Bangun pukul 6.30 pagi (rekod paling awal wa bangun dalam sejarah menganggur ni). Wa gosok mata "siul, kena pergi kerja! Baru nak layan mimpi sepam dua! Hishhh." Mengeluh sambil gosok-gosok mata.Kalau Donald Trump tu tak kisah la, jangan kata Lancer Evo X, Mitsubishi Motor Corp pun boleh dia beli. Tak gitu?
Wa capai helmet ala-ala Marco Malandri tu terus naik MV Agusta F4 convert moped wa. Ni kalau Vin Diesel tengok mau dengki dakat wa sampai akhirat. Hishh takut wa orang dengki ni.
Sampai sahaja di gedung pakaian, wa bukak langkah "peh, mampos. Malas gila nak kerja", bermonolog sendirian. Tengok supervisor,aiseh pahit semacam. Tengok pekerja standart wa, aiseh pahit jugak. "Takpe,rockenroll", kata wa yang memang malas gila nak gerak masuk gedung tu. Ciss. Tak rabak langsung.
First task dia suruh kemas baju,seluar,spender (Superman punya kerja la ni yang buat berselerak spender, ciss. Agak-agak lah, kalau nak cari tu sopan la sikit. Jangan kasi terabur ye Superman. Heh.) OK task macam ni wa suka. Chill gila. Kaki lenguh jangan kira lah, nak pinjam kaki SYG wa dia jauh pulak. Kalau tak mau wa rembat kaki dia pasang dekat wa. Baru dia tau. Heh.
Wa jumpa sorang member baru, Syamin namanya. Rupa kalau dibandingkan dengan Ben Affleck hensem lagi Ben Affleck. Haha. jangan marah brader. Dia ni baik. Tunjuk ajar semua benda. Tapi sayang, lagu jiwang leleh dia layan. FUUUUU geli wa.
Bab susun baju seluar ikut size bukan senang. Memerlukan daya kosentrasi yang tinggi dan kesungguhan. Memang celaka size berterabur, warna hampir sama, barcode kecil. Berpinau mata wa menyusunnya. Kepada costumer sekalian, jangan biarkan baju yang anda semua geledah bergelimpangan. Letih la gila nak susun. Ni mau wa panggil Jimmy Neutron tolong cipta alat kasi makan itu otak costumer buat pie.
"Miss, nak gerak jap,solat." kata wa dengan nada comel ala-ala Ryan Ross kepada Miss Supervisor. Dia ok je kalau bab-bab macam ni. Tengok, orang kafir pun respect kita. Salute la Miss.
Habis kerja memang azab, pukul 10.30 p.m baru settle semua. Hish wa tak minat betul lambat-lambat ni. Perut lapar ala-ala orkestra Petronas Philharmonic Orchestra. Pekena roti banjir sepam dua dengan teh ais untuk malam. Hmm syok juga kan? Hey SYG, meh pekena roti banjir seround. Ada berani? Eh lupa, anak manja makan pizza sahaja. Hissh, ape nak jadi. Tak rockenroll langsung. Wa call dia, ade kata wa sayang Mamak Salim ni? Habis lu wa nak sayang macam mana?
Sampai sahaja rumah "eh wa dah kerja ke hari ni?" kata wa dalam hati. Tak garage langsungkan? Heh.
4 comments:
"Tengok, orang kafir pun respect kita." weh sopan sikit brader, gunakan perkataan "bukan Islam" lebih elok
haha.lu kan bodoh,aku bagi kau faham banyak.haha
orang kalau dah tak ada adab hanya dia yang mampu nasihat diri sendiri.
alah touching pulak abang Hadis ni ya.muntak maaf ya ;D
Post a Comment