Thursday, January 20, 2011 - 4 comments

Malayneum

Wah wah wah. Dah dua entry guna nama album Butterfingers ni. Kemain lagi tau. Ok sekarang gua dah sibuk semacam. Dah takde masa nak urus diri. Semua hal kena rush. Nak update status mengancam pun tak sempat. Dengar cerita Pesbuk dah nak tutup.Marilah kita mengahapdet status mengancam sebelum ia terlambat. Heh!

Sebenarnya kalau pagi-pagi di rumah sewa gua di Ipoh selalunya mandi pagi bukan satu halangan bagi gua. Selamba hidung je gua rendam badan dalam kolah air tu. Tapi nampaknya mandi pagi gua kian tebantut dek kerana suasana pagi di sini yang tersangat lah brutal. Memerlukan kegighan yang jitu untuk meredah air shower yang boleh tahan dia punya mengancam. Gua pun tak tahu macam mana orang Eskimo boleh lepak dekat tempat ais-ais tu. Nak kata diorang layan nu-metal pun bidaah juga tu. Sah-sah tak mandi. Namun bukan alasan untuk gua tak mandi.

Ok go. Enough crap. Sibuk memanjang. Damn!


Saturday, January 15, 2011 - 0 comments

Best Coast - Bratty B

Friday, January 14, 2011 - 1 comments

1.2 Miligram

Hai kawan-kawan. Bertemu lagi kita dalam slot sembang hati ke hati. Harap anda semua sihat selalu di samping syaitan durjana di sana.

Ok cut the crap.

Wah tajuk entry pun Butterfingers mana kala opening dia macam bangsat. Kemain lagi tau. Nak di jadi kan cerita gua dan beberapa rakan yang bernama Lah, Bob, Zaid dan Wan Toyol telah melawat Kota Bharu pada waktu malam. Alasannya nak pekena KFC. Apa jadah oi pekena memalam buta ni? Ni semua salah Bob lah. Idea yang tak cerdik.

Tanpa segan silu kereta Toyota Celica convert Perodua MyVi Bob meluncur megah menuju ke Tesco. Ni pun idea bangsat juga, apa jadah ke Tesco memalam buta? Beli sayur? Zaid yang bersarung kan persalinan t-shirt The Cure berjalan megah di dalam Tesco yang rata-ratanya pangkat mak orang dan bapak orang. Ini kes silap port tempat nak bergaya la ni.

Pusing punya pusing idea untuk mentekedarah KFC terus menjadi topik bualan hangat. Al maklum lah, perut masing-masing bergaduh dengan bunyi orkestra. Nak tak nak terpaksa akur kepada kehendak alam iaitu lapar. Normal lah tu kan?

Semasa semua sedang khusyuk berzikir dengan ayam goreng spicy masing-masing, tangan gua menuju ke sebotol sos cili Life Thai yang terletak ngam-ngam sehasta ukuran siku Bob. "Eh jangan ambik yang dah bukak, aku nak bawak balik ni."

Rupa-rupanya nak bawak balik ke hostel rupanya. Padan la marah benar. Amboi, sedap sangat ye sos rembat tu ye Bob? Cis.

p/s:Terima kasih Abang An sponser laptop rm2500. Jyeahhh. F.N, semoga UPS anda power. Tak perlu nak mengangis bagai. Keep strong. Iloveyou. Busy is kind of commitment isn't?

Sunday, December 26, 2010 - 2 comments

DNS1B Punya Hal

Ok geng, gua nak ucapkan berjuta trillion terima kasih sebab jadi kawan gua untuk tiga minggu sahaja. Kelas DNS1B memang rocknroll. Terbaik. Hapis, Soul, Hakim, Daus, Ika, Fa, Julia, Ieda,Bob, Syafiq, Daus, Radhi, Izarie, Syaffiq dan beberapa lagi rakan-rakan yang gua tak sempat nak tulis nama dekat sini. Anda semua memang terbaik. Terima kasih banyak-banyak. Ada rezki jumpa lagi ;)
Tuesday, December 21, 2010 - 0 comments

Status Punya Hal

Di rumah sewa ni perut selalunya lapar mintak kepsi. Hari-hari mintak barang makan urban pun bahaya jugak. Maklumlah duit dalam wallet selalunya tinggal warna biru dengan hijau je. Maka jawapannya jangan nak mengada lepak Oldtown atau gatal usus nak makan mekdi. Apa punya perngai.

Waktu hampir-hampir manghrib selalunya perut dah mula lapar. Ini menandakan gua ni aktif orangnya. Perut ni cepat gila bab memproses barang makan. Macam gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Tapi kalau dah sampai tahap gendut tu bahaya juga. Sah-sah kena bahan sepam dua. Mengada betul.

"syukur ats anugerah allah yg tk ternilai bwtku dn suami tercinta..hepi:)"

dan status seterusnya "pelut oh pelut,x besar pon..pipi yg makin besar adla..huhu"

Dang! Memang menjadi point untuk budak-budak mentroll kakak-kakak yang update status Pesbuk macam ni punya gaya.

Maka gua pun bermadah "laahh kenape tak tulis status macam ni 'nakal betul suami saya, tengok apa dah jadik, kan dah terlepas sekor sperm yang terer. Bersemangat waja betul!' " kata gua semasa melepak di depan tv beramai-ramai.

Kawan gua yang sorang lagi berkata "salah tu, sepatutnya dia tulis 'kuat betul suami saya' ". Maka satu rumah pun bingit sebab gelak punya hal. Celaka senak perut gua petang tu! Haha.

Kepada kakak-kakak di luar sana, Ape jadah nak update status dalam kelambu punya hal. Getik la sial. Sakit perut gelak pun ada, geli pun ada. Celaka!


- 0 comments

From Ipoh To Pasir Mas

Pada 27hb Disember ni gua terpaksa mendaftar di KKTM Pasir Mas Kelantan. Hati gua memang berat nak gerak dari Ipoh. Maklum lah, kalau dah ada kaum, dah ada sekutu, member rumah sewa pun rock and roll, apa lagi yang gua nak? Dah cukup comfortable gua rasa. Tapi nampaknya ketiga-tiga abang gua sudah bermesyuarat untuk suruh gua ke elctrical engeneering field. Gua tak boleh nak kata apa dan mengikut sahaja lah plan-plan future yang diorang rancang. Macam sedia maklum untuk F, gua bukan terer bab decision maker. Gua memang flunk bab-bab decison ni. Nampak sangat gua ni tak cukup power lagi. Heh.

"IT tu sekarang dah kurang market untuk pasaran kerja. Ada degree pun susah nak dapat kerja sebab tergolong dalam status sokongan sistem sahaja."

Memang agak pahit jugak lah ayat tu. Biasalah. Diorang tengok benda-benda ni berdasarkan pengalaman mereka dan gua ni their youngest brother. Lagi pun semua abang-abang gua kearah electrical engeneering. Jadi gua tak boleh nak bising lah. Mungkin jugak ni yang terbaik untuk gua. Daripada Navy ke TNB diorang ni semua pegang jawatan jurutera eletrik. Ok fine gua tak ambik IT ni.

Sebenarnya gua pun berat jugak nak gerak daripada Ipoh ni. Maklum lah, kita pun dah selesa, stable. Member rumah sewa pun macam tongkang pecah. Memang rock and roll habis. Mana taknya, 'sotong' sehelai pun nak spin bagi kering. Apa punya perangai la. Tapi rock and roll diorang ni pun jaga solat woo. Gua tabik la sama lu orang.

Lecturer pula baru nak kenal-kenal. Tak silap gua assignment pun diorang tak berapa nak bagi lagi. Dalam tempoh chill-chill lagi agaknya. Gua pun baru sahaja nak kenal-kenal lecturer dalam dua tiga minggu ni. Nampak sangat noob nya.

Untuk rakan-rakan kelas pulak, nampaknya gua kena gerak dulu la geng. Kita baru sahaja nak rock and roll sama-sama kan tapi nak buat macam mana. Gua kena gerak dulu. Nanti kita dah tak dapat nak mengorat awek Ipoh ni sama-sama weh. Dah tak boleh nak merapu sama-sama. Tehehe.

p/s: 24hb Disember ni gua gerak ye geng. Tehehe. Gua bukan tak nak bagi tau korang semua. Tapi tak cool la kalau heboh gua nak gerak. Tehehe. Selamat untuk kelas DNS1B. Electrical Engineering (Power) dah tunggu gua dekat Kelantan tu. Nak buat macam mana. Cheers mate :')

Err satu lagi, hari tu ada mintak jam Swatch kan? Tunggu lah anda menjadi 19 tahun ye sayang. Kehkehkeh. Pos dari jauh la kot. Tak mampu gua nak gerak ke negeri yang berjiran dengan Singapore tu. Tehehehe
Sunday, December 19, 2010 - 0 comments

XPDC - Semangat Perjuangan Harmoni


Lagu zaman gua darjah satu tak silap. Baru sekarang gua faham apa maksud lirik lagu ni :)

p/s: I've been through all the obstacle. Pain, hate, love everything is mixed up and that's how life should be.
Blog Widget by LinkWithin