Cuti sekolah sememangnya kegemaran untuk meraikan kenduri kahwin. Dan pada masa ni juga la banyak jemputan kenduri kahwin dan sebaginya. Kenapa cuti sekolah je diorang nak buat? Cuti lain tak nak pulak ye. Abaikan. Semasa gua sekolah menengah dulu kalau cuti gua akan follow catering kenduri kahwin. Bukan apa, cari duit sendiri kononnya. Pada hal berapa sangat pun dapat. Saja cari pengalaman dan mengada cari pasal. Boss caterer gua tu dulu berambut panjang dan nampak ranggi. Maka melekat la nama Uncle Etoo. Rare gamaknya.
Masak memasak bukanlah tugas macai-macai. Sebab apa? Jenis masak pakai kawah punya oi. Kalau silap sikit mau jahanam lauk. Bukan sikit, tapi banyak. Maka itu adalah tugas boss dan dia punya pekerja tak masuk campur hal serius macam tu. Tugas dia banyak kalau macai catering ni, susun pinggan la,basuh pinggan la,hiding lauk la,top up lauk la,usha awek la. Ok bab usha awek tu gua saja je tambah. Tu tugasan bonus untuk budak catering lelaki. Bonus.
Selepas lauk semua siap dan nasi yang dah letak dalam bekas besar di susun dalam lori, maka perjalanan ke rumah tuan punya rumah di teruskan dengan ranggi dan hensem. Sebab apa hensem? Kalau lori bergegar ke, goyang ke, langgar lopak ke, jangan terkejut ada bau dalca ataupun kari di kaki anda. Sebab apa? Sebab tumpah la oi. Dah la panas lepak belakang lori tu. Dan kalau anda punya luck tinggi, anda terpaksa pegang pinggan mangkuk yang nak roboh sebab takut pecah daripada mula perjalanan sampai destinasi. Power.
Sampai sahaja rumah tuan rumah. Kami dialu-alukan macam bakal pengantin pulak. Eleh, kalau takde kami tak jadi tau kenduri. Lagi penting daripada pengantin tau. VVIP kononnya. Susun pinggan, air minuman dibahagikan tugas sama rata. Apabila mula sahaja acara, kami ligat bertugas dengan dedikasi. Bukan apa, takut kena marah sebenarnya. Kalau bab kutip pinggan gua akan cuba untuk menggalas tugas ini. Sebab apa? Selalunya boleh usha awek awek sambil “awak dah habis makan? Saya nak ambik pinggan ni,” tu dialog lazim. Tapi rata-ratanya dia punya bunyi macam ni sebenarnya “makcik dah habis makan? Saya nak angkat pinggan ni”
Selesai sahaja kenduri maka kami bersiap sedia untuk pulang. Kemas meja, pinggan mangkuk dan lauk pauk semua ke dalam lori. Selalunya sampai sahaja part ni semua dah cuba nak mengular. Perangai. Bukan apa, dah malas nak packing sebenarnya. Semua dah nak balik. Penat. Bersilat jugalah cerita dia.
“Oi tolong buang perut ayam tu dekat belakang rumah,”
“Ok”, jawab Paan bersahaja.
Sebaik sahaja dia mengangkat seplastik sampah besar perut ayam untuk di buang di belakang rumah, zraaap plastic tu koyak dengan tragis.
“Kau kutip la guna tangan, banyak sangat ni. Gua gerak dulu,” sebut Faiz sambil buat-buat angkat pinggan padahal dekat tangan dia apa pun takde. Busuk dia bukan kepalang oi!
0 comments:
Post a Comment