Tuesday, December 21, 2010 - 0 comments

From Ipoh To Pasir Mas

Pada 27hb Disember ni gua terpaksa mendaftar di KKTM Pasir Mas Kelantan. Hati gua memang berat nak gerak dari Ipoh. Maklum lah, kalau dah ada kaum, dah ada sekutu, member rumah sewa pun rock and roll, apa lagi yang gua nak? Dah cukup comfortable gua rasa. Tapi nampaknya ketiga-tiga abang gua sudah bermesyuarat untuk suruh gua ke elctrical engeneering field. Gua tak boleh nak kata apa dan mengikut sahaja lah plan-plan future yang diorang rancang. Macam sedia maklum untuk F, gua bukan terer bab decision maker. Gua memang flunk bab-bab decison ni. Nampak sangat gua ni tak cukup power lagi. Heh.

"IT tu sekarang dah kurang market untuk pasaran kerja. Ada degree pun susah nak dapat kerja sebab tergolong dalam status sokongan sistem sahaja."

Memang agak pahit jugak lah ayat tu. Biasalah. Diorang tengok benda-benda ni berdasarkan pengalaman mereka dan gua ni their youngest brother. Lagi pun semua abang-abang gua kearah electrical engeneering. Jadi gua tak boleh nak bising lah. Mungkin jugak ni yang terbaik untuk gua. Daripada Navy ke TNB diorang ni semua pegang jawatan jurutera eletrik. Ok fine gua tak ambik IT ni.

Sebenarnya gua pun berat jugak nak gerak daripada Ipoh ni. Maklum lah, kita pun dah selesa, stable. Member rumah sewa pun macam tongkang pecah. Memang rock and roll habis. Mana taknya, 'sotong' sehelai pun nak spin bagi kering. Apa punya perangai la. Tapi rock and roll diorang ni pun jaga solat woo. Gua tabik la sama lu orang.

Lecturer pula baru nak kenal-kenal. Tak silap gua assignment pun diorang tak berapa nak bagi lagi. Dalam tempoh chill-chill lagi agaknya. Gua pun baru sahaja nak kenal-kenal lecturer dalam dua tiga minggu ni. Nampak sangat noob nya.

Untuk rakan-rakan kelas pulak, nampaknya gua kena gerak dulu la geng. Kita baru sahaja nak rock and roll sama-sama kan tapi nak buat macam mana. Gua kena gerak dulu. Nanti kita dah tak dapat nak mengorat awek Ipoh ni sama-sama weh. Dah tak boleh nak merapu sama-sama. Tehehe.

p/s: 24hb Disember ni gua gerak ye geng. Tehehe. Gua bukan tak nak bagi tau korang semua. Tapi tak cool la kalau heboh gua nak gerak. Tehehe. Selamat untuk kelas DNS1B. Electrical Engineering (Power) dah tunggu gua dekat Kelantan tu. Nak buat macam mana. Cheers mate :')

Err satu lagi, hari tu ada mintak jam Swatch kan? Tunggu lah anda menjadi 19 tahun ye sayang. Kehkehkeh. Pos dari jauh la kot. Tak mampu gua nak gerak ke negeri yang berjiran dengan Singapore tu. Tehehehe

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin