Monday, June 20, 2011 - 0 comments

Demam Punya Hal




******
Ni yang tak best makan ubat demam ni. Mengantuk je mata. Ke macam mana ni?
Sunday, June 19, 2011 - 0 comments

Snail Punya Hal Part 2 (Finale)

Dalam bergegas ke Bidor dalam pukul 4:30 pagi seronok sebenarnya. Bukan apa, berdengkur dalam kereta ni best, lebih-lebih lagi apabila seat tu kita bagi bengkok lebih daripada 90 darjah. Mahu-mahu lagi ada tukang drive kereta gantian. Memang lain macam dia punya dengkur. Tak silap gua lepas salam dengan Hapis tu gua terus lenyap dari dunia nyata. Bukan apa, tak cukup tidur ni tak baik untuk kesihatan kan. Nanti migrain pula di usia muda.

Sampai sahaja di Tapah gua terjaga kerana kejadian tadi (sila rujuk Snail Punya Hal), gua berjaga dengan cemerlang tanpa kegusaran mata yang boleh tahan kuyu.

"An ni pun satu, dah tau orang nak contact dia dekat mana, bettery handphone dia pulak boleh habis. Macam mana nak tau lokasi sebenar. Ingat kita tukang tilik yang pakai bola kristal tu nak tau dekat mana. Leceh."

"Tu lah, orang dah semangat nak ambik dia dekat Medan Gopeng turunnya pulak dekat Bidor. Bagus sangat la tu."

Merungut tu biasa la, manusia biasa kan, tapi sebab sahabat punya pasal dekat mana pun boleh. Kira ikhlas jugak la hati kitorang ni. Ingat senang ke nak cari member yang berhati ikhlas macam kitorang ni. Power tak power jugak la kan. Peh. Dalam Pukul 5:30 pagi kitorang sampai stesen bas Bidor. Bukan stesen Radio Malaysia harap maklum. Gua tengok An dah tercegat sambil hentak-hentak kaki macam Bruce Lee main kung fu dulu. Bruce Lee takde hal la sebab dapat bini mat saleh tak silap gua. Memang macho lah tu.

"Parking depan dia,parking depan dia! Tutup lampu! Bagi dia goyang sikit!"

"Ok Ok!"

Bagi nak memseperais kan An, masing-masing berlakon jadi batu sambil menyorok. Badan kitorang bukannya besar sangat, kira kontra la dengan Jaafar Onn tu. Lepas selang bebrapa minit, terasa kesian pulak tengok An sambil hentak-hentak kaki tadi.

"Dah la weh, nangis dia kang,"

"Ok jom keluar."

Keluar-keluar masing buat muka tak bersalah. Gua ingat reaksi dia mesti lah terkejut beruk punya tapi jangkaan gua meleset.

"Aku nampak la korang tadi. Siape lagi budak dua ekor pepagi buta nak berjalan dalam pekan Bidor ni takde sebab.

Gua pun ok hmmmm kan sahaja. Terus ke 7Eleven berdekatan pekena teh tarik segera, mengada betul.
Friday, June 17, 2011 - 0 comments

Kerja Punya Hal

Selepas SPM dulu gua pernah kerja dekat kedai pakaian yang nak kata urban pun tidak, tak urban pun tidak. Maklum lah, wallet selalunya kempis dan selalunya di penuhi kertas ntah hapa-hapa. Bukan duit lah lebih tepat. Selalunya kalau bos berjalan pantau-pantau baru lah semua konon-konon nak lipat-lipat baju atau seluar. Kalau tidak mengular aje kerjanya. Tapi paling leceh apabila stock baru datang. Nak kena susun balik semua macam lepas tu sorang-sorang je yang buat. Ni pun mengada juga boss ni.

Tapi ada satu hari tu kira penolong boss lah kira kelam kabut nak kemas barang bagai nak balik. Gua pun hairan juga sedangkan belum lagi masa nak chow. Nak kata hal kecemasan tak juga. Boleh garu kepala juga dia punya pelik.

Gua pun tanya la member gua sorang ni namanya Hir,

"Hir, asal kakak tu nak gerak awal? Mane boleh macam ni, aku pun nak gerak awal."

"Owh,eh kan ke dia baru kawin minggu lepas. Hari ni malam Jumaat kan?Berpeluh di malam Jumaat la tu. Haa."

Tiba-tiba gua terasa nak tinju troli load barang depan gua dan buat-buat malu macam Pikachu dalam cerita Pokemon tu. Hmmmm.

p/s:laugh out loud.


- 4 comments

Snail Punya Hal

Nak di jadikan cerita, An meminta tolong gua dan Soul pergi mengambilnya dekat hentian bas yang baru pulang untuk cuti semester. Soul pula baik hati termasuklah dengan gua sekali untuk mengambilnya malam tu. Bukan apa, kawan punya hal. Semua boleh. Daripada maklumat pertama kononnya nak turun di Medan Gopeng Ipoh pada pukul 5 pagi. Terasa nak jadi musang pula tidur siang malam berjaga. Hmm.

"Pegi ni aku bawak balik kau bawak. Gua nak tidur."

"Ok, kata Soul."

