Monday, August 2, 2010 - 0 comments

Cari Kerja Punya Hal

Tiba-tiba ym aku kena buzz dalam keadaan yang gundah gulana. "Wey cari kerja jom!", Saiful kawan wa yang boleh tahan jambunya mengacau ym wa yang aman ni, Wa reply "jom!", dalam hati "kalau dapat Satria Neo CPS sebijik pun jadi lah,tak pun Lancer Evo X", alamak kepala dah melayang,padahal nak kerja sementara sahaja.Cis.

Tepat pukul 2.30 p.m Saiful atau nama glamornya di hadapan awek, Azroy.Heh. Nama memang geli ketiak wa, namun apa kan daya. Peminat fanatik filem Gila-gila Remaja zaman Faizal Husin naik scrambler agaknya. Gerek juga kan? Mamat ni awek keliling pinggang, bakal bapak berpoligami yang berjaya.

"Kak, ada kerja kosong sini?", Saiful membuka bicara manis ala-ala Aaron Aziz mengorat sub-heroin dalam drama. Tak hairan lah digelar romeo. Kami membuka plan di hyper market dahulu sebab sibuk benar, comfirm ada kerja kosong kan? Kakak cashier yang tak berapa comel menjawab "ada dik, pegi belakang sana,isi borang dulu ye", dalam hati wa"heh, terer ye kau Epoi, bab bercakap dengan pompuan bagi kau ye, takde segan silu langsung". Selesai mengisi borang dan berborang dengan kakak cashier yang tak berapa comel tadi, kami menuju ke pasaraya pakaian pula.

"Epoi, aku segan nak tanye ni, kau gerak dulu karang dah on aku masuk", kata wa yang pemalu ni. "Haram jadah, tadi aku yang tanya, ni aku lagi?", aku senyum sinikal gaya Chris Martin dari Coldplay tu. Dialog yang sama di ulang, memang tak garage langsung. Macam biasa, isi borang, gelak-gelak sikit lepas tu blah. Memang tak menarik langsung!

"Epoi, aku rasa mutu lakonan kau dengan awek cashier tadi memang mengancam, kalah hero tua Rosyam Nor tu weh. Sumpah!", kata wa dengan muka serius. "Babi kau!", balas Saiful kemerah-merah. Apa, ingat aku tak tahu kau berlagak comel dengan kakak cashier tadi? Hehe.

"Perut lapar weh, makan jom! Pekena snack plate sepam dua syok jugak ni. Cun?" kata Saiful a.k.a Azroy. Wa senyum tanda setuju. Kakak staff pekerja KFC tu pun dah kenal dia siap tegur "mane awek kau?", heh, memang ternyata romeo sejati ni. Gila kau Epoi! Hahaha.

Selesai mencari job ala-ala mafia Al-Capone, kami terus menuju rumah. Letih la menebalkan muka tanya sana-sini. Takpe, tu baru true garage ala-ala The Libertines. Yeah! Lepas angkat Mini Cooper S sebijik dua pun jadi lah. Heh!

*Cepat la datang November, aku tunggu kau dengan penuh kesabaran. Sayang lepak dulu ye dekat KMJ, nanti dah lepas degree semua dah kerja wa masuk meminang. Whieeeeee ;)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin