Showing posts with label lesson. Show all posts
Showing posts with label lesson. Show all posts
Tuesday, March 13, 2012 - , 0 comments

Kerja Amal Punya Hal

Nak dijadikan cerita, budak-budak elektrik telah ditugaskan selama 3 hari menyiapkan wiring di rumah fakir-fakir miskin yang dipilih oleh Majlis Amanah Rakyat atau glemernya MARA. Nama glemer untuk kerja-kerja yang memenatkan, penuh habuk, panjat sana sini sambil luka-luka dekat tangan ni namanya Khidmat Masyarakat.

3 hari gua dan rakan-rakan terpaksa settle kan wiring untuk sebijik rumah yang boleh dikatakan usang. Panjat sana sini tarik cable dalam litar hidup sebab tak nak kerja dalam gelap. Teknik ni kalau silap sikit mau lepak dalam kubur terus sebab renjatan punya hal. Celaka semua kerja malas.

Dah nama pun kerja amal dan konon-kononnya semua kejar pahala. Tapi lebih tepat sebenarnya kerahan tenaga. Letih.

"Kita ni buat kerja amal kan?"

"Ha'ah."

"Dapat pahala kan?"

"Ha'ah"

"Habis tu yang kita skip solat Zohor dengan Asar sebab nak siapkan kerja punya pasal tu pahala ke?"

Salah seorang rakan gua berpaling dan terus cuba masukkan multimeter ke dalam mulut gua. Cet!
Tuesday, February 14, 2012 - , , 0 comments

Pekena Sekali

Di sebuah kedai mamak yang tidak terlalu overrated glamournya dan air kosong pun kena cas rm0.20 secawan, duduk lah 2 sahabat yang bernama Rayyan dan Tommy sambil pekena teh o ais laici dan air tembikai susu. Mereka tak usha gadis tapi gadis-gadis yang usha mereka. Kenapa senario macam ni berlaku? Itu gua tak pasti. Tak silap gua mereka ni juga gemar menonton Gemersik Kalbu. Ayu Raudah hot katanya. Body sedap-sedap katanya.

"Tommy, kenape kau ni asyik diam je?"

"Aku dah putus cinta la Rayyan."

"Aik? Sejak bila pulak kau ade awek? Lagi satu, macam mana boleh putus pulak?"

Rayyan bagi sekali. Cuba menjaga tepi kain sahabatnya.

"Sebenarnya aku tak pernah jumpa dia pun, baru-baru ni dia mintak gambar aku. Aku pun bagi la. Lepas je aku bagi dia terus hilang. Call pun tak angkat." Tommy memberi penjelasan dengan nada sugul.

"Dah berapa kali aku cakap, jangan bagi gambar kau. Kau tak hensem. Degil jugak kenapa?"

Rayyan bagi lagi sekali.

"Mana ada. Aku tak bagi gambar aku, sebenarnya aku bagi gambar kau. Terus dia tak angkat bila aku call dia. Aku tau aku tak hensem. Tu yang aku bagi gambar kau tu."

Jawab Tommy sambil terkebil-kebil mata comelnya.

Rayyan bingkas bangun dan meninggalkan kedai mamak tersebut. Teh o ais laici dia pun dia tak bayar. Kenapa dia tak bayar? Sebab semalam dia dah bayar, maknanya kali ni giliran Tommy pula untuk membayar.

Monday, December 13, 2010 - 0 comments

PLKN Punya Hal #1

Semasa bulan March 2010 gua di ditakdirkan memfollow Program Latihan Khidmat Negara atau lebih hensem dikenali sebagai Program Latihan Ke Neraka. Memang tipikal bagi budak-budak yang berumur 18 tahun fikir macam ni.

Semasa solat maghrib semua pelatih lelaki yang lebih hensem dikenali sebagai Wira dan pelatih perempuan Wirawati di wajibkan berjemaah. Kebetulan pula dorm gua bersebelahan dengan surau. Nampak sangat ada nur dah tu. Peh!

Bagi wira-wira Muslim yang konon-kononnya nakal kemain memang skip lah waktu maghrib ni. Sedap pekena Milo panas dengan biskut katanya. Ape jadah pekena biskut waktu Maghrib ni. Perut syaitan betul.

Selepas selesai solat Isyak,semua pelatih diwajibkan melepak di surau sebab ada kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Idris dari KAGAT (Kor Agama Tentera). Dia punya ceramah memang berkesan sebab boleh bagi lentok dekat pelatih-pelatih yang berlagak gangster. Amboi.

Setiap slot kuliah di selang-selikan antara jantina. Ini bagi memudahkan ustaz memberi penekanan lebih soal agama kepada setiap jantina. Al maklumlah, hal agama memang kena terpeinci. Bab-bab masuk kubur jangan dibuat main. Boleh gelap hati.

"Ok hari ni saya nak bercerita bagai mana teknik untuk menawan hati perempuan,"

Macam tak percaya, semua wira yang sedang asyik bermain serangga atas karpet dan tidak kurang yang berdengkur, terus ligat apabila mendengar ustaz melontarkan kata-kata keramat dia tu. Memang terbukti jantan lah bagi pelatih wira. Kalau tak excited memang ada masalah dalaman la tu.

Semasa sesi soal jawab,

"Ustaz, ni boleh jalan ke cara ni ustaz?,"

"InsyaAllah. Tapi jangan mengada nak try dekat makwe. Saya dapat tau memang saya sembelih kamu nanti."

Wah, boleh tahan power bulan-bulan Islam rupanya. Terlalu banyak rahsia yang diajar.

Macam biasa ustaz memang menjadi kegilaan wirawati. Almaklum lah, beragama, berdisplin, muka boleh tahan, dan bonusnya pula boleh menyanyi. Boleh tahan lunak suaranya. Kemain lagi tau.

Salah seorang rakan gua benama Bob berbisik "cis ustaz sapu bersih,kita ni macam mana?,"

"Nak buat macam mana,dia pekej kan. Haihhhhh,"

p/s: Bukan senang nak melengkapkan diri sebagai lelaki. Bukan mudah untuk membawa diri sebagai wanita. Haih.
Blog Widget by LinkWithin