambut iklan Rejoice. Sikit pun kotoran tak pernah melekat dengan saya tau. Tuan saya yang baru ni cermat orangnya.

Dalam memori saya pula kebanyakannya gambar-gambar member tuan saya di dalamnya. Saya terkilan juga kenapa tiada gambar gadis-gadis. Mungkin kah tuan saya gay. Tapi setelah sebulan saya bersama tuan saya baru lah saya dapat tahu tuan saya bukanlah hero gadis-gadis punya orang. Alim juga tuan saya ni. Tak gatal mata. Lagu-lagu pula bukanlah lagu Indon yang menjadai kegilaan remaja masakini.

Namun pada suatu ntah macam mana saya terjatuh daripada telapak tangan tuan saya. Sakitnya bukan kepalang. Namun dengan pantas tuan saya gosok-gosok saya. Kira kurang jugak la sakitnya. Syukur dapat tuan penyayang macam ni.

Hari berganti hari tahun berganti tahun. Saya sudah tidak di pedulikan lagi. Masa tuan saya nak je tuan saya cari, masa dia tak nak dia campak saya merata-rata. Dengan hasil tabiatnya tu saya menjadi tekanan perasaan. Saya sudah tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik lagi. Butang pada saya pun tidak dapat di tekan lagi. Tubuh saya menjadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

"Ape hal pulak henpon ni, buat onar pulak time-time ni",

bentak tuan saya yang nampaknya terdesak memerlukan saya.

Akhirnya saya dilupuskan perkhidmatannya. Saya kini berada di almari dan tidak bermaya. Bateri saya pun ntah kemana.

"Haih, duit lagi. Sori la, terpaksa la aku mencari pengganti kau",

Dengan nada sugul tuan saya berkata kepada saya.

Ape jadah ni, henpon rosak ni?
Sunday, April 1, 2012 - , 0 comments

Cuti Sekolah Punya Hal

Cuti sekolah sememangnya kegemaran untuk meraikan kenduri kahwin. Dan pada masa ni juga la banyak jemputan kenduri kahwin dan sebaginya. Kenapa cuti sekolah je diorang nak buat? Cuti lain tak nak pulak ye. Abaikan. Semasa gua sekolah menengah dulu kalau cuti gua akan follow catering kenduri kahwin. Bukan apa, cari duit sendiri kononnya. Pada hal berapa sangat pun dapat. Saja cari pengalaman dan mengada cari pasal. Boss caterer gua tu dulu berambut panjang dan nampak ranggi. Maka melekat la nama Uncle Etoo. Rare gamaknya.

Masak memasak bukanlah tugas macai-macai. Sebab apa? Jenis masak pakai kawah punya oi. Kalau silap sikit mau jahanam lauk. Bukan sikit, tapi banyak. Maka itu adalah tugas boss dan dia punya pekerja tak masuk campur hal serius macam tu. Tugas dia banyak kalau macai catering ni, susun pinggan la,basuh pinggan la,hiding lauk la,top up lauk la,usha awek la. Ok bab usha awek tu gua saja je tambah. Tu tugasan bonus untuk budak catering lelaki. Bonus.

Selepas lauk semua siap dan nasi yang dah letak dalam bekas besar di susun dalam lori, maka perjalanan ke rumah tuan punya rumah di teruskan dengan ranggi dan hensem. Sebab apa hensem? Kalau lori bergegar ke, goyang ke, langgar lopak ke, jangan terkejut ada bau dalca ataupun kari di kaki anda. Sebab apa? Sebab tumpah la oi. Dah la panas lepak belakang lori tu. Dan kalau anda punya luck tinggi, anda terpaksa pegang pinggan mangkuk yang nak roboh sebab takut pecah daripada mula perjalanan sampai destinasi. Power.

