p/s: wah wah wah
PLKN Punya Hal #2
Ok,semasa hari bekerja atau hari biasa, semua pelatih kena bangun awal untuk berhimpun di padang kawad berdekatan dorm Cengal. Dorm Meranti boleh tahan jauh jaraknya. Al maklum lah, dorm yang dekat dengan surau. Hal-hal duniawi nombor dua, tak gitu?
Yang paling gua tak gemar adalah bangun pagi pada pukul 4.45 pagi. Semua ego dan perasaan rage gua tercabar dek air kolah yang sejuk dia boleh tahan mengancam. Sejuk kemain. Seperti sedia maklum, bekalan air dipam daripada sungai berdekatan. Mana tak ketaq lutut pekena air sungai pagi-pagi buta.
Selesai mandi dan solat subuh, gua selalunya memang paling menyampah dan benci perhimpunan pagi. Bab beratur, berkawad pepagi buta, memang dalam hati sumpah seranah je sepanjang masa tu. Betul-betul celaka.
Tapi ada satu benda yang gua suka,hah! Senaman pagi dia atau lebih hensem di kenali sebagai Physical Training. Bab torture urat dengan otot badan memang sedap. Boleh di katakan badan sentiasa fit. Dalam dorm siap lawan pumping. Mengada betul, tapi gua join kan aje. Top rank lah juga. Tehehehehehehehe.
"Breakfast ni kita balun kau-kau, aku dah lapar gila ni,"
"Ok,"
Beratur untuk breakfast pagi memang celaka. Panjang nak mati. Tapi dengan tiba-tiba
"eh nanti aku pinjam inner loreng kau,"
terus gua ke depan. Heeeeeeeeeeeee
Monday, December 13, 2010 -
0
comments
0
comments
Third Eye Blind - Semi Charmed Life
p/s: Man said, "we are meant to be," Woman said, "dey,we not even married yet la. Ape jadah meant to be oi." That's all folks! You are my man! Hahahahahahahaha.
PLKN Punya Hal #1
Semasa bulan March 2010 gua di ditakdirkan memfollow Program Latihan Khidmat Negara atau lebih hensem dikenali sebagai Program Latihan Ke Neraka. Memang tipikal bagi budak-budak yang berumur 18 tahun fikir macam ni.
Semasa solat maghrib semua pelatih lelaki yang lebih hensem dikenali sebagai Wira dan pelatih perempuan Wirawati di wajibkan berjemaah. Kebetulan pula dorm gua bersebelahan dengan surau. Nampak sangat ada nur dah tu. Peh!
Bagi wira-wira Muslim yang konon-kononnya nakal kemain memang skip lah waktu maghrib ni. Sedap pekena Milo panas dengan biskut katanya. Ape jadah pekena biskut waktu Maghrib ni. Perut syaitan betul.
Selepas selesai solat Isyak,semua pelatih diwajibkan melepak di surau sebab ada kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Idris dari KAGAT (Kor Agama Tentera). Dia punya ceramah memang berkesan sebab boleh bagi lentok dekat pelatih-pelatih yang berlagak gangster. Amboi.
Setiap slot kuliah di selang-selikan antara jantina. Ini bagi memudahkan ustaz memberi penekanan lebih soal agama kepada setiap jantina. Al maklumlah, hal agama memang kena terpeinci. Bab-bab masuk kubur jangan dibuat main. Boleh gelap hati.
"Ok hari ni saya nak bercerita bagai mana teknik untuk menawan hati perempuan,"
Macam tak percaya, semua wira yang sedang asyik bermain serangga atas karpet dan tidak kurang yang berdengkur, terus ligat apabila mendengar ustaz melontarkan kata-kata keramat dia tu. Memang terbukti jantan lah bagi pelatih wira. Kalau tak excited memang ada masalah dalaman la tu.
Semasa sesi soal jawab,
"Ustaz, ni boleh jalan ke cara ni ustaz?,"
"InsyaAllah. Tapi jangan mengada nak try dekat makwe. Saya dapat tau memang saya sembelih kamu nanti."
