Monday, December 13, 2010 - 0 comments

PLKN Punya Hal #1

Semasa bulan March 2010 gua di ditakdirkan memfollow Program Latihan Khidmat Negara atau lebih hensem dikenali sebagai Program Latihan Ke Neraka. Memang tipikal bagi budak-budak yang berumur 18 tahun fikir macam ni.

Semasa solat maghrib semua pelatih lelaki yang lebih hensem dikenali sebagai Wira dan pelatih perempuan Wirawati di wajibkan berjemaah. Kebetulan pula dorm gua bersebelahan dengan surau. Nampak sangat ada nur dah tu. Peh!

Bagi wira-wira Muslim yang konon-kononnya nakal kemain memang skip lah waktu maghrib ni. Sedap pekena Milo panas dengan biskut katanya. Ape jadah pekena biskut waktu Maghrib ni. Perut syaitan betul.

Selepas selesai solat Isyak,semua pelatih diwajibkan melepak di surau sebab ada kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Idris dari KAGAT (Kor Agama Tentera). Dia punya ceramah memang berkesan sebab boleh bagi lentok dekat pelatih-pelatih yang berlagak gangster. Amboi.

Setiap slot kuliah di selang-selikan antara jantina. Ini bagi memudahkan ustaz memberi penekanan lebih soal agama kepada setiap jantina. Al maklumlah, hal agama memang kena terpeinci. Bab-bab masuk kubur jangan dibuat main. Boleh gelap hati.

"Ok hari ni saya nak bercerita bagai mana teknik untuk menawan hati perempuan,"

Macam tak percaya, semua wira yang sedang asyik bermain serangga atas karpet dan tidak kurang yang berdengkur, terus ligat apabila mendengar ustaz melontarkan kata-kata keramat dia tu. Memang terbukti jantan lah bagi pelatih wira. Kalau tak excited memang ada masalah dalaman la tu.

Semasa sesi soal jawab,

"Ustaz, ni boleh jalan ke cara ni ustaz?,"

"InsyaAllah. Tapi jangan mengada nak try dekat makwe. Saya dapat tau memang saya sembelih kamu nanti."

Wah, boleh tahan power bulan-bulan Islam rupanya. Terlalu banyak rahsia yang diajar.

Macam biasa ustaz memang menjadi kegilaan wirawati. Almaklum lah, beragama, berdisplin, muka boleh tahan, dan bonusnya pula boleh menyanyi. Boleh tahan lunak suaranya. Kemain lagi tau.

Salah seorang rakan gua benama Bob berbisik "cis ustaz sapu bersih,kita ni macam mana?,"

"Nak buat macam mana,dia pekej kan. Haihhhhh,"

p/s: Bukan senang nak melengkapkan diri sebagai lelaki. Bukan mudah untuk membawa diri sebagai wanita. Haih.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin