Sunday, October 4, 2009 - 5 comments

Selepas Hampir Sebulan..

Picture kredit : Deviant Art

Okey raya pun dah nak habis. SPM pulak dah makin depan. Banyak jugak perkara yang best dan tak best hari raya ni. Kalau aku pulak aku rasa macam riot selepas puasa. Mestilah, dah 1 bulan puasa kena balun kaw2 la makanan. Budak2 kecik yang datang beraya pun dah makin berkurangan pulak aku rasa. Mungkin semangat untuk beraya tu dah hampir lenyap la kot. Alah macam aku jugak, rumah saudara-mara aku pegi la tapi yang jauh2 tu tak diharap sangat la. Mungkin feel raya apabila meningkat dewasa dah makin hilang. Mintak2 la tak jadi macam tu. Walaweh!

Rumah cikgu2 pulak mesti kena serbu punya. Macam biasa muka yang familiar je yang pegi. Masa raya la nak rase laksa, mihun sup, mee kari dan etc. dari air tangan cikgu. Lepas tu kutuk kaw2 mana yang tak sedap. Haha. Takpe, masa nak balik mintak maaf la. Tak payah tipu la, korang pun macam tu. Oh ye raye rumah guru kelas aku merangkap guru subjek Bahasa Inggeris aku memang special. Apa yang special? Biarlah budak2 5 Science je yang tau. Haha. Moga2 makin murah rezeki lagi lah ye Teacher! Rumah2 member rapat pulak memang wajib jadi port beraya. Tak afdal la kalau tak beraya rumah member2.

Budak2 aku tengok memang bergaya gila gaban waktu raya. Serius, macam2 rupa, gaya dan jugak awek2 yang putih dan gebu. Walaweh! Haha. Kalau lelaki tak usya perempuan cantik hah! Tu mesti ade problem tu, tak pun dia dah memang suami orang! Haha. Tapi memang serius makin raya perempuan yang cantik2 aku tengok sekarang ni, tapi untuk cari yang terbaik dari segi moral, agama peribadi dan rupa memang makin jauh la. Dah tu yang bertudung cantik punya main cuit2 dekat bus stop. Takpe lah, nanti jadi macam dekat Aceh baru diorang tau agaknye.

Nak kata bosan raya tahun ni takdelah sangat, sederhana je. Anak2 buah aku asyik mengadap PS2 aje kerjanye. Jangan lingkup tv mak aku sudah. Tapi diorang bukan hardcore player. Setakat 2 jam je diorang main. Abang yang no. 2 tak balik masa raya sebab beraya dengan family dekat Kelantan. Tapi sebelum 4 hari nak raya tu dia dah balik sini. Pergh. Bayangkan, bulan puasa bawak pulak kereta jauh2. Letih siot! Oh ye, abang aku yang ni merangkap supplier mercun dan bunga api yang besar2 kat rumah ni. Terima kasih!

Masa puasa hari tu aku baru je format pc dengan Windows 7. Dvd beli dekat Yik Fong Ipoh je. Haha. Rm 15 ringgit lepas tu wallah! Pc aku running dengan superbnya. Aku dah try Vista Ultimate dulu, RAM abis dia makan plus running nVdia GeForce 7300GT aku jadi siput.Rendering 3D jadi slow.Untuk Windows 7 pulak, interface Vista, performance WinXP! Terima kasih ya tauke pirate! Nanti nak upgrade RAM 4gb DDR2 pulak kat pc aku kalau ade rezeki. Insyaallah. Awek takde takpe janji gadget aku superb. Haha. Ape? takde awek loser? Alah takde kesan pun dekat aku. Janji duit aku masyuk.

Sekolah pulak dah bukak dan ade sesetengah paper untuk trial dah dapat. Yang kena ready pulak untuk SPM ni. Insyaallah aku mesti buat yang terbaik. Takde masa dah ni! Konklusinya (cewah!) raya tahun ni biasa2 je. Sederhana sahaja lagi bagus kan daripada berlebih2. Tak gitu?

p.s : Everything is magic












5 comments:

Anonymous October 5, 2009 at 5:28 PM
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous October 5, 2009 at 5:43 PM

uitzz....ajan...meh nengok blog ney... pinkexia.blogspot.com...mcm2 ada..~~~

Azhan's October 5, 2009 at 8:53 PM

░~♥♪NaSa ░GirLZ♥♪~░: pobondo eh?

syafiq October 11, 2009 at 6:31 PM

aku x sempat pun nk jumpa kau raya ni..ni syafiq

Azhan's October 12, 2009 at 3:51 PM

haha..takpe tahun depan ade

Blog Widget by LinkWithin