Sampai sahaja rumah tuan rumah. Kami dialu-alukan macam bakal pengantin pulak. Eleh, kalau takde kami tak jadi tau kenduri. Lagi penting daripada pengantin tau. VVIP kononnya. Susun pinggan, air minuman dibahagikan tugas sama rata. Apabila mula sahaja acara, kami ligat bertugas dengan dedikasi. Bukan apa, takut kena marah sebenarnya. Kalau bab kutip pinggan gua akan cuba untuk menggalas tugas ini. Sebab apa? Selalunya boleh usha awek awek sambil “awak dah habis makan? Saya nak ambik pinggan ni,” tu dialog lazim. Tapi rata-ratanya dia punya bunyi macam ni sebenarnya “makcik dah habis makan? Saya nak angkat pinggan ni”

Selesai sahaja kenduri maka kami bersiap sedia untuk pulang. Kemas meja, pinggan mangkuk dan lauk pauk semua ke dalam lori. Selalunya sampai sahaja part ni semua dah cuba nak mengular. Perangai. Bukan apa, dah malas nak packing sebenarnya. Semua dah nak balik. Penat. Bersilat jugalah cerita dia.

“Oi tolong buang perut ayam tu dekat belakang rumah,”

“Ok”, jawab Paan bersahaja.

Sebaik sahaja dia mengangkat seplastik sampah besar perut ayam untuk di buang di belakang rumah, zraaap plastic tu koyak dengan tragis.

“Kau kutip la guna tangan, banyak sangat ni. Gua gerak dulu,” sebut Faiz sambil buat-buat angkat pinggan padahal dekat tangan dia apa pun takde. Busuk dia bukan kepalang oi!

Saturday, March 31, 2012 - , 0 comments

Pagi Punya Hal Lagi Part 2

Bangun sahaja pagi, mata semua terkedip-kedip. Bukan pagi sangat gua rasa dia punya situasi, tengah hari sikit la dia punya pagi. Sikit je tau. Sekor-sekor muka mintak penyepak dah headshoot.Tapi dah solat subuh ok. Cuma sambung tidur je. Kenapa? Sebab tak mandi lagi walaupun dah tengah hari. Tapi pelik, sorang rakan gua ni asyik si depan komputer riba dia. Boleh tahan awal dia punya bangun tak silap gua. Gua usha-usha sikit tengok apa yang khusyuk sangat gamaknya bahan bacaan dia. Tak mungkin bahan bacaan yang berguna gua rasa.

"Baca ape tu oi?"

"Paper"


"Tapi apasal title dia 'Bagaimana Untuk Mengetahui Seorang Wanita Itu Masih Dara Atau Tidak'" gua tanya sambil angkat kening. Tanda-tanda sinis la tu kononnya.

"Bukan apa, gua termimpi benda bukan-bukan malam tadi, tu yang gua nak cek tu." Jawabnya bersahaja.

"Erk?"

Gua ambil tuala dan terus menuju ke bilik mandi. Malas nak banyak tanya.
Thursday, March 8, 2012 - 0 comments

Reinvented

I'll never let you down boy
I'll never let you go
Her subtle hint of life
Is so innocent and scary
"So tell me that you're here boy."
She says as if she knows
When God took her with time,
God made me quite alone

It's like the universe has left me
Without a place to go
Without a hint of light
To watch the movement glow
When our song was slowly starting
Your memory felt so real
At first against my will
But God invented chills

Yeah I
I saw your ghost tonight
The moment felt so real
If your eyes stay right on mine
My wounds would start to heal

The kids are in a hurry
And I'm just full of fear
The lights make bodies blurry
It's getting hard enough to hear
It's like the evidence is cared for
And evidently clear
If I never leave this dance floor
I'll never leave you here

Yeah I
I saw your ghost tonight
The moment felt so real
If your eyes stay right on mine
My wounds would start to heal

I felt your ghost tonight
And god it felt like hell
To know you're almost mine
But dreams are all I feel

Yeah I
I saw your ghost tonight
It fucking hurt like hell
I felt you here tonight
But dreams can't all be real

I saw your ghost tonight
It fucking hurt like hell
I felt you here tonight
But dreams can't all be real
Tuesday, February 14, 2012 - , , 0 comments

Pekena Sekali

Di sebuah kedai mamak yang tidak terlalu overrated glamournya dan air kosong pun kena cas rm0.20 secawan, duduk lah 2 sahabat yang bernama Rayyan dan Tommy sambil pekena teh o ais laici dan air tembikai susu. Mereka tak usha gadis tapi gadis-gadis yang usha mereka. Kenapa senario macam ni berlaku? Itu gua tak pasti. Tak silap gua mereka ni juga gemar menonton Gemersik Kalbu. Ayu Raudah hot katanya. Body sedap-sedap katanya.

"Tommy, kenape kau ni asyik diam je?"

"Aku dah putus cinta la Rayyan."

"Aik? Sejak bila pulak kau ade awek? Lagi satu, macam mana boleh putus pulak?"

Rayyan bagi sekali. Cuba menjaga tepi kain sahabatnya.

"Sebenarnya aku tak pernah jumpa dia pun, baru-baru ni dia mintak gambar aku. Aku pun bagi la. Lepas je aku bagi dia terus hilang. Call pun tak angkat." Tommy memberi penjelasan dengan nada sugul.

"Dah berapa kali aku cakap, jangan bagi gambar kau. Kau tak hensem. Degil jugak kenapa?"

Rayyan bagi lagi sekali.

"Mana ada. Aku tak bagi gambar aku, sebenarnya aku bagi gambar kau. Terus dia tak angkat bila aku call dia. Aku tau aku tak hensem. Tu yang aku bagi gambar kau tu."

Jawab Tommy sambil terkebil-kebil mata comelnya.

Rayyan bingkas bangun dan meninggalkan kedai mamak tersebut. Teh o ais laici dia pun dia tak bayar. Kenapa dia tak bayar? Sebab semalam dia dah bayar, maknanya kali ni giliran Tommy pula untuk membayar.

Sunday, January 29, 2012 - , 0 comments

Salahkan Jalan

Di keheningan petang yang dia punya angin petang boleh tahan bosan. Gua tiba-tiba kelaparan. Kelaparan dia lain macam. Tak silap gua macam Jackie Chan tendag perut gua dia punya lapar. Memang lain macam. Maka gua terpaksa menekan suis starter Yamaha Lc gua dengan penuh rakus dan kejam. Maklum lah, lapar.

Sedang gua menghayati angin petang yang berdesup menerjah muka gua sebab gua tak tutup guna visor, maka pengelihatan gua lebih jelas untuk keadaan sekeliling. Dengan lebih tepat, alert la orang kata. Orang urban biasanya cakap macam tu. Gua usha sekeliling dengan penuh berhati-hati.

"Ntah kenapa ramai sangat wanita putih dan gebu waktu petang-petang cenggini. Diorang tak bersukan kah?"

Gua bermonolog sambil memperlahankan motosikal gua. Maklum lah, memerlukan kepekaan yang jitu kalau ada pemandangan macam ni. Gua cuba juga mencari-cari punca dari mana datangnya kejadian sebegini. Tak silap gua semua masak-masak ranum dan elok untuk di buat buah hati. Kira ngam-ngam sui la orang kata.

Sampai sahaja di tempat yang dituju.Gua tongkat kan motor gua dengan aksi bersahaja. Bukan macam Awie tongkat motor Harley dia tau. Tu mengada sangat dia punya gaya. Tak grunge langsung. Gua tarik helmet perlahan-lahan. Penuh berhati-hati.

KOLEJ JURURAWAT DESA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

"Peh, padan la cun-cun. Awek-awek nurse rupanya,"

Sebenarnya gua nak usha ikan bilis nak buat nasi goreng. Kebetulan pula jalan ke kedai tu sama dengan kolej tu. Rezeki petang mungkin. Tapi jangan risau. Gua bukan jenis mata liar punya orang. Heh.
Friday, January 27, 2012 - 0 comments

Tu Dia!


Nampak sangat gua bosan. Usha wallet ada baucer buku free. Gua buat apa? Masuk Popular usha komik. Settle. Kan?
Wednesday, January 25, 2012 - , , 0 comments

Balik-Balik Mamak Punya Hal

Cuti raya cina ni nampaknya tak berapa meriah apa bila line up yang sepatutnya ada tak kelihatan pula kali ni. Soul dah kerja, Haqim pula ke Melaka. An pula sibuk LI di Terengganu. Nasib baik la ada Is, kucing buntal sorang ni lepak dengan gua. Maklum la,takde member boleh mati kutu juga. Kutu pun tak mati dengan tragis tau kalau nak kira dia punya bosan.

