Monday, April 23, 2012 - 0 comments

A Walk In Ipoh By Soul And Bob



Underclass heroes. They doesn't have million dollars in their hand, but a pinch of happiness and longevity in pocket. Never fail to make people around them smile and laugh out loud. They doesn't have beautiful and perfectly handsome looking people who always seeking for defect of the others. They accepting who you are and where you came from. This is the true meaning of life.
Sunday, April 15, 2012 - , , 0 comments

Teman Tapi Mesra

Hai, saya Sony Eriksen W705. Saya mempunyai tubuh yang seksi dan boleh di slide dengan pantas dan teguh. Badan pulak ramping dan baju saya yang berwarna merah hati memang membuatkan saya agak mengancam pada masa itu. Kira saya ni memang seksi nak mampus la cerita dia. Oh ya saya dulu duduk dalam kaca jernih yang berkilat. Di tatang bagai minyak yang penuh kononnya.

Ntah macam mana datang pula mamat ni usha-usha saya. Siap belek-belek saya lagi tau. Ni dah kenapa siap pegang-pegang saya pulak tu. Biadap betul. Nak je saya penampar dia tau. Mengada dia bukan kepalang. Tiba-tiba dia hulurkan duit dan membuka casing saya dan memasuk kan SIM card ke dalam saya. Baru la saya tau rupanya dia ni tuan saya yang baru.

Saya di jaga dengan rapi dan cermat. Macam awek-awek jugalah dia punya rapi. Tapi tak serapi rambut iklan Rejoice. Sikit pun kotoran tak pernah melekat dengan saya tau. Tuan saya yang baru ni cermat orangnya.

Dalam memori saya pula kebanyakannya gambar-gambar member tuan saya di dalamnya. Saya terkilan juga kenapa tiada gambar gadis-gadis. Mungkin kah tuan saya gay. Tapi setelah sebulan saya bersama tuan saya baru lah saya dapat tahu tuan saya bukanlah hero gadis-gadis punya orang. Alim juga tuan saya ni. Tak gatal mata. Lagu-lagu pula bukanlah lagu Indon yang menjadai kegilaan remaja masakini.

Namun pada suatu ntah macam mana saya terjatuh daripada telapak tangan tuan saya. Sakitnya bukan kepalang. Namun dengan pantas tuan saya gosok-gosok saya. Kira kurang jugak la sakitnya. Syukur dapat tuan penyayang macam ni.

Hari berganti hari tahun berganti tahun. Saya sudah tidak di pedulikan lagi. Masa tuan saya nak je tuan saya cari, masa dia tak nak dia campak saya merata-rata. Dengan hasil tabiatnya tu saya menjadi tekanan perasaan. Saya sudah tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik lagi. Butang pada saya pun tidak dapat di tekan lagi. Tubuh saya menjadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

"Ape hal pulak henpon ni, buat onar pulak time-time ni",

bentak tuan saya yang nampaknya terdesak memerlukan saya.

Akhirnya saya dilupuskan perkhidmatannya. Saya kini berada di almari dan tidak bermaya. Bateri saya pun ntah kemana.

"Haih, duit lagi. Sori la, terpaksa la aku mencari pengganti kau",

Dengan nada sugul tuan saya berkata kepada saya.

Ape jadah ni, henpon rosak ni?
Thursday, April 12, 2012 - 0 comments

Macam-Macam Hal

1 Ayah – Seorang yang cool dan tak garang orangnya. Dekat kampong gua ayah gua dikenali sebagai ‘Kang’ bermaksud Abang dalam bahasa Mandiling. Kata mak gua ayah ni dulu samseng kampung.Orang tak berani buat onar dengan dia. Eleh, muda-muda boleh la jadi samseng, sekarang dengan cucu dia kalah. Oh ya, tak pandai merotan anak-anak dia tapi kalau kena tengking luruh juga bulu roma.

