Showing posts with label garbage. Show all posts
Showing posts with label garbage. Show all posts
Monday, July 5, 2010 - 0 comments

Hari Ini


Hari ini opah saudara wa datang dari kampung, opah saudara tercinta lah katakan. Dia seorang yang baik dan peramah. Tengah sedap aku tidur tiba-tiba "hey bilik ni macam tempat ayam nak bertelur!". Hehehe. Selamba je dia sound. Maklumlah bilik wa pun dah serabut berapa bulan tak kemas. Rilex lahh, nanti-nanti aku kemas lah. Dia memang ada kuasa veto dengan keluarga wasampai bos (ayah) pun tak boleh nak bantah apa-apa kalau dia beri cadangan. SUPERB!

Ok duit makin hari makin susut dalam wallet yang dah buruk tu. Adoi mana nak cari duit ni? Kerja? Kerja ape yang wa boleh buat? Owh macam kata Syuk "dok melanguk masa zero hour lah baru duit turun dari langit!". Cilanat gila ayat! Dah masuk bulan 7 duduk melepak lagi. Aisehh. Aku tanya Soul dengan Anas, bila nak kerja? Diorang cakap nanti lah. Ohh sial gila. Boleh pulak diorang tahan duduk rumah. Perghhh cramp woooo.

28 Hari Jurnal Rock N Roll masih dalam perancangan nak beli tapi tak tahu bila. Teringin pulak wa nak tengok apa yang Jay tulis dalam ni. Tengok cover macam rabak. Depressed dalam kehidupan kot dia ni? Ok nanti aku dah beli aku bagi tau lah apa yang dia tulis. Hehehe. Aku bukan suka sangat baca novel-novel ni,aku tak suka ending yang bodoh tapi jalan cerita dia menyemakkan kepala. Aku tengok F.N asyik belek novel Twilight la ape lah dekat tangan dia. Tak bosan ke baca novel panjang-panjang ni?

KMJ bukan dekat F.N wei. Mau satu hari baru sampai Johor tu. Hehehe. Tu lah, sape suruh lu sangkut yang jauh-jauh. Ambik lu, padan muka wa. Takpe, nanti sampai jugak mungkin. InsyaAllah. Dia asyik mengeluh susah ape yang aku boleh jawab "pelan-pelan kayuh". Aku bukan pandai sangat nak motivate orang ni. Diri sendiri pun kelamkabut. Takpe, banyak-banyak doa dipermudah kan segala urusan. Jangan risau la, wa tak lari mana-mana lah. Hehehe.

O k m a t a d a h k e l a m j o m t i d o


Wednesday, June 30, 2010 - 0 comments

Cerita Satu Hari

Secawan teh, sebungkus nasi lemak, desktop di depan mata. Hari indah untuk memulakan aktiviti yang membosankan. Cash flow rabak sebab sudah tak jadi budak sekolah macam dulu. Tolong-tolong ayah dekat kebun dia pun boleh juga menambah duit kan? Cantik. Pakaian macam Kurt Cobain, grunge melampau, topi hang kebun satu. CUN. OK GO.

Balik dari kebun badan rasa letih nak mati. Ok wa pure orang kampung ya, SAYE bukan orang bandar yang takutkan nyamuk,takutkan pacat,takutkan babi hutan yang ternyata lebih gangster dari babi ternakan. Itu harap maklum. Wa tak kenal lah ape tu Times Square,Pavi,UO,BB dan kaum-kaum lain. Hehehehe.

Member ajak join jadi tukang banci (wa tak tau ape tugas dia,tanye orang dah lepak berapa lama dekat kawasan tu eh?). Maklum lah Politeknik suruh aku masuk bulan November. Diorang suruh aku chill dulu kot? Hehehehe. Selesai telefon Soul (pasal banci ni lah), terus rushing ke Maybank Bidor mahu bank-in duit. Sikit saja lagi masa yang aku ada. Ciss serabut lah. Agaknya brother McDelivery mesti tangkap nangis wa cilok macam mana. Maklumlah darurat. Bank tutup pukul 4p.m kan?

Sampai-sampai pergi farmasi cari ubat jerawat dulu. Ok muka wa naik jerawat sikit lepas PLKN. Adoi. Terpaksa la beli ubat yang tak pernah wa beli. Ciss. Selesai segala urusan wa pekena soya+cincau brother Mel dulu. Sejuk sikit tekak wa. Syukur. Balik-balik terus bukak lagu The Clash bagi riot sikit kepala yang mengantuk ni. Alamak, dah tak tahan,mahu tidur lah!
Blog Widget by LinkWithin