Wednesday, January 25, 2012 - , , 0 comments

Balik-Balik Mamak Punya Hal

Cuti raya cina ni nampaknya tak berapa meriah apa bila line up yang sepatutnya ada tak kelihatan pula kali ni. Soul dah kerja, Haqim pula ke Melaka. An pula sibuk LI di Terengganu. Nasib baik la ada Is, kucing buntal sorang ni lepak dengan gua. Maklum la,takde member boleh mati kutu juga. Kutu pun tak mati dengan tragis tau kalau nak kira dia punya bosan.

Tanpa berlengah dua sahabat bergerak menuju ke Restoran Kari Kepala Ikan Salim. Nama kedai mamak ni boleh tahan panjang. Bahasa mudah nya mapley. Amacam?Cantik tak dia punya short form. Baru nampak marketing dia naik sikit la kan. Masalahnya mapley ni dah memang tempat melepak yang mungkin juga dah jadi sebati dengan muka-muka line up yang sama. Ntah kenapa.

Keluar sahaja dari kereta

"Huih, lawa sial bini dia. Gebu oi"

Berkata Is dengan penuh ghairah. Perangai ni.

"Celaka, bini orang tu. Nak kena sebat dengan suami dia ke apa dok usha-usha bini dia."

Gua cuba tangkis nafsu liar Is.

"Dia jeling oi!"

Is menjawab lagi.

Gua bergegas ke meja dan mencari kerusi. Hampir-hampir mencarut juga dengan perangai Is tadi. Oh ya, Is pun dah pakai Android sekarang. Gua bila lagi? Heh!
Wednesday, January 11, 2012 - , 0 comments

Blink 182 - Wishing Well


"I went to a wishing well, I sank to the ocean floor, cut up by sharper rocks and washed up along the shore, I reached for a shooting star, it burned a hole through my hand, made its way through my heart, had fun in the promised land."

Tuesday, January 3, 2012 - , 0 comments

Bersarapan Pagi Punya Hal

Semasa cuti sem selalunya pelbagai aktiviti yang dirancang. Bukan apa, sebagai belia yang sihat dan tidak menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara, elok lah kita merancang aktiviti yang sihat dan manfaat. Daripada duduk rumah dan buang masa dengan tv pun tak elok juga. Nanti perut berlapis tau! Haa cepat usha perut masing-masing ok.

Adalah satu bukit ni yang kononnya urban juga untuk didaki oleh para-para hipster dan fashionista yang bernama Broga Hill. Broga Hill ok bukan Berongga Hill. Tak elok sangat bunyi dia tau. Boleh minimbulkan fitnah yang drastik. Nampaknya gua dan rakan-rakan terpanggil untuk mendaki bukit yang tak semana itu.

"Hiking ni boleh menyihatkan badan kan, tak gitu?"

Gua bagi pendapat bernas sepam. Baru ada rasa keyakinan yang jitu.

"Betul!"

"Jadi kalau waktu pagi ni kita dapat mengirup udara yang segarkan?"

Gua goreng lagi.

"Betul!"

"Dan juga ramai juga betis-betis shortpants hiking kan?"

Gua tambah sikit dia punya goreng.

Masing-masing semangat dia lain macam. Perangai-perangai!
Monday, January 2, 2012 - , 0 comments

Tunggu Ku Di Halaman Rindu Punya Hal

Salim merupakan seorang remaja yang normal hidupnya. Cukup sifat dah boleh dikatakan ada rupa. Hensem dan kurang berbulu di betis kakinya. Kira sesuai untuk dibuat boyfren la orang kata. Masak ranum macam buah rambutan gamaknya. Gamaknya la. Gua pun tak pasti.

Nak dijadikan cerita dia berkenalan dengan seorang gadis yang namanya Cempaka. Pun comel juga orangnya. Manis-manis macam gula-gula la orang kata. Dia datang daripada latar belakang boleh di katakan orang berada. Dah tu ayah dia selamba je bagi Myvi oren SE baru dekat dia. Ingat senang ayah nak bagi macam tu je? Paling kurang kalau pun kena kerja sendiri tau. Kemain. Ohh dan dia ni tua setahun daripada Salim.

