Monday, November 8, 2010 - 0 comments

When I Come Around




Terima kasih. Jumpa lagi kalau ada rezeki. Bye bye:)
Tuesday, October 26, 2010 - 5 comments

Mencari kelazatan cinta al-Fatttah Dalam Zikrullah

Ok, gua malas nak tulis banyak. Ni gua 'cover'kan dari blog cikgu sekolah gua dulu. Bagi teguh sikit iman dalam dada tu.

Zikir penyuci hati, penenang jiwa dan juga merupakan kunci dalam kejayaan hidup. Mulut yang basah dengan Zikrullah merupakan menifestasi cinta hamba kepada pencipta. Setiap kalimat yang memuji-muji kebesaran Allah mampu membersihkan jiwa daripada sifat mazmumah. Membersihkan jiwa merupakan perkara yang paling sukar dilakukan. Hanya mereka yang mahu dan berusaha mencarinya akan berjaya menemui sinaran cahayanya.

Secara tidak sedar semakin lama kita berzikir dengan asma-asma tuhan sebenarnya kita sedang masuk dalam kelazatan zikrullah. Semakin lama semakin asyik dan maksyuk, semakin lama semakin terbit rasa cinta yang mendalam, semakin lama semakin dekat rasanya dengan Rabul Jalil.. Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam asma Allah terdapat keistimewaaan yang sangat luas dan dalam yang berada di luar jankauan akal manusia.

Hanya Jauhari yang mengenal maknikam, hanya mereka yang buat merasakan kelazatannhya dan hanya mereka yang mahu akan bertemu sesuatu dalam Zikir Asma Allah. di dalam mencari ketenangan dan menghapuskan sifat pelupa serta gugup berzikrlah dengan zikir Ya Rahman yang bermaksud yang Maha Pengasih.

Untuk melindungi diri daripada penyakit hati seperti sombong, irihati dan dengki maka berzikikirlah dengan zikir Ya Quddus yang bermaksud Yang Maha Suci. Bagi menguatkan rohani dan jasmani serta terhindar daripada segala penyakit maka berzikirlah dengan Zikir Ya Salam yang bermaksud Yang Maha Sejahtera. Untuk mendapatkan minda yang cerdas maka berzikirlah dengan zikir Ya Rasyid yang bermaksud yang maha bijaksana.

Untuk dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya maka berzikirlah dengan zikir denga Zikr Ya Akhir yang bermaksud yang maha Akhir. Bagi mencapai kesemua kejayaan dalam hidup maka berzikirlah dengan zikir Ya Allah. Seluruh makhluk di angkasa, di dalam laut, sel-sel di dalam badan atau di mana jua berada dalam smesta raya Allah s.w.t akan turut sama-sama berzikir memuji dan membesarkan kebesaran Allah. Mahluk Alalh yang ada di angkasa turut bertawaf seperti mereka yang bertawaf di sekeliling kaabah.

Apakah kita mahkluk yang amat kerdil ini kalau dibandingkan dengan berbillion-billion makhluk Allah di jagat raya sana terlalu sombong dan angkuh untuk berzikir kepadanya. Apabila kita mahu dan mula berzikir Allah akan membuka hati dengan rasa cinta dan mengurniakan kelazatan rasa berzikir itu kepada hambanya. Insyallah mari kita sama-sama mencari kelazatan cinta al Fattah dalam Zikrullah Asma al-husna.

Credit to Anjang blog
Wednesday, October 20, 2010 - 0 comments

Ayam Panggang Perisa Hebat


"Cuaca cun, pekena joran sepam dua mau?"

"Aku boleh je, joran ade dekat rumah la. Soul,
ape macam?"

"Aku takde hal, jom je weh!"

"Panggang ayam sekali cun?"

Anak tekak ni tak pernah mengada pun nak mintak ayam panggang. Ntah tak semena-mena terlepas pulak ayat ayam panggang ni. Macam biasa lah, kalau tekak yang nak menelan tu memang handal dia punya ramai, keluar modal pulak semua telan anak tekak senyap-senyap macam silent handphone.

Joran An pulak dah lama tak berkhidmat katanya. Sekali lagi ada lah tekak yang mengada mengajak memancing sekali. Pakej katanya. Sambil menyelam dalam swimming pool sambil usha duit orang tercicir. Boleh juga kutip untuk bayaran burger. Tak gitu?

Sampai sahaja di rumah, wa terus hulur kan ayam yang siap disiang bagi tugas pemerapan oleh bonda yang tercinta. Mak wa memang handal bab-bab awas pemerapan ayam ni. Silap-silap boleh saing dengan Kenny Rogers Roaster. Kemain lagi tau.

Lata Bongsu menjadi tempat pilihan kali ini. Sebaik sampai, semua buat hal melakukan tugas masing-masing. Boleh tahan handal dia punya dedikasi. An pulak sedang hebat melemparkan joran dia. Wah wah waaaah.

Semasa sesi memanggang berlangsung An bermadah seketika "wahh, boleh tahan syok panggang ayam sambil pekena angin sungai. Pulak ada cerita porno Anwar Ibrahim dengan Saiful dalam paper Utusan ni. Siap tulis "BERLAKU PANETRASI!". Ceh! Dalam hati wa bermonolog, biasalah, paper pun kena kasi tajuk panas. Baru laku.

Habis selesai mandi-manda bagai, kami semua repack bar
ang-barang menuju pulang. Baru wa perasan, wah memang handal penangan ayam panggang kitorang ni, masak pun suku-suku terus telan. Boleh tahan radikal perut. Joran pulak tak mengena. Mengada betul ikan Klah ni, nak makan umpan mahal-mahal je ye?

Okey, gambar ni abaikan. Sekian terima kasih.








Tuesday, October 19, 2010 - 0 comments

Bumbung Punya Hal

"Petang karang tolong mak pakukan bumbung rumah. Ada yang renggang" kata mak wa yang tegas lagi comel.

"Haaaa yela" kata anak dia yang soleh lagi comel. Ni kalau wa pakai serban ala-ala budak tahfiz silap-silap kawan wa tak kenal wa. Wah kemain lagi tau!

Petang menjelang tiba, cuaca suam-suam kuku lah. Redup dia boleh tahan. Kalau pekena coke ais memang ngam sangat lah kan. Wa cari tangga aluminium yang boleh tahan urbannya (maklum lah, nak cari tangga yang dibuat dari kayu dengan paku dah rare sekarang ni).

Tanpa membuang masa wa naik ke atas dengan berbekal kan hammer yang ngam-ngam kalau ketuk dahi boleh kasi bertelur seminggu. Selesai melakukan tugas pembaikian ala-ala Bob The Builder kanak-kanak tu, wa tengok bawah, "pak su, lompat la dari atas tu terus turun bawah! Kakak belanja kepsi!".

Tu dia cabaran dari budak darjah enam. Cis, kredibiliti wa sebagai hero tercabar. Wa terus jump (alah, ala-ala dialog cerita Titanic tu, "you jump I jump" ape jadahnya nak lompat sama-sama).

Dap! Kaki wa yang dah terlalu banyak jasa landing dulu atas tanah. "Haaaa cepat! Belanja kepsi esok dekat pak su!" boleh tahan tegas. "Alamak pak su, duit raya kakak semua dah simpan dalam bank la. Acah je,tehehe" kata budak darjah enam.

Cis! Nasib baik tulang ankle kaki wa tak crack. "Haaa tu la, sahut cabaran merapu. Kan dah sakit" kata mak wa yang mithali. Cisssssssss!







p/s : selsema ni memang mengada, meleleh je!



Sunday, October 17, 2010 - 2 comments

Pwned By Google


"AJAAAAAAN! Tolong cari gambar buah-buahan jap!"

"Haaaaaaa! Kejap la,nak search"


Klik untuk gambar besar

Celaka! Pagi-pagi lagi dah kena pawned by Google!

Monday, October 11, 2010 - 2 comments

Farewell









Abang Yus, semoga roh kau di rahmati Allah S.W.T.





............





10.10.2010











Wednesday, October 6, 2010 - 2 comments

Rage!

Macam biasa, wa on pc kejap semata-mata untuk online Pesbuk yang dikatakan urban tahap dewa tu untuk beberapa minit. Macam biasa tertengok pulak most recent news wall. Macam-macam status ada. Hish kemain lagi tu ye.

"eeeee...perut sakit!bencinyeeee"

Tehehe.Ni pun boleh tahan. Apa ke lahanatnya kalau dah tau perut lu sakit,boleh pulak layan Pesbuk siap update status sepam. Mati terus la lagi baik macam tu.

"SUPERFUCKER is ONLINE NOW, hello people"

Ni pulak geng attention seeker. Gila bodoh. Siap update status cakap lu tengah online. Ish tengok dekat bar orang online tu pun dah tahu. Haihhh. Geng-geng macam ni gambar-gambar dia termasuk dalam kategori poser. Peh, terbaik lah! Macam lahanat! Tehehehe.

"sape nak ikut gi meeting?jum jum"

Ok, yang geng macam ni lagi lah lame. Setiap minit kalau boleh nak update status dia. Hish orang macam ni pun ada ke?

Wa rasa la kan, orang-orang macam ni kalau tengah nazak nak mampos pun mesti update status kan?

"I'm dying now,shit! I saw malaikatul maut pulling my soul out!"

Jangan terkejut la terkeluar status macam ni nanti. HEEEEEE.
Blog Widget by LinkWithin