Monday, July 20, 2009 - 8 comments

Rahsia di sebalik tarikh lahir?

Rahsia di sebalik tarikh lahir? Hahaha. Memang merapu sket tapi apa salahnya baca2 bahan santai macam ni ye tak? Hehehe. SPM dah dekat tapi aku dengan slumber on pc tiap2 hari. Hehehe. Ok back to the topic, aku tak pasti benda2 ni betul atau tidak. Nak tau rahsia tarikh lahir korang? Teruskan membaca ye!


Rahsia pada hari di lahirkan?


1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.

4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb. Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!

9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.

10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!

11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!

13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!

15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.

16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya.... Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.

20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!

21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di sampingnya.

23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.

25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?

26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja!

27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !

28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan sidia tanpa disedari.

29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!

p.s : Eh2 aku lahir 9hb tapi takde la sampai macam tuh! Kalau terkena tu kebetulanlah kan? Hahaha. Jangan percaya la dengan benda2 ni. lol! Bab cintan ni aku geli sket! Yuk!




Sunday, July 19, 2009 - 0 comments

Harry Potter? Lame!


Semalam kami sepakat untuk redah ke Ipoh untuk usha movie Harry Potter baru tu. Ipoh Parade GSC jadi vanue kami. Pening kepala nak tunggu 8.40 p.m. Memang bosan merayap dalam Ipoh Parade tuh.

Sebenar-benarnye aku nak tengok Ice Age 3 tuh. Well pendapat minoriti tak kan dilayan kalau dah majoriti nak tengok Harry Potter jugak! Dan hasilnya 5 seat di book mid-row yang tersangat lah LAME! Hahaha. Teruskan membaca....

Aku memang takde feel nak tengok Harry Potter nih sebab secara jujurnya aku tak follow pun sequel movie ni. Yang aku tengok pon Harry Potter yang first tu (ntah ape tajuk entah!)

Serius movie yang kali ni hanya di penuhi dengan babak cintan sahaja. Gila penin aku tengok. Starting boeh layan tapi last2 mengantuk je yang dapat. Nak tau apa endingnya? Dumbledore pun mampos. Arghhh malas aku nak review banyak2. Nak tau pegi tengok sendiri!

p.s : Dari korang tengok Harry Potter ni lagi baik korang tengok Ice Age 3! Serius! Sequel kali tersangatlah LAME, bosan dan mengantuk!
Saturday, July 18, 2009 - 4 comments

Aku benci betul bila...


Well sejak akhir-akhir ni aku dah terkena penyakit malas! Adoi masalah betul. Nak tulis entry baru pun aku malas. Hey malas, syoh2! Aku tak nak kau dekat dengan aku! Hahaha. Oh ye hari ni aku nak berkongsi dengan korang apa yang aku benci dan menyampah (setakat ini lah)
Teruskan membaca..


Aku meyampah, benci, meluat dan etc. bila....

1. Lelaki dan perempuan yang berlagak hebat depan aku

2. Lelaki berperwatakan sebagai perempuan dan perempuan pula sebaliknya
(Gilo!)

3. Betina2 dan mamat2 yang bajet cool dekat myspace seperti dah buat profile
private tapi suruh add plus ada last name lagi (WTF!?) hahaa memang lawak
sial!

4. Mamat2 dan minah2 yang becerita apa yang diorang buat dengan BF or GF
diorang kat blog. Oi gila geli sial! hahahah

5. Orang tersangat kedekut pasal makanan dan minuman. Come on lah..kau share
dengan orang lain mesti2 punya Allah s.w.t bagi balik kat kau berganda lah!

6. Perempuan yang merokok. Haa.... ni yang paling aku tak gemar. Dah tau
perempuan tak elok merokok tapi tetap gak merokok. Kau ingat cool eh?
Pooooorahhh!

7. Cikgu2 yang bila bagi salam tak menjawab salam atau takde apa2 reaksi. Ni
memang geng2 cikgu yang nak makan tapak kasut aku neh!

8. Orang yang bercerita tentang kehebatan diri dia sendiri. Ni lagi lah, macam
orang bodoh nak mintak diri dipuji. Kalau kau hebat mesti2 punya orang puji
kau. Keep it low profile is enough!