Sebenarnya Cempaka baru break dengan boyfren yang selalu diangungkannya. Kesian juga lah. Nak buat macam mana, selalu juga dia layan lagu Zaiton Sameon yang title dia Pelamin Anganku Tak Jadi kalau tak silap gua. Gua tak pasti. Nanti boleh cek Youtube tengok macam mana dia punya pergi.

Perkenalan Salim dan Cempaka merupakan titik permulaan atas dasar kawan atas kawan. Kira member atas member punya hal la. Pada pulanya perkenalan mereka sebagai kawan sahaja. Biasa la daripada Facebook terus ke Skype. Biasa la tu. Tapi akhirnya Salim jatuh hati kepada Cempaka. Cempaka pula selalu juga berkongsi cerita, masalah dan sebagainya. Kira Cempaka pun ada bagi hint jugalah kiranyakan. Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi tau. Lain la kalau main kompang. Tu lain cerita ok

Lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat. Kira macam pasangan bahagia jugak la dia punya penangan. Tapi langit tak selalunya cerah, gadis tak selalunya muda. Titik hitam bermula juga akhirnya dalam kamus hidup Salim.

"I'm sorry,there are no 'us', I'm sorry,"

Satu pesanan ringkas muncul di muka skrin handphone Salim. Bukan Cinta Muka Buku Najwa Latip tau. Tu budak kecik sangat tu.

"Maafkan saya, kita tak mungkin bersama dan tak akan bersama."

Maka berkaca lah mata Salim sebaik sahaja membacanya. Mana taknya, Salim telah menaruh harapan yang tinggi kepada Cempaka namun ini jadinya. Tapi disebalik mata Salim yang berkaca itu, Salim berkata

"Kau nak pergi sangat? Pergilah. Aku tak larang aku tak kisah. Tapi kalau kau pergi pastikan jangan kembali."

p/s:daripada pengalaman kisah kawan gua. Nama dan watak sudah di setting supaya tidak kena mengena dengan orang yang hidup ataupun yang dah mati. Kalau terer teka la siapa. Sekian.
Tuesday, December 27, 2011 - 0 comments

Noah And The Whale - L.I.F.E.G.O.E.S.O.N


p/s:when world let you down, everything just fine. Just fine.
Friday, December 23, 2011 - 0 comments

Berseloka Di Rumah An

Malam hari sepoi-sepoi bahasa menggamit sang teruna untuk berseloroh sambil ketawa. Tu dia opening, boleh lepak dengan A. Samad Said ni. Tak pun kurang-kurang Fynn Jamal. Ok gua tak suka pun Fynn Jamal. Art sangat.

Selalunya kalau melepak dah tentu-tentu kaki yang sama juga yang tunjuk muka. Tak kan pula nak ajak Jamal Abdillah dan Izara Aisyah pula melepak sekali. Mengada sangat tu.

"Dah jadi ape la agaknya Siti Sifir dalam Along dulu ye?"

Sambil-sambil An memetik riff untuk lagu rancangan Along yang tak silap gua agak ramai juga peminatnya pada zaman-zaman darjah satu.

"Mungkin juga dia jual spek mata,"

Gua menjawab.

Kalau dah mula pukul 2 ke 3 pagi mula la keluar soalan yang bukan-bukan.
Sunday, December 11, 2011 - 0 comments

Soalan Yang Berkali-kali

Kalau dah melepak tu line-up dia mesti muka yang sama, tak kan pula nak muka yang baru pula kan? Maka timbul la soalan yang agak musykil dan tak terfikir jawapannya.

"Camane budak perempuan korek hidung eh? Diorang kentut kan? Apesal kita tak perasan eh? Bau busuk dia sama dengan kita ke?"

Mengada jugak soalan ni. Boleh bergaduh jugak la malam tu jadinya nak cari jawapan.
Blog Widget by LinkWithin