Friday, August 27, 2010 - 1 comments

Sekali Tiup Semua Lingkup

Tret tret hand phone wa vibrate dengan celaka dan jaya nya mengacau wa yang sedang khusyuk berzanji (ok yang ni tipu, korang tak kan percaya pun). "Salim jom", tertera tulisan dari hand phone murah yang tak berapa memikat awek masa kini yang tersangat materialistik (ni pun wa tipu jugak, tak semua geng!). Salim tu merujuk kepada restoran mamak yang menjadi kegemaran wa dan rakan-rakan meluangkan masa. Sekarang dah ada wi-fi, boleh tahan la urbannya. Heh.

Sampai-sampai di restoran mamak tu, Akim terus melilau mata cari port yang sesuai untuk melabuhkan bahagian bawah kami ke atas kerusi. Muka pelayan dia memang India tulen habis! Mana tak semak Malaysia dengan imigran sekarang. Cakap bahasa Melayu pun kantoi, kena ulang banyak kali bagi faham semasa ambik order. Boleh tahan celakanya. Kegemaran Akim buat masa ni Coke susu katanya di Salim tu. Hari-hari lu pekena benda alah ni terus potong kaki. Peh! Soul macam biasa, taste memang oldtimer habis, teh tarik. Ini menandakan dia ni memang rakyat Malaysia yang true dan tak boleh disangkal lagi. An nafsu makan dia celaka sikit, baru je duduk "mane pelayan ni, aku dah lapar ni babi!", ayat ni je lah yang selalu terpancul dari mulut dia. Memang nafsu amarah dia untuk makan memang power! Is wa tak boleh agak nafsu dia macam mana, unpredictable sungguh! Kalau agak bosan kami mengorder shisha berperisa apple mint (yang ni memang perisa wajib, dalam banyak-banyak perisa tu apa hal ntah yang ni jugak la feveret diorang. Pelik dan musykil aku.)

Salim ni memang port wajib bagi kami apabila lepas meng'abuse' alatan bunyian di studio Pak Din. Memang wajib. Bila nak siap demo nye pun tak tahu la. Haih. Soul bukak bicara malam tu "eh movie ni macam show je" dalam hati wa bermonolog sendirian "balik 3 a.m lagi la ni, adoi". Mesti kena tunggu cerita sampai habis. Tu wajib! Skrin lcd yang besar memang tak mengecewakan kami dan wi-fi yang hensem tu menyebabkan pelanggan Salim berlagak urban dengan komputer riba. Wa senyum sinis.

Habis sahaja movie yang kadang-kadang boleh tahan (Star Movie dengan HBO je top pick dekat Salim ni), kami terus menuju venue yang seterusnya, tol Plus yang berdekatan sebab nak cari toilet punya pasal. Maklum lah, toilet Salim ni bau bacin! (ayat urban F, wa pun tak tau bacin tu apa). Kadang-kadang wa terfikir jugak, macam mana kalau tukang layan roti canai tu sakit perut? Wa tengok toilet Salim ni takde sabun. Kepala bana dia! Lingkup perut customer oi! Menjadi kebiasaan, pertandingan tahan kencing sampai movie tamat selalu berlangsung antara kami. Persis-persis Fear Factor gitu. Hahahaha.

Kawasan sekeliling tandas Plus tu di hiasi pokok pagar yang ditrim rapi dan hensem. Nak tahu apa kami buat dengan pokok tu? Ok konon-konon nya dulu nak jadi stunt man macam Dirty Sanchez dan Jackass. Kami semua terus lompat atas pokok pagar yang tak berdosa tu. Habis patah-patah pokok yang hensem tadi. Badan tak payah kira, bercalar-balar. Nak jadi atlit seperti lompat tinggi tu tapi silap cara. Malam tu muka wa calar sikit, nasib baik tak berparut terkena dahan pokok yang tak berapa nak friendly dengan kami. Nasib-nasib boleh patah tulang pinggul wa sebab terhentak dekat tanah hari tu. Peh! Azab dia tak payah kira lah.

Tapi benda macam ni memang seronok. Ada berani?








*Tiada seekor cenkerik atau hidupan yang mati semasa video dirakam. Rambut masa ini semua pekdek macam haram sebab baru kena gunting dengan cikgu disiplin sekolah. Celaka! Dengki betul dia dengan rambut budak tingkatan empat macam kami ni!