Tanpa berlengah dua sahabat bergerak menuju ke Restoran Kari Kepala Ikan Salim. Nama kedai mamak ni boleh tahan panjang. Bahasa mudah nya mapley. Amacam?Cantik tak dia punya short form. Baru nampak marketing dia naik sikit la kan. Masalahnya mapley ni dah memang tempat melepak yang mungkin juga dah jadi sebati dengan muka-muka line up yang sama. Ntah kenapa.

Keluar sahaja dari kereta

"Huih, lawa sial bini dia. Gebu oi"

Berkata Is dengan penuh ghairah. Perangai ni.

"Celaka, bini orang tu. Nak kena sebat dengan suami dia ke apa dok usha-usha bini dia."

Gua cuba tangkis nafsu liar Is.

"Dia jeling oi!"

Is menjawab lagi.

Gua bergegas ke meja dan mencari kerusi. Hampir-hampir mencarut juga dengan perangai Is tadi. Oh ya, Is pun dah pakai Android sekarang. Gua bila lagi? Heh!
Monday, January 2, 2012 - , 0 comments

Tunggu Ku Di Halaman Rindu Punya Hal

Salim merupakan seorang remaja yang normal hidupnya. Cukup sifat dah boleh dikatakan ada rupa. Hensem dan kurang berbulu di betis kakinya. Kira sesuai untuk dibuat boyfren la orang kata. Masak ranum macam buah rambutan gamaknya. Gamaknya la. Gua pun tak pasti.

Nak dijadikan cerita dia berkenalan dengan seorang gadis yang namanya Cempaka. Pun comel juga orangnya. Manis-manis macam gula-gula la orang kata. Dia datang daripada latar belakang boleh di katakan orang berada. Dah tu ayah dia selamba je bagi Myvi oren SE baru dekat dia. Ingat senang ayah nak bagi macam tu je? Paling kurang kalau pun kena kerja sendiri tau. Kemain. Ohh dan dia ni tua setahun daripada Salim.

Sebenarnya Cempaka baru break dengan boyfren yang selalu diangungkannya. Kesian juga lah. Nak buat macam mana, selalu juga dia layan lagu Zaiton Sameon yang title dia Pelamin Anganku Tak Jadi kalau tak silap gua. Gua tak pasti. Nanti boleh cek Youtube tengok macam mana dia punya pergi.

Perkenalan Salim dan Cempaka merupakan titik permulaan atas dasar kawan atas kawan. Kira member atas member punya hal la. Pada pulanya perkenalan mereka sebagai kawan sahaja. Biasa la daripada Facebook terus ke Skype. Biasa la tu. Tapi akhirnya Salim jatuh hati kepada Cempaka. Cempaka pula selalu juga berkongsi cerita, masalah dan sebagainya. Kira Cempaka pun ada bagi hint jugalah kiranyakan. Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi tau. Lain la kalau main kompang. Tu lain cerita ok

Lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat. Kira macam pasangan bahagia jugak la dia punya penangan. Tapi langit tak selalunya cerah, gadis tak selalunya muda. Titik hitam bermula juga akhirnya dalam kamus hidup Salim.

"I'm sorry,there are no 'us', I'm sorry,"

Satu pesanan ringkas muncul di muka skrin handphone Salim. Bukan Cinta Muka Buku Najwa Latip tau. Tu budak kecik sangat tu.

"Maafkan saya, kita tak mungkin bersama dan tak akan bersama."

Maka berkaca lah mata Salim sebaik sahaja membacanya. Mana taknya, Salim telah menaruh harapan yang tinggi kepada Cempaka namun ini jadinya. Tapi disebalik mata Salim yang berkaca itu, Salim berkata

"Kau nak pergi sangat? Pergilah. Aku tak larang aku tak kisah. Tapi kalau kau pergi pastikan jangan kembali."

p/s:daripada pengalaman kisah kawan gua. Nama dan watak sudah di setting supaya tidak kena mengena dengan orang yang hidup ataupun yang dah mati. Kalau terer teka la siapa. Sekian.
Sunday, December 11, 2011 - 0 comments

Soalan Yang Berkali-kali

Kalau dah melepak tu line-up dia mesti muka yang sama, tak kan pula nak muka yang baru pula kan? Maka timbul la soalan yang agak musykil dan tak terfikir jawapannya.