Ntah macam mana punya kira terasa pula nak melawat kawan di Sungai Siput. Jauh tak jauh la setengah jam jumpa la Sungai Siput. Tapi hampa juga sebab tak dapat tengok sungai yang ada siput betul. Ni bidaah ke apa ni memalam buta ni? Tempat perjanjian pula Restoran Dik Ya. Nama restoran nak comel je kan? Kalau dia letak nama restoran tu Siput Sarawak pun ok jugak. Baru la artis sikit. Baru la boleh tengok macam mana dia punya pegi.

********

Selepas selesai melepak dengan Hapis Baby Face, kami pun terus lah berpatah balik untuk ke Bidor semula. Dengar cerita Viva Hapis telah makan ramai gadis-gadis Ipoh tu. Kemain lagi tau. Ayat manis lettew! Mana tak nya, sekali ayat terus melekat, tak ke puaka tu?

"Soul! Lori oi!"

"Phieww!"

"Nyaris-nyaris jugak tadi. Kalau tidak mau meniggal dalam kekufuran kita oi!"

"Dan-dan pulak masa saat genting lu terjaga daripada tidurkan?"

"Tu namanya naluri kejantanan oi. Karang tak pasal-pasal masuk paper pasal eksiden berkecai tak best juga. Malu. Hahahaha."

Masing-masing senyap. Soul terus memandu dengan fokus. Gua tiba-tiba pulak buat-buat mengira bintang pada pagi tu. Mana tau kot-kot alien ada landing.

p/s:see Najah, newbie long distance driving style. But everything can be aided up right?


Thursday, June 9, 2011 - 0 comments

Heh Kemain

Kahkahkah. Ni ada pulak member mengada tag gambar gua dekat pesbuk! Tadika garage sangat ni.

credit to Nuraina Syazwana.

p/s:blessed with people around you.
Wednesday, June 8, 2011 - 3 comments

Pagi Punya Hal

Dalam cuti-cuti sem ni seronok sebenarnya qada' tidur. Bukan apa, ingat senang ke nak dapat tidur satu hari tu macam mati sekejap? Susah woo. "Kamon la tak kan tido je oi. Jom le lepak," pesanan ringkas atau lebih urban 'text' daripada member-member in crime. "Malam," balasa gua, haa paham sangat la tu. Dah macam musang pulak. Tipikal budak lelaki. Selalunya macam ni gua dapat balasan "mati terus pun takpe, takde hal", hekeleh!

Selalunya gua bangun-bangun semua dah tersedia atas meja makan. Tinggal bawak tekak yang tak berapa comel dengan badan yang boleh tahan kurus dan sihat je ke meja makan. Dah tu tak kan la nak cabut perut pulak bawak ke sana. Pemalas macam wombat dah tu. Kamon la, gua takde pemalas macam tu. Gua ni pun rajin orangnya, bukan tipikal sangat tau.

Paling power pun gua balun nasi lemak sebungkus dengan nasi goreng mak buat. Nasi lemak selalunya ayah gua yang beli manakala nasi goreng pulak mak gua tercinta yang buat. Memang takde siapa yang boleh buat nasi goreng dengan teh o dia sama macam mak gua buat. Rasa dia pure ibu mithali punya. Heh! Terdengar juga abang aku merungut nasi goreng dengan sambal tumis kakak ipar gua tak sama rasa dengan mak gua buat. Dah orang nya lain mesti la lain rasa. Lain la kasi menuntut sama mak gua. Tipikal lelaki lagi.

"Malam lepak"

Pop up IM pesbuk bukan main garang sapa gua. Nak jawab "ok hmmmmmmmm" mau kena maki pula seround dua. Dah selalu sangat troll orang. Kehkehkehkehkeh. Maka terpaksa jawab "ok" dengan berhemah. Kamon la, tak kan dengan awek comel dengan awek korang sendiri je nak bermanja dana, dengan rakan sendiri pun tak boleh ke. Kahkahkahkahkahkah.

Malam pulak takde kerja lain. Tak mamak paling sederhana pun pula kedai makan Mak Cain. Muka-muka kitorang tak kan pula mengada nak lepak Old Town mahupun Starbucks? Apatah lagi McD, tak kampung la.

"Dengar kata dah masuk elaun, belanja,"

"Ok,"

Rakan-rakan, biasalah tu.

p/s:kill those termites!
Thursday, January 20, 2011 - 4 comments

Malayneum

Wah wah wah. Dah dua entry guna nama album Butterfingers ni. Kemain lagi tau. Ok sekarang gua dah sibuk semacam. Dah takde masa nak urus diri. Semua hal kena rush. Nak update status mengancam pun tak sempat. Dengar cerita Pesbuk dah nak tutup.Marilah kita mengahapdet status mengancam sebelum ia terlambat. Heh!

Sebenarnya kalau pagi-pagi di rumah sewa gua di Ipoh selalunya mandi pagi bukan satu halangan bagi gua. Selamba hidung je gua rendam badan dalam kolah air tu. Tapi nampaknya mandi pagi gua kian tebantut dek kerana suasana pagi di sini yang tersangat lah brutal. Memerlukan kegighan yang jitu untuk meredah air shower yang boleh tahan dia punya mengancam. Gua pun tak tahu macam mana orang Eskimo boleh lepak dekat tempat ais-ais tu. Nak kata diorang layan nu-metal pun bidaah juga tu. Sah-sah tak mandi. Namun bukan alasan untuk gua tak mandi.

Ok go. Enough crap. Sibuk memanjang. Damn!


Blog Widget by LinkWithin