Tuesday, September 28, 2010 - 1 comments

Lemang Jagung Punya Hal

Sabtu lepas Cikgu Noraini merangkap bekas guru kanselling sekolah wa mempelawa bekas budak-budak 5Sains beraya di rumahnya. Budak-budak ni memang pantang diajak atau dipelawa, memang habis diserbu. Kalau tak dijemput pun mesti muncul punya muka-muka ni. Apa punya perangai pun wa tak tau.

" Hoi dah sampai, cepat gerak", bergegar handphone wa dengan bunyi yang agak sinikal dari Vampire Weekend. Wa macam biasa, special guest la katakan. Datang masa semua budak-budak dah ada di rumah Cikgu. Macam kata Akim, " brader-brader kene datang lewat. baru true". Kepala tengkuk dia true. Apa punya perangai la.

Sampai rumah Cikgu, wa bagi salam seround dua terus masuk. Mata wa terarah ke satu tempat. Hatta berkata "celaka, mencekik dulu korang ye?", dengan nada agak radikal. Si Ila macam biasa sengih tak bertempat. Wa tau la gigi lu tu putih berseri. Ceh. Dia ni memang agak sinikal, ada sahaja point nak membahan orang. Silap-silap wa pun terkena. Lahanat!

Budak-budak perempuan boleh tahan membaham lemang jagung dengan rendang ayam. Bukan main lagi diorang ni. Yang geng-geng jejaka pulak layan mee kari. Nasib baik tisu disediakan secara berhemah, kalau tak habis mulut berselumuih dengan sisa kari. Gila tak senonoh budak-budak lelaki ni kan?

Kebetulan hujan lebat melanda petang tu, lebat dia boleh tahan. Muka resah bagi kaum lelaki mula terpancar. Mana tak nya, semua datang ride motor. Balik ni comfirm kuyup (bukan kulup). Kaum wanita pulak senyum sampai telinga. Mentang-mentang naik kereta. Celaka!
Saturday, September 25, 2010 - 2 comments

Phoenix




p/s : kenape la orang Malaysia takde band yang superb macam ni.Haihhhh
- 2 comments

Cain, Berapa Kira?

Masa form 5 dulu, kawasan port perbincangan bermeja selalunya berlangsung dekat Warung Mak Ngah (lebih glamour kitorang panggil Warung Cain sebab dia ni anak kepada Mak Ngah merangkap owner dia). Topik perbincangan yang berlangsung selalunya dari hal politik sampai la ke hal baju sekolah malas nak basuh. Boleh tahan celaka diorang ni. Tak ketinggalan jugak pak-pak lebai yang baru balik dari surau atau pun orang tua yang tak berminat dengan surau melepak di situ. Boleh tahan urbannya Warung Cain ni. Heh.

Macam biasa, kalau melepak banyak juga muka yang muncul. Dua table boleh cantum la kira. Topik yang dibuka bukan main lagi, dari cerita hantu dari alam angker sampai la ke perihal Rozita Che Wan melaram dalam majalah EH! macam anak dara yang hot. Boleh tahan gatal diorang ni, tak tahu pulak RCW tu dah standart mak cik, saing umur dengan mak diorang. Gila betul.

Pernah satu hari tu Din membuka topik pasal awek Thailand yang bekerja sementara di warung sebelah. Tak dinafikan boleh tahan comel awek tu, sampai ketuk-ketuk meja lagi tau. Betapa hebatnya penangan gadis Pattani tu dengan budak-budak ni. Di sebab kan bahasa dia yang kurang fasih bahasa Melayu, Din selalu mengutuknya belakang-belakang. Din ni memang terkenal dengan kepandaian memangkah atau membahan member-member. Puaka betul!

"Cain, ni berapa ni?" kata Kemal atau lebih glamour dipanggil Kolam. "RM 4.50 je", Kolam menghulurkan Rm4 dari wallet dia yang boleh tahan urban. Ni la sebabnya Warung Cain jadi terkenal di kalangan member. Ada je diskaun setiap malam dengan member. Ape yang wa boleh buat senyum je. Tehehe. Terima kasih geng!

Sunday, September 19, 2010 - 2 comments

Senyap Punya Hal

Pagi raya ke 5 mak dan abang wa pergi keluar membeli barang katanya. Wa yang sedar-sedar mata kuyu ala-ala kedip Thom York bangun. "Mak nak pegi beli barang kejap, karang kalau ada orang datang beraya tolong layan! Jangan tido je" kata mak yang penyayang lagi solehah kepada anak nya yang soleh. Macam biasa, "yeeeee" wa menjawab dengan sopan.

Selang setengah jam, wa terdengar bunyi yang sahut-sahut "assalamualaikummm", "alamak, wa dah la belum mandi lagi, dah ada orang datang beraya? cis!" wa bermonolog sendirian. Sambil bangun dari katil yang empuk lagi hensem, wa gosokkan mata yang boleh tahan comel ala-ala Alex Turner. Rambut sikat lebih kurang, wa pergi membuka pintu dengan muka yang rela.

"Haa masuk laaa", sambut wa dengan senyuman semanis kuih almond london yang sebenarnya 100% made in Malaysia. Ntah kenapa diberi nama almond london, wa pun tak paham. "Duduk la dulu ye", kata wa kepada 5 orang kanak-kanak yang belum baligh lagi.

Wa pergi ke dapur cari coke dan ais, ambil cawan terus pergi ke ruang tamu serve kanak-kanak yang belum baligh tadi. Wa tau sangat, ni makan kuih sepam dua lepas tu minum air secawan mesti nak blah dah. Biasalah, kutip duit raya punya geng. Ceh. "Dah banyak rumah korang beraya?" wa membuka bicara, salah seorang menjawab "baru 10 rumah je". Boleh tahan kegigihan budak-budak ni.

Wa membuka langkah ke temat port mak simpan duit raya untuk budak-budak. "Ishh, tak berisi lagi sampul ni", perlahan-lahan wa isi duit ke dalam sampul ang pow yang boleh tahan urbannya. Tapi tak seurban Serap yang rembat kad ATM adik dia sebab nak rm30. Ape punya abang ntah. Ceh!

"Sape nak duit raya, salam dulu" kata wa kepada kanak-kanak belum baligh tadi. Tersipu-sipu datang dekat dengan muka manis terus salam siap cium tangan wa. Mane tak nya, duit punya pasal, berbunuh pun sanggup tau!

Selesai sahaja kanak-kanak belun baligh tu beraya, dalam hati wa bermonolog "ni kalau sedara dengan sepupu wa yang comel datang tadi mau malu, mandi pun belum!"

Thursday, September 9, 2010 - 2 comments

Lahir Lagi

Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih F. Semoga wa dapat senyum lagi setiap hari, semoga wa dapat tengok lu orang semua senyum lagi. Terbaik!
Wednesday, September 8, 2010 - 2 comments

Ready Set Go!

Ok abang wa bawak stock yang terlalu banyak! Tu tak kira bawah katil lagi wa lagi. Thanks kepada Abang An yang bawak stock mercun dan bunga api yang banyak ni. Jom riot!

*Tak boleh nak snap gambar yang menunjukkan kuantiti sebenar mercun. Bola? Ketupat? Heh tak hairan! Tehehehehehe
Blog Widget by LinkWithin