"Camane budak perempuan korek hidung eh? Diorang kentut kan? Apesal kita tak perasan eh? Bau busuk dia sama dengan kita ke?"

Mengada jugak soalan ni. Boleh bergaduh jugak la malam tu jadinya nak cari jawapan.
Tuesday, August 16, 2011 - , 0 comments

Semalam Punya Hal.Gitu!

Di pagi cuti yang sejuk dingin-dingin gua selalunya telah set kan alarm gua kepada pukul 10 daripada pukul 6.30 pagi waktu kebiasaannya. Bukan apa, masa bukan cuti minggu dah tentu-tentu lah tak dapat bangun lewat kan jadi masa cuti lah gua terpaksa lepaskan nafsu dendam gua untuk bangun lewat. Impian seorang lelaki tipikal sebenarnya.

Ntah macam mana gua boleh pula terbangun awal. Rupa-rupanya perut gua buat hal di pagi hari. Kelam kabut juga merentas desa mencari tuala dan korner baring ala-ala gaya Valentino Rossi. Senget dia lain macam juga lah. Kira jenis boleh tercabut kepala lutut juga lah.

Seterusnya gua terpaksa lah mandi awal, dah bangun awal bukan? Tapi gua tercari-cari pula ubat gigi tapi gagal menjumpainya. Bukan apa, gua bukan jenis Sherlock Holmes punya orang. Tapi banyak jugalah komik Detektif Conan gua beli. Nak pinjam? Tak boleh, nanti habis rosak kulit dia.

Maka gua pun tergesa-gesa panggil anak buah gua berbunyi lebih kurang macam ni.

“Amat, bagi paksu ubat gigi dekat bilik air ni kejap”, lagak-lagak Jalaludin Hassan masa muda. Kemain bongkak dia punya bunyi.

“Kejapppppp,” budak darjah tiga membalas. Dia ni jenis bangun awal, tak kira lah masa cuti pun. Berdisiplin juga. Tak macam gua.

“Keletap,” bunyi dia letakkan joystick.

Gua bukak pintu bilik air sambil hulur tangan nak ambil ubat gigi tadi. Ambil punya ambil dibaginya ubat gigi dia jenama Kodomo Lion perisa anggur. Ah sudah. Batal juga puasa gua ni, rasa dia dah la sedap dan hamper-hampir tertelan juga gua di buatnya. Hmmmmphhhhhh!

p/s:roger and color until September.

Sunday, August 7, 2011 - , 3 comments

Kelas Di Bulan Ramadhan

Selalunya kalau puasa ni mesti mengantuk dia lain macam. Mahu-mahu pulak kelas pagi atau tengah hari. Petang apa tah lagi. Tapi bagus juga sebenarnya, maka kurang lah carutan dan perbualan sampah di bulan berfaedah ni. Masing-masing bau mulut seharum kasturi kan. Kira cakap ada distance cantik punya lah. Bukan apa, 'play safe' orang kata.

Ntah macam mana gua terusha blog gadis berkahwin seawal 19 tahun dengan suami nya juga 19 tahun. Untuk si perempuan tahniah,dan untuk si lelaki,selamat datang ke dunia titik noktah anda sebagai lelaki. Tak kira la alasan Islamik macam mana pun,penjara tetap penjara. Tahniah. LINK

Sahur pula gua bangun dalam pukul 4.30 pagi. Itu pun jika ada insan bergelar sahabat yang mengejutkan gua lah. Ok la tu bangun sahur walaupun bukan dengan effort sendiri. Kira dapat jugak apa pahala sunat gua. Nak lagi terer sahur la last-last minit. Pahala lebih tak silap.

Sebenarnya takde cerita pun gua nak tulis sebenarnya. Ni kalau karangan BM ni mau-mau kena ketuk sepam dua dengan cikgu kalau macam ni. Lari tajuk katanya. Gua pedulik ape lari tajuk. Dah gua takde idea, nak buat macam mana. Cet.

p/s:Even Hitler does'nt create the power without women. Who are you to be the next 'dominator'?


Thursday, August 4, 2011 - 0 comments

Tuala Punya Hal

Macam biasa bangun pagi adalah benda yang terakhir gua nak buat kalau boleh waktu pagi. Tapi apa kan daya, impian tu dah mesti-mesti takkan jadi kenyataan punya. Tapi untuk pagi-pagi dalam bulan puasa ni kita tak boleh membersihkan rongga hidung dengan aman. Dah tentu-tentu puasa mesti la kan batal. Tak kan la gua nak tulis cerita percintaan epik pula. Mengada sangat tu.

Selalunya gua akan gosok mata dulu apabila bangun pagi. Bukan apa, nak membersihkan mata tu. Bagi terang sikit. Ibarat terang selepas membaca Al-Quran la macam tu. Selalunya mesti la capai tuala nak mandi kan? Tak kan la gua nak main guli pula pagi-pagi buta. Nampak sangat tak senonohnya tu.

Tapi pada satu hari tu baru gua perasan gua punya tuala lain macam dia punya rasa. Selepas mandi mesti la kena lap badan kan? Habis semua bahagian gua kasi kering dan lap dengan 'gentle' nya. Lap badan mesti kena ada feel. Baru la mengancam. Ohh ya sebelum terlupa. Gua punya tuala ada part-part dia. Bukan apa, memang kena bahagi dulu dia punya wilayah nak dilap dengan tuala ni. Yelah, dekat tuala tu la nak lap muka, ketiak dan sebagainya.

Tapi nampaknya dia punya feel lain macam. Tak macam feel dia yang biasa.

*********

"Woi An tu tuala aku la oi!"

Padan la lain macam dia punya rasa. Cis!

p/s:NINI COKOLAT CELUP kinda miss this stuff. Even though the comercial for this thing is like a crap. Contagious.


Saturday, July 16, 2011 - 0 comments

Bergaduh Punya Hal

Nak di jadikan cerita Jumaat lepas gua dan rakan-rakan terpaksa bersengkang menyiap kan kerja atau nama saintifiknya assignment. Macam biasa, kerja -kerja macam ni kena la buat last minit. Baru nampak hebat. Kononnya remaja.

Gua tak berapa gemar sebenarnya untuk melakukan kerja malam-malam buta. Bukan apa, mengganggu kosentrasi gua untuk tidur. Tidur pun kena fokus. Ingat usha betis-betis dekat Pavillion je ke kena fokus? Tidur pun kena fokus. Oleh itu gua dan beberapa sekutu pergi mengeteh dulu di kedai makan berhampiran. Pekena Nes kaw sepam kira dah nampak hebat lah. Ada juga niat nak pekena Kopi Jantan tapi instinct gua menyatakan gua tak patut minum Kopi Jantan. Dah tu, karang kalau memalam buta gua 'berpeluh' siapa nak jawab?

Jam di tangan menunjukkan pukul 11.30 malam macam tu maka Pali dengan segera menyatakan keinginan balik ke kolej. Gua pun tak kan la nak membantah dan radikal pula, dah tahu kerja tak siap mengada lagi melepak buat apa.

*******

Sebenarnya takde kena mengena pun tajuk entry atas tu. Saja je bagi garang sikit dia punya tajuk. Dah dah, gua nak layan Tiz Zaqiyah dalam Nur Kasih The Movie. Bukan seronok mana cerita dia pun. Kuat benar khayalan nya. Melayu betul.


Monday, June 20, 2011 - 0 comments

Demam Punya Hal




******
Ni yang tak best makan ubat demam ni. Mengantuk je mata. Ke macam mana ni?
Friday, June 17, 2011 - 0 comments

Kerja Punya Hal

Selepas SPM dulu gua pernah kerja dekat kedai pakaian yang nak kata urban pun tidak, tak urban pun tidak. Maklum lah, wallet selalunya kempis dan selalunya di penuhi kertas ntah hapa-hapa. Bukan duit lah lebih tepat. Selalunya kalau bos berjalan pantau-pantau baru lah semua konon-konon nak lipat-lipat baju atau seluar. Kalau tidak mengular aje kerjanya. Tapi paling leceh apabila stock baru datang. Nak kena susun balik semua macam lepas tu sorang-sorang je yang buat. Ni pun mengada juga boss ni.