9. Orang yang tunjuk pandai yang melebih-lebih dekat aku. Aduh.. memang tak
boleh bla! Hahaha

10. Perempuan yang fikir dia lah yang paling cantik dan ******. Ini aku tak
nafikan ramai yang kejar betina camnih sebab diorang akan buat Averange
Joes semua gersang sial! Hahahah

11. Orang kedekut ilmu. Aku paling benci orang macam ni!

12. Owh dan tak lupa betina2 dan jantan yang mengikut kultus2 yang pelik dan
macam haram jadah. Contoh Gothic..wah bagus betul diorang ni sebab dressup
macam nak pergi pertandingan cosplay dan sangat berguna apabila nyamuk
banyak sebab kan nyamuk suka hinggap dekat fabrik warna hitam. Hahaha

13. Siaran tv yang tengah demam dengan drama Indon! F*ck that! Blah la Indon,
syoh2.

14. PC aku buat hal. Hehehe kalau takde pc ni aku memang boleh penin mati kutu
weh!

15. PLKN. Damn!


p.s : Entry kali ni aku rasa merapu sket tapi ini lah yang realitinya.



Wednesday, July 1, 2009 - 6 comments

Sekolah?

Gambar atas adalah gambar kelas aku. Memang membosankan. Memang betul lah apa yang ditulis dalam lirik lagu Green Day - Redundant, "We're living in repetition.
Content in the same old shtick again.
Now the routine's turning to contention,
Like a production line going a over and a over and a over, roller coaster", balik2 situ jugak. Mengadap orang yang sama, kawan yang sama.

Owh korang kalau dekat sekolah mesti ada kawan kan? Kalau takde memang hidup kau tak normal. Kawan ada macam2 kawan. Untuk kawan baik atau (BFF)? Itu semua mengarut lah, kawan untuk masa gelak memang ramai tapi untuk masa kita down ada ke diorang? Owh untuk berkasih-kasihan, perlu ke? Kadang2 lawak pulak kalau aku tengok balik kat member2 aku.

Minat kita semua berbaza, semua ada cara masing2 untuk kawal hidup kita sendiri. Owh, benda ni mengarut eh? Fikir2kan lah. Untuk menghabiskan zaman pertengahan remaja ni (Form 5) dah tak lama aku rasa, berapa bulan lagi eh?Hahaha. SPM dah nak dekat dan kita semua terpaksa tempuh jugak! Damn! Come on! I'll pass with flying colour! Insyaallah.



p/s: love is only for time being, nothing much we can do without our effort to build better life.
Tuesday, June 30, 2009 - 2 comments

Green Day - Redundant




We're living in repetition.
Content in the same old shtick again.
Now the routine's turning to contention,
Like a production line going a over and a over and a over, roller coaster

Now I cannot speak, I lost my voice
Speechless and redundant
'Cause I love you's not enough
I'm lost for words.

Choreographed and lack of passion
Prototypes of what we were
Went full circle 'til I'm nauseous
Taken for granted now
I waste it, faked it, ate it, now i hate it

'Cause I cannot speak, I lost my voice
Speechless and redundant
'Cause I love you's not enough
I'm lost for words.

Now I cannot speak, I lost my voice
I'm speechless and redundant
'Cause I love you's not enough
I'm lost for words.

Now I cannot speak, I lost my voice
I'm speechless and redundant
'Cause I love you's not enough
I'm lost for words.
- 3 comments

PLKN!

PLKN sedang menunggu mangsa dan aku la salah seorang daripadanya. Memang haram la, cek punya cek last2 aku yang kena pegi. Pesal la tak ganti dengan orang lain. Berlambak lagi budak2 yang boleh dijadikan mangsa. Hahaha. Ape2 hal aku tak terkejut sangat pon sebab memang dah dijangka.

Oh ni list sebab apa aku tak suka PLKN

1. Erk! kena botak! sial!

2. PC aku yang menjadi teman akan aku tinggalkan untuk 3 bulan! Damn!

3. Kena tinggalkan ps2 aku! Oh..

4. Kawan2 aku. (Ceh sial la korang yang tak dapat!)

5. Sebab aku memang tak suka lah! Hahah. Damn!

p/s: Mintak2 la awek sumua cun dan harap2 aku dapat tangkap satu!



Monday, June 29, 2009 - 2 comments

Tolong!


Erk! exam dah dekat! SPM! oh tidak apa yang aku nak buat? Oh tolong2, aku cemas, pening, gila, mengelabah, tolong! add math, math mode, b.i, b.m, p.i, chemist, physics, bio, ict, sejarah.. argh!! gila2.











p/s : erk! study? wargh!!!!!

Blog Widget by LinkWithin