Pagi raya ke 5 mak dan abang wa pergi keluar membeli barang katanya. Wa yang sedar-sedar mata kuyu ala-ala kedip Thom York bangun.
"Mak nak pegi beli barang kejap, karang kalau ada orang datang beraya tolong layan! Jangan tido je" kata mak yang penyayang lagi solehah kepada anak nya yang soleh. Macam biasa,
"yeeeee" wa menjawab dengan sopan.
Selang setengah jam, wa terdengar bunyi yang sahut-sahut "assalamualaikummm", "alamak, wa dah la belum mandi lagi, dah ada orang datang beraya? cis!" wa bermonolog sendirian. Sambil bangun dari katil yang empuk lagi hensem, wa gosokkan mata yang boleh tahan comel ala-ala Alex Turner. Rambut sikat lebih kurang, wa pergi membuka pintu dengan muka yang rela.
"Haa masuk laaa", sambut wa dengan senyuman semanis kuih almond london yang sebenarnya 100% made in Malaysia. Ntah kenapa diberi nama almond london, wa pun tak paham. "Duduk la dulu ye", kata wa kepada 5 orang kanak-kanak yang belum baligh lagi.
Wa pergi ke dapur cari coke dan ais, ambil cawan terus pergi ke ruang tamu serve kanak-kanak yang belum baligh tadi. Wa tau sangat, ni makan kuih sepam dua lepas tu minum air secawan mesti nak blah dah. Biasalah, kutip duit raya punya geng. Ceh. "Dah banyak rumah korang beraya?" wa membuka bicara, salah seorang menjawab "baru 10 rumah je". Boleh tahan kegigihan budak-budak ni.
Wa membuka langkah ke temat port mak simpan duit raya untuk budak-budak. "Ishh, tak berisi lagi sampul ni", perlahan-lahan wa isi duit ke dalam sampul ang pow yang boleh tahan urbannya. Tapi tak seurban Serap yang rembat kad ATM adik dia sebab nak rm30. Ape punya abang ntah. Ceh!
"Sape nak duit raya, salam dulu" kata wa kepada kanak-kanak belum baligh tadi. Tersipu-sipu datang dekat dengan muka manis terus salam siap cium tangan wa. Mane tak nya, duit punya pasal, berbunuh pun sanggup tau!
Selesai sahaja kanak-kanak belun baligh tu beraya, dalam hati wa bermonolog "ni kalau sedara dengan sepupu wa yang comel datang tadi mau malu, mandi pun belum!"