Tuesday, September 28, 2010 - 1 comments

Lemang Jagung Punya Hal

Sabtu lepas Cikgu Noraini merangkap bekas guru kanselling sekolah wa mempelawa bekas budak-budak 5Sains beraya di rumahnya. Budak-budak ni memang pantang diajak atau dipelawa, memang habis diserbu. Kalau tak dijemput pun mesti muncul punya muka-muka ni. Apa punya perangai pun wa tak tau.

" Hoi dah sampai, cepat gerak", bergegar handphone wa dengan bunyi yang agak sinikal dari Vampire Weekend. Wa macam biasa, special guest la katakan. Datang masa semua budak-budak dah ada di rumah Cikgu. Macam kata Akim, " brader-brader kene datang lewat. baru true". Kepala tengkuk dia true. Apa punya perangai la.

Sampai rumah Cikgu, wa bagi salam seround dua terus masuk. Mata wa terarah ke satu tempat. Hatta berkata "celaka, mencekik dulu korang ye?", dengan nada agak radikal. Si Ila macam biasa sengih tak bertempat. Wa tau la gigi lu tu putih berseri. Ceh. Dia ni memang agak sinikal, ada sahaja point nak membahan orang. Silap-silap wa pun terkena. Lahanat!

Budak-budak perempuan boleh tahan membaham lemang jagung dengan rendang ayam. Bukan main lagi diorang ni. Yang geng-geng jejaka pulak layan mee kari. Nasib baik tisu disediakan secara berhemah, kalau tak habis mulut berselumuih dengan sisa kari. Gila tak senonoh budak-budak lelaki ni kan?

Kebetulan hujan lebat melanda petang tu, lebat dia boleh tahan. Muka resah bagi kaum lelaki mula terpancar. Mana tak nya, semua datang ride motor. Balik ni comfirm kuyup (bukan kulup). Kaum wanita pulak senyum sampai telinga. Mentang-mentang naik kereta. Celaka!

1 comments:

Anonymous September 28, 2010 at 9:39 PM
This comment has been removed by the author.
Blog Widget by LinkWithin