2. Mak – Seorang yang penyayang.Cool tersangat-sangat orangnya. Selalu gegar katil gua waktu subuh. Tak suka drama Indon sebab merapu katanya. Terer sebagai penasihat. Cun masa waktu muda. Kalau berjalan dengan mak selalunya dia punya speed memang laju. Laju sangat.

3.Abang Yus – Rajin dan seorang yang DIY.Semua benda kalau boleh dia nak DIY. Tangan dia full of skill. Semua benda dia boleh bela. Rajin, hensem. Pendiam dan cool. Tak pandai nak menengking dekat anak-anak dia. Sudah kembali ke rahamtullah 10.10.2010. Al Fatihah

4.Abang An - kembar kepada Abang Yus. Seorang yang suka berjalan dan traveller. Hobi dia memang tak lekat rumah. Time cuti mesti je ada aktiviti nak berjalan. Panas baran, vice versa dengan kembarnya. Tak kedekut dengan sesiapa. Semua dia payung. Main sponser gua.

5.Abang Li – Pelawak dalam keluarga. Asal lepak je mesti ada cerita lawak punya. Kalau gua pergi dengan dia mesti ada sesi mengeteh punya.Wajib. Lepak-lepak sambil usha ‘Cik Timah’ gelaran untuk awek-awek USIM.

6.Bian – Shortform daripada Abang Irhan. Gua tak reti sebut masa kecik. Tu yang jadi perkataan tu. Good advisor. Die hard fan Liverpool yang selalu je kalah. Baru je jadi ayah tahun ni. Terer main PES tak silap. Pernah buat PS2 gua terbakar dulu. Tapi dah ganti sekarang. Tech person. Update gadget punya orang.

7.Tak kan gua nak cerita pasal diri gua kot? Malu ittew!

Wednesday, April 11, 2012 - 1 comments

Why Facebook Become Reluctant Shitty Place Now Days

1. Cam whore. Fuck these people. Sikit-sikit dah la upload gambar lu. Ni tiap-tiap news feed mesti ada gambar. What the fuck man?

2. Upload gambar anak. Well, ni pun satu hal jugak. Tak reti ke nak simpan privacy sikit untuk anak tu? Upload sikit-sikit takpe la jugak. Ni sampai susu badan yang lu pam pun lu upload? Siap tag lagi tu. Whaa?

3. Break up and relationship status. Generally kalau dah break up semedangnya post jiwa lara bagai. Kalau tengah bercinta pula berjiwang bagai. Dude, no one give a fuck about your personal life. Get the fuck out.

4. Posting about Islamic punya hal. Mainly pasal kahwin muda. Selalunya akan tulis bagus lah dan yang klise nya last sekali below the post will be ‘amin’. Pasal kawin-kawin nak pulak post Islamic bagai? Pasal rukun solat yang asas pun kantoi, nak kawin pulak. Habiskan belajar dulu ya adik-adik.

5. Tukang post yang hari-hari update pasal apa yang dia sedang buat every minute. Dude, tolong cari concrete hentakkan kepala anda dekat batu sampai kepala lu pecah. Jenis manusia macam ni tak boleh bagi hidup.

6. Hipster yang hari-hari post lagu. Bajet orang nak dengar la lagu yang lu post tu? Bajet lu advance la dengar lagu yang pelik-pelik tu. Bodoh punya hipster.

7. Asal tak puas hati je post status dekat facebook. Dude, pegi mampus sekarang boleh?

8. Berdoa dalam facebook. Ni pun satu hal. Bangang kea pa nak berdoa dekat status. Pergi la ambil sembahyang solat sunat hajat. Berdoa.Buat apa berdoa dekat status? Semak la sial.

9. Asal ada problem jepost dekat status. Pegi la solve problem tu dulu. Yang bebal sangat bagi tau semua orang buat apa? Buat kena gelak je la. Bodoh.

10. MLM asshole. Malas nak cerita.

11. Pegi sana sini sikit nak check in. Sekali sekala takpe lagi. Ni dah tiap-tiap minit check in, lu Menteri ke nak semua orang tau lu ada dekat mana. What the fuck?

12. Artsy fartsy people. Menyampah gua tengok. Pegi jahanam sekarang. Please.

13. Sorry for an asshole language used for this entry. Under tons of caffein. Can't help it. Shit.

Sunday, April 1, 2012 - , 0 comments

Cuti Sekolah Punya Hal

Cuti sekolah sememangnya kegemaran untuk meraikan kenduri kahwin. Dan pada masa ni juga la banyak jemputan kenduri kahwin dan sebaginya. Kenapa cuti sekolah je diorang nak buat? Cuti lain tak nak pulak ye. Abaikan. Semasa gua sekolah menengah dulu kalau cuti gua akan follow catering kenduri kahwin. Bukan apa, cari duit sendiri kononnya. Pada hal berapa sangat pun dapat. Saja cari pengalaman dan mengada cari pasal. Boss caterer gua tu dulu berambut panjang dan nampak ranggi. Maka melekat la nama Uncle Etoo. Rare gamaknya.

Masak memasak bukanlah tugas macai-macai. Sebab apa? Jenis masak pakai kawah punya oi. Kalau silap sikit mau jahanam lauk. Bukan sikit, tapi banyak. Maka itu adalah tugas boss dan dia punya pekerja tak masuk campur hal serius macam tu. Tugas dia banyak kalau macai catering ni, susun pinggan la,basuh pinggan la,hiding lauk la,top up lauk la,usha awek la. Ok bab usha awek tu gua saja je tambah. Tu tugasan bonus untuk budak catering lelaki. Bonus.

Selepas lauk semua siap dan nasi yang dah letak dalam bekas besar di susun dalam lori, maka perjalanan ke rumah tuan punya rumah di teruskan dengan ranggi dan hensem. Sebab apa hensem? Kalau lori bergegar ke, goyang ke, langgar lopak ke, jangan terkejut ada bau dalca ataupun kari di kaki anda. Sebab apa? Sebab tumpah la oi. Dah la panas lepak belakang lori tu. Dan kalau anda punya luck tinggi, anda terpaksa pegang pinggan mangkuk yang nak roboh sebab takut pecah daripada mula perjalanan sampai destinasi. Power.

Sampai sahaja rumah tuan rumah. Kami dialu-alukan macam bakal pengantin pulak. Eleh, kalau takde kami tak jadi tau kenduri. Lagi penting daripada pengantin tau. VVIP kononnya. Susun pinggan, air minuman dibahagikan tugas sama rata. Apabila mula sahaja acara, kami ligat bertugas dengan dedikasi. Bukan apa, takut kena marah sebenarnya. Kalau bab kutip pinggan gua akan cuba untuk menggalas tugas ini. Sebab apa? Selalunya boleh usha awek awek sambil “awak dah habis makan? Saya nak ambik pinggan ni,” tu dialog lazim. Tapi rata-ratanya dia punya bunyi macam ni sebenarnya “makcik dah habis makan? Saya nak angkat pinggan ni”

Selesai sahaja kenduri maka kami bersiap sedia untuk pulang. Kemas meja, pinggan mangkuk dan lauk pauk semua ke dalam lori. Selalunya sampai sahaja part ni semua dah cuba nak mengular. Perangai. Bukan apa, dah malas nak packing sebenarnya. Semua dah nak balik. Penat. Bersilat jugalah cerita dia.

“Oi tolong buang perut ayam tu dekat belakang rumah,”

“Ok”, jawab Paan bersahaja.

Sebaik sahaja dia mengangkat seplastik sampah besar perut ayam untuk di buang di belakang rumah, zraaap plastic tu koyak dengan tragis.

“Kau kutip la guna tangan, banyak sangat ni. Gua gerak dulu,” sebut Faiz sambil buat-buat angkat pinggan padahal dekat tangan dia apa pun takde. Busuk dia bukan kepalang oi!

Blog Widget by LinkWithin