Tapi ada satu hari tu kira penolong boss lah kira kelam kabut nak kemas barang bagai nak balik. Gua pun hairan juga sedangkan belum lagi masa nak chow. Nak kata hal kecemasan tak juga. Boleh garu kepala juga dia punya pelik.

Gua pun tanya la member gua sorang ni namanya Hir,

"Hir, asal kakak tu nak gerak awal? Mane boleh macam ni, aku pun nak gerak awal."

"Owh,eh kan ke dia baru kawin minggu lepas. Hari ni malam Jumaat kan?Berpeluh di malam Jumaat la tu. Haa."

Tiba-tiba gua terasa nak tinju troli load barang depan gua dan buat-buat malu macam Pikachu dalam cerita Pokemon tu. Hmmmm.

p/s:laugh out loud.


Wednesday, June 8, 2011 - 3 comments

Pagi Punya Hal

Dalam cuti-cuti sem ni seronok sebenarnya qada' tidur. Bukan apa, ingat senang ke nak dapat tidur satu hari tu macam mati sekejap? Susah woo. "Kamon la tak kan tido je oi. Jom le lepak," pesanan ringkas atau lebih urban 'text' daripada member-member in crime. "Malam," balasa gua, haa paham sangat la tu. Dah macam musang pulak. Tipikal budak lelaki. Selalunya macam ni gua dapat balasan "mati terus pun takpe, takde hal", hekeleh!

Selalunya gua bangun-bangun semua dah tersedia atas meja makan. Tinggal bawak tekak yang tak berapa comel dengan badan yang boleh tahan kurus dan sihat je ke meja makan. Dah tu tak kan la nak cabut perut pulak bawak ke sana. Pemalas macam wombat dah tu. Kamon la, gua takde pemalas macam tu. Gua ni pun rajin orangnya, bukan tipikal sangat tau.

Paling power pun gua balun nasi lemak sebungkus dengan nasi goreng mak buat. Nasi lemak selalunya ayah gua yang beli manakala nasi goreng pulak mak gua tercinta yang buat. Memang takde siapa yang boleh buat nasi goreng dengan teh o dia sama macam mak gua buat. Rasa dia pure ibu mithali punya. Heh! Terdengar juga abang aku merungut nasi goreng dengan sambal tumis kakak ipar gua tak sama rasa dengan mak gua buat. Dah orang nya lain mesti la lain rasa. Lain la kasi menuntut sama mak gua. Tipikal lelaki lagi.

"Malam lepak"

Pop up IM pesbuk bukan main garang sapa gua. Nak jawab "ok hmmmmmmmm" mau kena maki pula seround dua. Dah selalu sangat troll orang. Kehkehkehkehkeh. Maka terpaksa jawab "ok" dengan berhemah. Kamon la, tak kan dengan awek comel dengan awek korang sendiri je nak bermanja dana, dengan rakan sendiri pun tak boleh ke. Kahkahkahkahkahkah.

Malam pulak takde kerja lain. Tak mamak paling sederhana pun pula kedai makan Mak Cain. Muka-muka kitorang tak kan pula mengada nak lepak Old Town mahupun Starbucks? Apatah lagi McD, tak kampung la.

"Dengar kata dah masuk elaun, belanja,"

"Ok,"

Rakan-rakan, biasalah tu.

p/s:kill those termites!
Thursday, January 20, 2011 - 4 comments

Malayneum

Wah wah wah. Dah dua entry guna nama album Butterfingers ni. Kemain lagi tau. Ok sekarang gua dah sibuk semacam. Dah takde masa nak urus diri. Semua hal kena rush. Nak update status mengancam pun tak sempat. Dengar cerita Pesbuk dah nak tutup.Marilah kita mengahapdet status mengancam sebelum ia terlambat. Heh!

