Thursday, April 12, 2012 - 0 comments

Macam-Macam Hal

1 Ayah – Seorang yang cool dan tak garang orangnya. Dekat kampong gua ayah gua dikenali sebagai ‘Kang’ bermaksud Abang dalam bahasa Mandiling. Kata mak gua ayah ni dulu samseng kampung.Orang tak berani buat onar dengan dia. Eleh, muda-muda boleh la jadi samseng, sekarang dengan cucu dia kalah. Oh ya, tak pandai merotan anak-anak dia tapi kalau kena tengking luruh juga bulu roma.

2. Mak – Seorang yang penyayang.Cool tersangat-sangat orangnya. Selalu gegar katil gua waktu subuh. Tak suka drama Indon sebab merapu katanya. Terer sebagai penasihat. Cun masa waktu muda. Kalau berjalan dengan mak selalunya dia punya speed memang laju. Laju sangat.

3.Abang Yus – Rajin dan seorang yang DIY.Semua benda kalau boleh dia nak DIY. Tangan dia full of skill. Semua benda dia boleh bela. Rajin, hensem. Pendiam dan cool. Tak pandai nak menengking dekat anak-anak dia. Sudah kembali ke rahamtullah 10.10.2010. Al Fatihah

4.Abang An - kembar kepada Abang Yus. Seorang yang suka berjalan dan traveller. Hobi dia memang tak lekat rumah. Time cuti mesti je ada aktiviti nak berjalan. Panas baran, vice versa dengan kembarnya. Tak kedekut dengan sesiapa. Semua dia payung. Main sponser gua.

5.Abang Li – Pelawak dalam keluarga. Asal lepak je mesti ada cerita lawak punya. Kalau gua pergi dengan dia mesti ada sesi mengeteh punya.Wajib. Lepak-lepak sambil usha ‘Cik Timah’ gelaran untuk awek-awek USIM.

6.Bian – Shortform daripada Abang Irhan. Gua tak reti sebut masa kecik. Tu yang jadi perkataan tu. Good advisor. Die hard fan Liverpool yang selalu je kalah. Baru je jadi ayah tahun ni. Terer main PES tak silap. Pernah buat PS2 gua terbakar dulu. Tapi dah ganti sekarang. Tech person. Update gadget punya orang.

7.Tak kan gua nak cerita pasal diri gua kot? Malu ittew!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin