Wednesday, November 10, 2010 - 0 comments

X-Ray Punya Hal

Hai! Bertemu lagi kita dalam sayembara ini. Amboi! Trendy benar pembukaan entry ni. Kemain lagi tau! Ok kali ini gua nak cerita medical check up punya hal. Biasalah, budak second intake kan. Loser sahaja yang masuk second in take ni. Ceh.

Dalam jam 6.35 pagi telefon murah gua di kejutkan dengan bunyi yan bingit dan tak tenteram. Apa jadah Anas telefon gua pagi-pagi pasal medical check up? Ni sah terbawa-bawa zaman sekolah konon-konon bangun awal nak pergi sekolah. Apa punya perangai lah.

"Kita go kejap lagi, usha poliklinik kalau nak buat medical check up dengan x-ray ni. Mak aku kata murah sikit."

"Errr ok go je," kata gua. Malas nak argue macam-macam. Karang kalau bantah nampak benar berhaluan kiri sangat gua ni. Tak boleh radikal sangat. Nanti di cop pembangkang.

"Kak, sini boleh buat x-ray dengan medical check up untuk sambung belajar punya hal tak kak?'" kata Anas yang konon-konon berlagak comel ala-ala Elmo. Eh Elmo pun lepak dengan Katy Perry tau! Haaaa kemain lagi tau.

"Boleh, tapi hari ni doc takde la dik. Hmmm dalam form ni kena buat ujian dadah semua. Pegawai x-ray pun takde hari ni. Ujian dadah tak boleh buat dekat sini, kena pergi lab kitorang dekat Kampar."

Gua senyum tak berkata-kata. Biasalah, orang-orang power dia tak kan merungut atau bising dekat situ. Biasalah, klinik kerajaan kan.

Gua usha punya usha sekeliling gua terpandang nurse-nurse umur saing-saing 30 tahun ke atas. Dia punya chill boleh tahan gegar klinik. Gua agak diorang ni mau anak dah dua tiga. Ni sah angkara Majalah Mangga tak bagi gosip yang cukup power ni. Kalau tak tak kan la nurse sendiri nak buat bising kan? Ekeleeeeeh!




0 comments:

Blog Widget by LinkWithin