Sebenarnya kalau pagi-pagi di rumah sewa gua di Ipoh selalunya mandi pagi bukan satu halangan bagi gua. Selamba hidung je gua rendam badan dalam kolah air tu. Tapi nampaknya mandi pagi gua kian tebantut dek kerana suasana pagi di sini yang tersangat lah brutal. Memerlukan kegighan yang jitu untuk meredah air shower yang boleh tahan dia punya mengancam. Gua pun tak tahu macam mana orang Eskimo boleh lepak dekat tempat ais-ais tu. Nak kata diorang layan nu-metal pun bidaah juga tu. Sah-sah tak mandi. Namun bukan alasan untuk gua tak mandi.

Ok go. Enough crap. Sibuk memanjang. Damn!


Saturday, December 18, 2010 - 0 comments

Mengada Punya Hal

Di sebabkan petang-petang selalu hujan, maka perut pun selalu lapar. Rumah sewa pun macam biasalah, kalau dah semuanya jantan, memang jangan harap la nak masak sendiri. Basuh pinggan pun kalau dah ada ulat sampah dalam tu je gua rasa. Apa punya perangai. Tapi baru-baru ni gua ternampak periuk nasi dekat dalam rumah ni. Keajaiban yang melampau.

Sebenarnya duduk rumah sewa ni kena bajet bab-bab makan. Jangan mengada nak urban makan lamb chop kalau tengah-tengah bulan ni. Memang perut manusia, banyak sangat celoteh.

Tiba-tiba ada pula rakan gua mengada nak mengajak ke Oldtown White Kopi. Katanya nak online register kenderaan Politeknik katanya. Amboi. Urban kemain lagi tau. Gua sebenarnya berat hati, duit pun tinggal yang biru dengan hijau je dalam wallet. Tekak pun dah tak boleh mengada nak makan benda-benda lazat. Ceh.

Di sebabkan gua tengah sengkek maka dengan muka hensemnya meminta rakan gua untuk belanja. Eh, kalau dah dia yang ajak mesti la kena belanja kan? Tak gitu? Tanpa melengahkan masa gua mencapai kunci motor sambil menuju ke Oldtown berhampiran. Sampai-sampai gua terasa pelik pula kerana tak kelihatan betis-betis yang selalu tayang Blackberry di tangan diorang. Ni kes urban kemain lah ni.

"Belanja haaa," gua mendesak.

"Aku belanja la. Apparaaa."

Bak kata orang tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Eh gua pedulik apa! Pegi jahanam lah.

"Gua tak reti nak order dekat sini, urban sangat." kata gua yang tertengok-tengok keadaan sekeliling.

"Macam ni haa," sambil mengambil pensel dan menulis menu apa yang kita nak.

"Tulis sendiri eh?,"

"Camni la."

Mengada betul, tempat urban pun kena tulis sendiri eh masa nak order? Memang terbukti gua tak urban mana. Heh!


Sunday, December 12, 2010 - 0 comments

Lagi-lagi Jumaat Punya Hal

Nak dijadikan setori, hari Jumaat lepas kelas bermula pukul 9 pagi. Masing-masing yang pasang alarm pagi-pagi buta buat-buat tak dengar bila dah memakak dalam jam 6.30 pagi. Konon-kononnya nak bangkit awal baru lah nampak alim sikit. Tapi nakpaknya usaha gagal, selepas solat subuh semua melabuhkan diri di atas katil tang tak berapa empuk. Tak guna punya owner rumah sewa. Kedekut. Tipikal Melayu.

"Tet tet tet,"

Dengan mata terpejam gua raba-raba mencapai henfon murah, terus menekan 'snooze'. Konon-konon lagi 5 minit boleh bangun. Azam pagi yang cemerlang.

Sedang sedap bercinta dengan bantal, tiba-tiba gua terbangun!

"Wah! Pukul 9 oi!," terus capai alatan mandian dengan tuala menuju bilik air. Kalah Usin Bolt dia punya speed. Penangan lewat punya hal. Di sebabkan masa yang suntuk, gua terpaksa mengambil tindakan yang radikal.

Basuh,muka,kemas sikit rambut,sembur deodarant and way to go!

Maafkan gua shower,tak sempat nak guna lu pagi tadi. Jangan merajuk tau.Heh!


Blog Widget by LinkWithin