Wednesday, August 18, 2010 - 2 comments

The Real Tuesday Weld




Monday, August 16, 2010 - 0 comments

Shove


I'm not the one to admit it's helpless
I have a sense that we will be alright
I wish for peace with electric silence
To keep our hearts beating on our minds
And we will see that we're all connected
When we awake to the tunnel's light

She said show me the world thats inside your head,
Show me the world that you see yourself, you could use Some help
Cause sometimes it comes with a shove, when you fall in love

It can be so bold and so cavalier
To reach out to the fire her souls sending here
It can be like death that blows like a breeze
Making all ones strength go weak at the knees
I hate to feel the shallow ground giving way
Ive never let myself fall this much astray
And feeding on her touch is all one does to survive

The night gets better, but wait, so wonderful
They move together and dance so colorful
And kiss like flowers that breathe with pheromones
Songs get louder, it feels so natural.





Saturday, August 14, 2010 - 0 comments

Young London

"I'm not the one to complain of bad dream.It's like disease, but without a life.It's all a scene with this great directive. That we're all lost and we're stuck in time. We feel alone in a strange blue ocean. And we're all scared as death to die."
Friday, August 13, 2010 - 2 comments

Meriam Ke Mariam?

Sejak dua menjak ni wa dah hilang kekurangan idea. Ini mungkin akibat kisah Rozita Che Wan yang akan berhenti berlakon agaknya. Sadis juga bila dengar kan?

Masa wa darjah 3 dulu kalau datang sahaja bulan Ramadhan, dah siap-siap dah collect duit nak beli carbaid, cari palong atau tin susu yang size dia besar. Nak buat meriam bukan senang la geng. Kalau tanya budak-budak urban mampos diorang tak reti nak buat. Tambah-tambah lagi orang yang suruh wa update blog ni. Heh! Nak cari benda-benda alah ni satu hal, siap kena kejar dengan owner palong lagi tu. Azab ya amat.

"Ude, ko tolong ambik palong belakang rumah Pak Cik Akop tu, aku usha line", kata wa yang konon-kononnya master mind ala-ala cerita The Da Vinci Code tu. "Ok!" kata Uda merangkap jiran aku. Member sepenyepakkan juga ni.

Selesai merembat palong yang agak hensem size dia, boleh keluar kepala bayi punya size (tehehehe) , kami pergi mencari tin susu krimer dan belah dua supaya ngam letak karbaid. Palong tu memang azab nak fine-tune dia punya panjang. Maklum lah, kalau bunyi macam Adam Sandler membuang angin baik tak payah. Buat malu dekat rival je. Ciss.

Selesai fine-tune palong, setiap orang dari anggota Brigade Askar Durjana diberi tugas. Ada yang mencari buluh sebagai alatan pencucuh, pelita, minyak tanah, bekas air yang tak kurang canggihnya dan port untuk tanam separuh dari palong tu.

Tukang cucuhnya boleh tahan hebat, wa panggil dia Kak Yang. Satu-satunya perempuan yang berani main meriam ni. Rock betul dia ni. Dah last sem dah dia ni dekat Politeknik Behrang. Ganas dia bukan main dulu-dulu. Sekarang dah ayu dah rupa. Hehehe.

Tukang letak air dekat karbaid dipikul oleh Uda merangkap adik Kak Yang ni. Gua tolong tutup lubang kecil untuk cucuh tu. Berisiko tau tugas tu. Silap-silap tuli telinga kalau tak sempat nak lari. Letak air dekat karbaid tu kena ada kuantiti spesifik. Kalau terlebih yang terhasil cuma api, kalau terkurang terus takde bunyi.

Kami setup meriam tu memang tip-top. Gerun rival-rival lain siap tanya apa formula lagi tu. Heh. Modus operandi macam biasa, waktu malam dan petang hampir berbuka. Time tu memang banyak musuh-musuh memfire meriam masing-masing.

Tapi semua tu dah tinggal kenangan je. Semua dah besar. Puasa pun dah tak meriah macam dulu. Damn. Geng, nanti kita main meriam lagi okey!
Wednesday, August 11, 2010 - 2 comments

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Selamat berpuasa geng!
Tuesday, August 10, 2010 - 5 comments

Clap And Tap

inspector pilot
CD hardcopy pretty soon.
Blog Widget by LinkWithin