Wah, boleh tahan power bulan-bulan Islam rupanya. Terlalu banyak rahsia yang diajar.
Macam biasa ustaz memang menjadi kegilaan wirawati. Almaklum lah, beragama, berdisplin, muka boleh tahan, dan bonusnya pula boleh menyanyi. Boleh tahan lunak suaranya. Kemain lagi tau.
Salah seorang rakan gua benama Bob berbisik "cis ustaz sapu bersih,kita ni macam mana?,"
"Nak buat macam mana,dia pekej kan. Haihhhhh,"
p/s: Bukan senang nak melengkapkan diri sebagai lelaki. Bukan mudah untuk membawa diri sebagai wanita. Haih.
Sunday, December 12, 2010 -
crap
0
comments
crap
0
comments
Lagi-lagi Jumaat Punya Hal
Nak dijadikan setori, hari Jumaat lepas kelas bermula pukul 9 pagi. Masing-masing yang pasang alarm pagi-pagi buta buat-buat tak dengar bila dah memakak dalam jam 6.30 pagi. Konon-kononnya nak bangkit awal baru lah nampak alim sikit. Tapi nakpaknya usaha gagal, selepas solat subuh semua melabuhkan diri di atas katil tang tak berapa empuk. Tak guna punya owner rumah sewa. Kedekut. Tipikal Melayu.
"Tet tet tet,"
Dengan mata terpejam gua raba-raba mencapai henfon murah, terus menekan 'snooze'. Konon-konon lagi 5 minit boleh bangun. Azam pagi yang cemerlang.
Sedang sedap bercinta dengan bantal, tiba-tiba gua terbangun!
"Wah! Pukul 9 oi!," terus capai alatan mandian dengan tuala menuju bilik air. Kalah Usin Bolt dia punya speed. Penangan lewat punya hal. Di sebabkan masa yang suntuk, gua terpaksa mengambil tindakan yang radikal.
Basuh,muka,kemas sikit rambut,sembur deodarant and way to go!
Maafkan gua shower,tak sempat nak guna lu pagi tadi. Jangan merajuk tau.Heh!
Sunday, December 5, 2010 -
crap
5
comments
crap
5
comments
Orientasi Punya Hal
Ok, lepas pekena sebotol coke dengan sate Sungkai yang tak boleh celen sate Kajang Haji Samuri, gua nak cerita pasal orientasi pulak. Memang power penangan kaffein coke. Kemain lagi tau.
Pagi-pagi 7.30 pagi semua jabatan beratur mengikut jabatan masing-masing. Semua di wajibkan pakai baju batik kuning-kuning manis gitu. Kalau lelaki baru lah ada gaya macam datuk-datuk masuk kelab dangdut. Boleh le layan gelek Amalina dengan Inul Daratista sikit. Tak gitu? Yang perempuan gua tak nak komen lah.
Budak-budak berhaluan kiri semestinya datang lewat sikit. Nakal kononnya. Ada juga yang mengikut jejak langkah tapi bukan kes radikal punya pasal, tapi pasal bangun lewat. Anat punya perngai. Ni geng-geng mak diorang gerak suruh bangun dekat rumah la ni. Tak reti independent langsung!
Sedang enak usha awek-awek comel yang bakal menjadi ibu orang bagi tahun-tahun mendatang, gua terpandang seorang jejaka yang berhaluan kanan lain macam. Hensem ala-ala Ahmad Jais pun ada. Wow! Memang stylo abang ni.
Baju batik dia tight-in! Memang aban-abang je yang berani macam ni!Wah. Tapi sebagai jejaka gentlemen, gua tak gelak kuat-kuat. Tak baik gelak kan orang, tu pesan mak gua. Tak pernah dibuat oi baju batik tight-in. Kemain hensem abang ni tau!
p/s : Jangan mencarut tau. IMY.heheheheheheh
Subscribe to:
Posts (Atom)